Apa khabar Blogger Malaysia?

Fuhh! Agak lama juga aku tidak menulis blog, rasa macam sudah bertahun. Agak-agak apa ya perkembangan Blogger Malaysia sekarang? Adakah dunia blogging di Malaysia ini semeriah waktu aku mula-mula menulis blog?

blogger malaysia

Adakah rakan-rakan blogger yang aku kenal dahulu masih aktif sehingga sekarang? Apa khabar rakan blogger semua? Pasti mereka sudah menjadi seorang blogger yang berjaya, dikenali ramai dan banyak projek online yang diuruskan.

Tapi aku pasti, ada juga yang seperti aku. Sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak sempat menguruskan blog, apatah lagi ingin menulis sesuatu yang panjang berjela untuk dikongsikan di dalam blog.

Tambahan dunia blogging sekarang bagi aku sudah banyak cabaran, apatah lagi ingin bergelar Blogger Malaysia yang berjaya. Bukan mudah, maklumlah rakyat Malaysia lebih gemar membaca perkara yang di’viral’kan daripada membaca perkara-perkara yang berfaedah.

Bukan mudah mencari pembaca sekarang, tambahan pula jika tiada modal bagi tujuan promosi sana sini setiap artikel yang ditulis. Kalau nak tunggu pembaca datang sendiri, sudah pasti teknik SEO yang betul perlu diamalkan.

Sebut sahaja pasal SEO, aku sendiri tidak terikut perkembangan teknik SEO sekarang. Rasa macam susah pun ada, tambahan pula Google PageRank juga sudah dimansuhkan. Jadi apa yang menentukan rating atau ranking sesebuah blog di mata Google sekarang?

Banyak juga yang perlu dipelajari balik jika ingin menjadi Blogger Malaysia yang berjaya ni. Apa kata korang yang sudah membaca artikel aku kali ini turut membantu aku, paling kurang pun komenlah kata-kata semangat sedikit untuk dijadikan bekal kembali giat dalam dunia blogging ni.

Nota: Gambar sekadar hiasan hasil carian di Google Images. Jangan marah ha!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

4 thoughts on “Apa khabar Blogger Malaysia?”

    • Nak buat comeback ni, harap menjadilah. Maklumlah, blogger dulu tak macam sekarang. Agak hilang arah aku dibuatnya.

      Macamlah gambar aku keluarkan, haha!

      Reply

Leave a Comment