Bagi yang menonton perlawanan bolasepak pusingan kelayakan piala dunia 2014 zon asia di antara Malaysia menentang Singapura pasti ada rasa kecewa di dalam diri masing-masing. Malaysia tewas 5-3 kepada pasukan Singapura, lebih mengewakan lagi adalah aksi pertahanan Malaysia yang benar-benar goyah.
Ini bukan pertama kali pertahanan Malaysia menunjukkan aksi hambar, rasanya sudah masuk 6 perlawanan berturut-turut beraksi dengan begitu goyah. Dengan kata lain mudah leka dan cepat berpuas hati. Bukan dua atau tiga gol sahaja dilepaskan pada kali ini, malah lima gol dan empat daripadanya boleh dikatakan jaringan mudah dilakukan oleh pemain Singapura.
Teringat kata-kata pengulas daripada Astro Arena, tiada seorang pun pertahanan Malaysia yang menunjukkan sifat leadership untuk mengemudi barisan pertahanan. Boleh dikatakan pertahanan Malaysia benar-benar mudah untuk dibolosi.
Lebih perit lagi pada perlawanan menentang Singapura ini, layangan kad merah kepada ketua pasukan Safiq Rahim apabila membuat terjahan kasar kepada pemain Singapura merupakan satu tindakan yang benar-benar tidak boleh diterima. Apa-apa pun, saya ingin memuji barisan tengah dan serangan yang tidak putus-putus memberi serangan balas dan menghasilkan tiga gol yang amat berharga sebagai bekalan untuk perlawanan kedua yang kelak.
Saya berharap agar barisan pertahanan memperkemaskan lagi permainan dan kawalan untuk perlawanan kedua yang bakal berlansung pada 28 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Semoga Harimau Malaya dapat memberikan satu sentuhan ajaib untuk melakarkan kemenangan dan seterusnya menempatkan diri di antara 20 pasukan terbaik Asia dalam pusingan kelayakan piala dunia 2014.
Malaysia Boleh! Harimau Malaya Terus Garang!
memang tak dapat dinafikan lagi.. dalam rata2 ulasan dan kalau menonton sendiri perlawanan.. memang nampak yang pertahanan kita masih goyah.. dan begitu juga ketika perlawanan friendly dengan arsenal dan liverpool..
tapi kita masih ada peluang dalam match di bukit jalil.. go go Harimau Malaya!
peluang tetap ada, tp kalau pertahanan kita kekal macam ni saja. nampak sgt peluang itu tipis. hope dapat diperbetulkan sblm perlawanan kedua kelak. 🙂
pertahanan kurang matang dan mantap.nak kena bambu agaknya diorang ni…
memang aku nak bambu lg kalau dorg main xbetul lg kat bukit jalil…hoho…geram pun ada…lepas gol mudah2 jerk…
Betul bro…aku pun kecewa gak ngan pertahanan kita. Bg aku skuad olimpik lagi bagus pertahanan mereka. Apapun diharap Rajagopal mampu mengatasi masaalah ni.
tahu xpa, aku tgk pertahanan skuad olimpik time lawan chelsea aritu jauh lebih baik daripada pasukan rajagopal. hope benda mcm ni xberlarutan waktu main kat bukit jalil nnt.
well no komen psl bolasepak malaysia
haha, ko mana sokong malaysia. ko sokong klate brani la…:P
haha tp dlm team malaysia ade ramai gak player qlate skrg… 😀
haha, biasala tu…1Malaysia la katakan…:)
Kecewa juga dengan persembahan mereka….mula2 game tu best bila dah Sgapore score 4-1,semuanya jadi hambar..
itulah pasal, tp 2nd half memang aku pujilah bahagian serangan. tp defend tetap hambar, mudah leka dan cpt berpuashati.
second leg kat bukit jalil rasanya aidil main kan? hopefully pertahanan akan bertambah baik.. cuma kenapa rajagobal tak kasik farisham main defence eh? muslim ngan fadli bukan ke dua2 player harimau muda?
itulah pasal, dua2 muda plak tu yg duk tgh. mmg rasa mcm xda sifat leadership antara dorg berdua, tambah plak keeper jrg bersuara, komunikasi antara memang xnampak lansung.
haiya… harimau jgn bikin malu sama singa..
tahu xpa, tempang kena baham dek singa…ades
Aidil kadang2 bagus berindak sebagai kapten pertahanan, tapi kadang2 dia leka juga. Walaupun mutu bola sepak kita makin maju, tapi pertahanan kita masih sgt2 lemah. Pertahanan Harimau Muda lagi bagus dari Hariamau Malaya kot. harap2 mereka lebih berdisipilin 2nd leg nanti.
erk, aidil xmain la azah. insyaAllah kat bukit jalil nnt dia main. tp dia bukan power dah skg ni. maklumlah, org dah anak. hehe