Adamaya Mengajar Untuk Bersabar Dalam Blogging

Dalam banyak-banyak drama, Adamaya juga menjadi pilihan ramai. Termasuk jugalah untuk entri aku pada kali ini. Bagi peminat-peminat Adamaya pasti sudah mengetahui bahawa semalam 13 Mei 2010 merupakan episod terakhir drama Adamaya di slot Akasia TV3. Bagi yang belum menontonnya, boleh dapatkan di sini atau menontonnya di portal rasmi TV3.

Aku juga berbangga dengan drama Adamaya ini, rata-rata peminat Adamaya juga turut singgah ke Blog Mohd Isa seterusnya meningkatkan trafik blog ini. Memang aku tidak jangka dengan drama sebegini dapat memberi impak kepada blog yang menulis mengenai drama ini. Termasuk juga blog aku yang terseberapa ini, boleh dikatakan hampir 90% yang datang ke blog aku mencari mengenai Adamaya. Kalau korang tak percaya, jom lihat gambar di bawah.

keyword adamaya by google
Keyword Adamaya di Google
nuffnang keywords adamaya
Keyword Yang Dikesan Oleh Nuffnang
nuffnang analytics
Analisis trafik yang masuk ke Blog Mohd Isa, 7 Mei mula menunjukkan penurunan akibat hosting di suspended secara tiba-tiba. Kembali naik apabila berpindah ke hosting baru.

Aku sendiri terkejut dengan ribuan trafik yang terhasil daripada keyword Adamaya, satu-satunya keyword dengan satu perkataan sahaja sampai ke blog aku. Terima kasih Google. Baiklah berbalik dengan tajuk entri aku bagaimana drama Adamaya mengajar aku untuk bersabar. Bagi rakan-rakan blogger yang lain dan pengikut setia blog aku pasti sudah mengetahui bahawa 7 Mei 2010 yang lalu merupakan satu tarikh yang amat mendukacitakan aku. Apabila hosting yang aku gunakan sebelum ini tiba-tiba di suspended secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang notis dan sebab-sebab yang munasabah untuk aku terima.

Agak sedih juga aku pada waktu itu, mana tidaknya. Sebelum di suspended, kerap juga hosting itu down secara tiba-tiba. Tapi aku tetap bersabar dan terus juga menggunakannya, maklumlah student mana ada wang hendak tukar hosting sesuka hati. Income dari berblog pun tidak seberapa, sekadar balik modal sahaja. Tetapi dengan bantuan saudara Ilham, akhirnya Blog Mohd Isa ini telah ditempatkan di hosting baru dalam beberapa hari yang lalu. Ini adalah usaha untuk tidak menghampakan peminat-peminat drama Adamaya untuk terus mengikutinya sehingga tamat.

Adamaya Mengajar Untuk Bersabar:

  • Watak yang dibawakan oleh Hussein Ruffedge iaitu Adam dalam drama ini amat berkesan untuk mengajar aku sebagai seorang penyabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan yang besar untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina bersama Maya yang dilakonkan oleh Lisa Surihani.
  • Kesabaran yang ditunjukkan oleh Adam amat ketara apabila tidak pernah lansung memarahi Maya yang sibuk melayan kekasih lamanya Dani, malah memberi ruang dan peluang untuk Maya berfikir dengan lebih panjang.
  • Adam bukan seorang yang terburu-buru membuat sesebuah keputusan walaupun melibatkan impiannya sendiri demi pengorbanan untuk menjaga rumahtangganya bersama Maya yang amat dia cintai dan sayangi.

Di atas adalah antara isi-isi yang terdapat dalam drama Adamaya dan ia mampu mengajar aku agar dapat menjadi seorang yang penyabar tidak kira di dalam apa jua situasi pun. Termasuklah di dalam dunia blogging, terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan masalah seperti yang aku alami sebelum ini dikala trafik tengah meletup ke blog aku.

Adamaya mengajar aku lebih bersabar dan berfikiran terbuka untuk membuat sesuatu keputusan seperti memindahkan Blog Mohd Isa walaupun aku tidak mendapat lagi backup files daripada pihak hosting sebelum ini. Bersabar melakukan pengorbanan kerana aku terpaksa bermula daripada bawah semula untuk terus memajukan blog kesayangan aku ini. Mana tidaknya, ada rakan blogger yang masuk ke blog aku bertanyakan mana pergi semua entri sebelum ini? Memang agak sedih bila mendengar soalan itu, tapi apakan daya. Sabar Mohd Isa.

Nota Kaki: Dapatkan drama Adamaya sekarang juga di sini!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

49 thoughts on “Adamaya Mengajar Untuk Bersabar Dalam Blogging”

  1. Pingback: Free Download Movie & Drama Blog's — Blog Mohd Isa
  2. tinggi betul traffik..jammed jadinya gara2 adamaya

    Latest Entri : Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata (PES)
    .-= fndrocka´s last blog ..Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata(Pro Evolution Soccer) =-.

    Reply
  3. Haha..dengan adanya koleksi Adamaya ni, dapat lah dorang buat stok layan time-time nak makan tengah hari atau dinner, bagi yang bujang ler…hehe
    .-= rashid´s last blog ..Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.

