Saham-saham ke neraka yang pasti, pernahkah anda terfikir mengenainya. Mampukah kita elakkan semuanya daripada terjerumus ke dalam api neraka? Hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam.”
Saham-saham ke Neraka
Berikut disenarai beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri ke naraka:
- Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Allah berfirman maksudnya, “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka.” (Surah al-Ma’idah 5:72)
- Kufur kepada Allah, para melaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada dan qadar Allah.
- Mengingkari salah satu daripada rukun islam yang lima.
- Mengolok-olokkan Allah, agama-Nya atau rasul-Nya, benarlah firman Allah yang bermaksud, “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: ‘Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main’. Katakanlah: ‘Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (Surah al-Tawbah 9: 65-56)
- Mencaci Allah, agama Islam, atau rasul-Nya iaitu mencela, mengaibkan atau merendahkan.
- Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang kafir.” (Surah al-Maidah 5:44)
- Munafik iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetepi secara lahiriah seorang muslim. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t. maksudnya, “Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka.” (Surah al Nisa’ 4:145)
Sumber: Solusi Isu 17
Begitulah di antara ciri-ciri atau saham-saham ke neraka yang telah dijanjikan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, janganlah sesekali melanggar larangan daripada-Nya agar kita tidak tergolong daripada orang-orang yang ditempatkan di neraka.
Ketahui juga 9 Jenis Wanita Yang Ada di Dalam Neraka
banyak betul sahamnya nih..
tahu takpa, rasanya ini baru sebahagian. belum dosa-dosa kecil.
menjadi insan yang beriman..jauhi api neraka
insyaAllah, sama-samalah kita menjauhi api neraka dan dirahmati Allah sentiasa.
moga terus menjadi hamba yang sentiasa melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan…aamiinnn
insyaAllah, sama-samalah kita mengingatinya selalu.