Baru-baru ini kecoh mengenai laman atau blog popular di Malaysia digodam (hack) oleh penggodam (hackers) yang menggelarkan diri mereka sebagai GaySec. Beberapa laman web seperti Nuffnang dan Advertlets juga telah berjaya digodam. Terbaru blog hiburan popular, Oh! Artis pula menjadi mangsa dan masih dalam maintenance mode.
Tidak silap aku, kira-kira jam 12 malam tadi Oh! Artis telah berjaya digodam oleh GaySec sehingga pihak admin Oh! Artis telah menukarkan ke maintenace mode dan sehingga kini Oh! Artis masih di dalam mode tersebut atas sebab-sebab untuk meningkatkan tahap keselamatan blog tersebut.
Kehangatan blog digodam ini juga turut dirasa oleh aku sebagai seorang blogger, mana tidaknya beberapa blog aku masih tidak dapat dimasuki ke ruangan admin. Mungkin kerosakan database. Apa-apa pun, aku perlu berhati-hati sekarang ini. Begitu juga kepada rakan-rakan blogger yang lain.
Berikut adalah beberapa senarai laman atau blog yang telah berjaya digodam oleh GaySec melalui pengumuman di laman rasmi mereka.
Apa-apa pun aku tetap tabik kepada GaySec, kerana ada motif tertentu mereka berbuat demikian. Berikut adalah sedikit info mengenai mereka:
“Kami tidak akan melakukan apa-apa kerosakkan atau perubahan pada sesuatu laman sesawang yang telah kami berjaya lakukan ujian tahap keselamatan, objektif kami hanyalah untuk menyedarkan para admin supaya lebih peka dalam tahap keselamatan laman sesawang sendiri sebelum diceroh oleh orang lain.”
Untuk maklumat lanjut, boleh melawati page rasmi mereka di Facebook GaySec.
Kredit: Paaduu
Erk…minta-mintalah blog saya yang kecil Oh!Buku tu tak jadi apa-apa yang serius.
oh! buku? ada gak oh! yerk? hehe, rasanya x jadi masalah kot. js perlu berhati-hati selalulah…:)
aku sangat sangat sangat berminat dengan tool yg mereka gunakan. hebat
haha…tool apa yerk? ce citerkan skit…:P
klau perhatikan setiap hacking attempt, diorang pakai tool yg mempunyai modus operandi yang hampir sama..
oic, bab hacking ni aku xstudy abis lg…nak kena cuba la nnt…leh ajar tak? hehe
Apo kono eh sumo dio nak hack.
haha…ntah…saja nak test power kot…haha
Oh artis bukan milik Khai ker?
yurp…milik oh media…:)
Tapi respek betul geng gaysec ni.
Dalam artikel dia pun suka taruk smiley.
Kita baca rasa senang hati. hahah. macam wiseman je.
haha, tahu xpa…memang terbaiklah…:)
asalkan mereka(hackers) tidak berniat buruk.. 🙂
yeah, jgn wat benda bukan2 sudah…:P
bahya nye ^_^ heheheh
haha, tahu xpa…seronok plak duk godam2 ni…ades
salam, ni bukan kali pertama.
Mungkin kali kedua, sebab aku pnh tulis pasal oh artis ke hack sebelum.
Harap2 blog kita yg personal blog ni selamat hehe
itu aku ingat lg, oh! artis pernah kena godam sebelum ni. tp lupa plak sapa yg godam. itulah, aku risau gak. jgn la blog cikai ni kena godam sudah. hehe
dulu oh!artis kena hack tapi tak dapat warning awal. kali ni diorang dah bagitau dulu sebelum nak hack. mcm mintak izin lak 😀
haha, tahu xpa. yg dlu xtau siapa yg godam. aku dah lupa…yg tu btl2 godam….yg ini js nak tunjuk hole je pada oh! artis…
hebat!
haha…tahu xpa…risau sudah ini macam…:P