    Reply
    • memang tak puas kalau tengok sekali sahaja, kena tengok banyak kali baru best. terima kasih untuk ucapan tahniah dari saudara. ini berlaku semua secara kebetulan sahaja. 🙂

      Reply
    • haha, takdalah mantap sangat. secara kebetulan je ni. 🙂
      .-= mohdisa´s last blog ..Blog Pilihan Untuk Download Movie Dan Drama =-.

      Reply
  4. itulah tengok dekat google taip adamaya blog bro firts ranking hebat betul
    .-= ishak´s last blog ..Tahniah hafiz hasyim : Malaysia Boleh !!! =-.

    Reply
    • alhamdulillah, terkejut juga tengok result tu. tak disangka-sangka berada di tempat pertama. 🙂
      .-= mohdisa´s last blog ..Blog Pilihan Untuk Download Movie Dan Drama =-.

      Reply
    • tahu takpa, sekarang ni tgh cari keyword lain plak yang tengah panas. ada suggestion tak? boleh berkongsi bersama. thanks bro. 🙂

      Reply
  5. owh dem… memang aku tak tengok pon siri ni. tak sempah ah. ish ish ish.. tak pe.. tunggu eposide lain plak. hehehe.. nanti buat review satu persatu plak. baru best.. hehehe
    .-= Kreuger´s last blog ..Freddy Krueger Official Trailer =-.

    Reply
    • tahu takpa, tak sangka pula wat review pasal drama melayu boleh mendapat sambutan yang meluas. memang menyeronokkan. 🙂

      Reply
    • uiks, takdalah mantap sgt. banyak yang perlu aku pelajari lagi.
      jadi ko kenalah rajin belajar macam aku. 🙂

      Reply
  6. sabar2… huhu …cerita apa ek lepas nie..adamaya dah habis…
    .-= zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.

    Reply
  7. hoho…gempak la keyword ‘adamaya’ nie kn bro..
    tahniah bro..!!

    p/s : komen aku,kalau sikap mcm adam tu xboleh dikategorikan baik..tp,adalah dayus menurut agama islam..
    .-= oh!dawie´s last blog ..Maafkan Aku… =-.

    Reply
    • terima kasih bro, memang meletuplah keyword adamaya ni.

      p/s: bukan gentleman ke? selalunya seorang wanita memerlukan masa dan ruang untuk dia berfikir di dalam sesebuah perhubungan. kita tak boleh memaksa.

      Reply
    • Adam bukan tak marah terus, tapi sikap dia sangat penyabar..Persepsi orang menganggap Adam baik sebab dia tak pernah naik tangan dengan Maya..tu kira baik la..
      .-= rashid´s last blog ..Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.

      Reply
      • betul tu, dayus dalam islam adalah mendiamkan sahaja
        atau membutakan mata
        tapi adam bukan begitu
        dengan perasaan sabarnya
        dia boleh berfikir untuk selesaikan masalah rumahtangganya dengan jalan yang lebih baik
        daripada memarahi isterinya terus
        🙂

        Reply
  8. hahaha…
    semua keyword adamaya masuk kat blog ko ni..
    🙂
    .-= dhiyafaris´s last blog ..Affordable Search Engine Optimization =-.

    Reply
  9. ok Adamaya dah tamat, lepas ni keyword apa pulak yg laris yer?

    rugi aku tak layan sangat drama ni
    .-= Rjuna´s last blog ..HP Mini 210 (Black Dahlia) =-.

    Reply
    • tahu takpa, adamaya dah tamat. tgh mencari keyword baru plak yang bakal laris. hehe

      kalau bro ikut, pasti mencanak naik blog bro. hehe

      Reply
  10. perghhh dengan keyword adamaya saja dah boleh dapat trafik tinggi
    gila la.. tapi aku tak minat pun drama2 melayu ni hehe
    takpe aku guna keyword kesedaran tentang halal dan haram makanan hehe
    .-= Syafrizal´s last blog ..Luar cantik tapi dalam menjijikkan =-.

    Reply
    • sabar ketika blogging memang agak perit jugalah bila menghadapi masalah dan cabaran yang merumitkan. tambahan pula dalam mengejar ranking PR dan Alexa. memerlukan kesabaran yang tinggi tu.

      lupakan adamaya, waktu untuk mencari sesuatu yang lebih menarik pula. 🙂

      Reply
  11. Pingback: Tweets that mention Sabar Penting Untuk Blogging — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  12. Memang mantap gak keywords Adamaya kat blog ko ni,aku nyer blog pun leh tahan,tak sia-sia kalau buat review pasal ni kan
    .-= wazy´s last blog ..Hujan-Selamat Hari Ibu =-.

    Reply
    • Alhamdulillah, aku sendiri terkejut dengan keyword Adamaya ni. Tak sangka boleh mendatangkan trafik yang tinggi ke blog aku. Memang tak sia-sialah kalau wat posting pasal drama melayu ni. Tambahan pula kalau pandai letak tags yang menarik.

      Reply
  13. Pingback: JomBuzz.com
  14. Pingback: myebuzz.net

Leave a Comment