Cara Menguasai Teknik SEO Dalam 10 Minit

Teknik SEO rasanya sudah ramai yang mengetahuinya, malah sudah ramai yang mahir terhadapnya. Jika menyertai contest SEO sudah pasti ramai pesaing, jika dulu mudah merankingkan sesuatu keyword, kini tidak lagi.

Agak lama juga saya tidak menulis mengenai SEO di blog ini, mungkin mood untuk menulis dalam erti kata lain betul-betul menulis belum ada lagi. Sibuk dengan pelbagai perkara dan masalah yang dihadapi.

Jika dilihat, sudah ramai pembangun laman web dan terutamanya blogger di Malaysia ini sudah mengerti apa itu teknik SEO. Mungkin kesedaran bahawa trafik daripada enjin carian juga penting untuk menghidupkan sesebuah blog atau laman web.

Pada kali ini, saya ingin berkongsikan sebuah video berkenaan cara menguasai tekni SEO hanya dalam 10 minit sahaja. Video ini mampu memberikan penerangan secara ringkas dari segi semua aspek yang ada di dalam teknik SEO.

Menguasai Teknik SEO Dalam 10 Minit Sahaja


Semoga dengan perkongsian video mengenai teknik SEO di atas mampu memberi sedikit gambaran dan penerangan mengenai kepentingan SEO di dalam sesebuah blog atau laman web.

Kredit:
Maile Ohye
Developer Programs Tech Lead
Google

Video Teknik SEO

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

18 thoughts on “Cara Menguasai Teknik SEO Dalam 10 Minit”

  1. benda basic. memang biasa orang kita nih lupa. aku bukan lupa. aku dah masuk tahap malas nak update bahagian meta dan tag heading tu. haha..

    Reply
  2. Bagus video ni. Apatah lagi dari pihak Google tu sendiri. Teknik2 tu bukan untuk beginner jer, yang dah lama ada blog pun ada jugak teknik2 yang kita miss.

    Thanks for sharing. 🙂

    Reply
    • Tahu takpa, aku sendiri pun kadang-kadang tertinggal perkara basic dalam SEO ni. Dah lama baru perasan, terutama dalam meta dan tag heading. Rugi rasanya.

      Most welcome bro.

      Reply
  3. Terima kasih atas perkongsian video yang menarik ini. Semoga blog ini semakin sukses dan maju.
    Dan usah lupa kalau dah maju ingat sama dengan rakan seangkatan di awal baru nak maju.

    Reply

Leave a Comment