Mungkin agak terlewat untuk aku menyertai kontest SEO daripada 2Day Blogger yang sudah hampir tamat tidak lama lagi. Bukan niat untuk memenangi sebarang hadiah yang ditawarkan, sekadar ingin bereksperimentasi dengan kemampuan SEO pada blog ini dengan keyword pilihan Aku Seorang Blogger yang telah menjadi banyak pilihan oleh blogger yang menyertai kontest ini.
Selain keyword Aku Seorang Blogger yang dipertandingkan untuk kontest SEO pada kali ini, terdapat keyword lain yang dipertandingkan seperti Buat Duit Dengan Blog dan Tip Blogging Terbaik. Memandangkan dua keyword itu mempunyai nilai yang sangat tinggi, jadi aku memilih untuk bereksperimen dengan keyword Aku Seorang Blogger. Jom layan.
Bila sebut aku seorang blogger, sudah semestinya berkenaan dengan diri seseorang yang hidup sebagai seorang blogger. Tidak kira sebagai blogger sepenuh masa, separuh masa dan ikut suka hati masa. Begitu juga dengan aku, masa untuk menulis blog ikut suka hati sahaja. Boleh dikatakan hampir setiap masa aku menulis blog mengikut mood aku.
Hendak diikutkan, aku mula menceburi atau memulakan hidup sebagai seorang blogger ini sudah agak lama. Bermula menulis blog dengan menggunakan platform blogspot yang kini sudah banyak digunakan oleh blogger di Malaysia, tidak kira lama atau baru. Aku juga salah seorang pengguna blogger atau blogspot sehingga kini. Cuma blog tersebut jarang aku update.
Tujuan aku menjadi seorang blogger pada mulanya hanyalah sekadar untuk berkongsi kisah hidup aku dan melepaskan tekanan atau masalah yang dihadapi. Maklumlah, seorang-seorang itu pasti ada jalan masing-masing untuk melapaskan tekanan yang dihadapi. Begitu juga aku, memilih untuk menjadi seorang blogger untuk mencari ketenangan.
Tetapi setelah agak lama aku menjadi seorang blogger, makin seronok dan ada kelainan yang aku dapat rasakan. Bukan kerana buat duit dengan blog walaupun memang aku boleh hasilkan duit dengan blog. Tetapi dengan perkongsian dengan rakan-rakan blogger yang lain, tidak kira daripada tip blogging terbaik atau masalah yang dihadapi.
Sepanjang aku menjadi seorang blogger, pernah aku berkongsikan masalah aku di dalam blog ini. Aku amat bertuah berpeluang menjadi seorang blogger kerana rakan-rakan blogger yang aku kenali tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada aku. Itulah kelainan yang aku dapat rasakan apabila menjadi seorang blogger.
Aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi memberikan bantuan kepada aku, tidak dapat aku balas rasanya. Hanya iringan doa yang mampu aku berikan setakat ini agar rakan-rakan blogger memperolehi rezeki sentiasa, insyaAllah.
Apa-apa pun, aku berbangga menjadi seorang blogger kini. Bukan kerana blog aku, tetapi kerana rakan-rakan yang aku ketemui dalam dunia aku seorang blogger. Memang best yang amat sangat. Banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjadikan aku sebagai seorang rakan blogger anda. 🙂
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen, Denaihati, k-worlds, harulazni, ummihanie, dinsblog.”
Sya pun pernah juga buat entri ketika dalam dilema. Pastu memang ada rakan-rakan blogger yang beri respon dan ia membuatkan Sya terfikir tentang apa yg diperkatakan. Rakan-rakan blogger memang prihatin. Sweet blogging life 😀
all the best bro! 🙂
thanks bro…:)
Gudluck Isa untuk contest nih , ko memang blogger sejati…sebab entri tiada yang copy paste selama aku baca semua entri ko…:)
haha, thanks bro…contest ni aku xtarget apa2 pun…sbb mls nak kejar dah…thanks sbb support aku. 🙂
gud luck untuk contest nih.
terima kasih, tp penyertaan masih tak diterima…mana ntah penganjur ni…haha
Dulu sebelum aku buat blog, aku buta habis.. Bila dah start, macam2 aku dapat tahu.. Tapi sekarang, sehari x tgk blog, menggigil rasa…ha3
haha, tahu xpa…ketagih org kata…xsenang duduk kalau xupdate blog satu hari…
Itu baru sehari.. Bulan lepas down 15 hari, jammed otak aku..ha3
blog ko down ke? hoho…smpi 15 hari memang melampau la…ko pakai server apa?
yup2. btol, kita kongsi antara satu sama lain. 😀
haha, sharing is caring 🙂
mahukan servis backlinks yang powerful & murah. hubungi saya. KAHKAHKAH. buat iklan, btw bro gud luck, oldtimer contest SEO sejak 2001, mohd isa mesti menang ni 😀
emm, ko x pe, ada senjata auto.. aku punya manual jer… mana sempat nak kejar.. 🙂
haha, itu la pasal. nak wat auto mana lah tau. senjata pun xda, wat manual makan masa la plak. kena time malas, memang xda maknanya nak berangan tuk menang. haha
sama lah kita…
Leverage is the key. Ada auto buat apa pakai manual? kekeke. Mohd Isa contact aku, kawan2 price. TROLLOLOL
kalau murah2 aku pun nak gak lah.. hehe
takde hal. kekeke
woho…tshirt aku ada simpankan x? hehe…aku ingat ini minggu mau blk kl…:P
heha, takdehal bro. boleh saja. 😛
haha…ok2…nnt aku blk kl aku roger ko…:)
haha, siap promote lagi tu. hutang boleh x? hehe, aku xtarget pun contest ni. saja suka2 jerk. ada lagi ke x nilai blog aku ni. skg pun duk page 2. nak kejar malas la plak. xcukup masa. hehe
Selamat maju jaya bro.. SEO ni chip memang fail la.. chip hanya tau basic2 jek.. kalo nak masuk contest.. memang tentu kalahnya la.. anyway gud luck bro…
p/s: Artikel ini sangat menarik. Chip terharu membacanya.. dah macam short filem plak.. boleh bayang dalam kepala.. hehehe
wah chip, seo ni mudah je kalau kita selalu praktikkan. semua ada peluang, even pr blog kita null pun boleh menang tau kalau betul caranya. cubalah nnt, insyaAllah ada ruangan tuturial nnt sy buat utk sekadar suka2. 🙂
mmg best jadi blogger..huhu..join macam2 group..g gath..kenal org baru..huhu..neway bila nk bg aku hosting n domain free..hahaha….
wah, nak hosting ng domain free ka? aku ada yg xguna, kalau ko nak boleh la. haha
lau free aku nak la..haha..
haha…free xdpt la…tp klu nak free gak boleh…tp kena taruk iklan aku…:P
dunia blogger pun ada pancarobanya…
tahu xpa, bukan sedikit. tp byk kot.
dunia blogger pun ada liku hidupnya. 😀
ak x pernah join contest SEO. tak reti nak main SEO. klau ada lg contest macam ni, maybe ak akn join.
join la azah, sambil tu boleh menguji kemahiran kita dalam seo. hehe
Mmg best n terharu jika dapat bantuan dri blogger lain.. Good luck bro.
itulah, kita tak sangka ada rakan-rakan blogger yang perihatin dengan masalah kita. serius, bantuan yg diberikan oleh dorg memang2 dapat membantu keluarga aku. terima kasih yg terhingga utk dorg semua.
a’ah bro.. bagus sangat kalau mcm tu…