Alexa dan Page Rank Jatuh

Rasanya sudah hampir dua bulan saya tidak aktif menulis blog, tweet sana sini di Twitter dan bersosial di Facebook. Kalau ada pun, sekadar menegur rakan-rakan dan update status di Twitter dan Facebook. Blog pula dah makin bersawang, mood untuk aktif menulis pun masih kurang lagi sehinggakan Alexa dan Page Rank jatuh begitu sahaja.

Makin hari, makin besar pula nilai Alexa rangking yang terpapar di Alexa Toolbar dalam Firefox saya ni. Sedih pun ada, niat di hati nak naikkan balik dalam masa terdekat ini. Tapi rasa macam tak mampulah pula. Masih sibuk dengan program latihan olahraga, balik sahaja dari latihan dah penat.

Idea mencurah-curah masuk untuk dikongsikan bersama anda semua, tapi keadaan masih tidak mengizinkan. Sehinggakan ianya dilupakan begitu sahaja, terasa rugi yang amat sangat. Esok pula saya akan berangkat ke Melaka, untuk melihat dan memberi sokongan kepada staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menyertai Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2011 yang akan dilansungkan pada 8 hingga 17 Julai 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Tapi tidaklah saya berada di sana sehingga tamat SUKUM 2011, kerana saya perlu balik ke Perlis untuk terus menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang akan diadakan pada 23 dan 24 Julai nanti. Itu pun belum dengar khabar berita daripada KOAM bagi kejohanan pada kali ini. Tunggu dan lihat sahajalah jawabnya.

Berbalik pada tajuk asal, serius saya cakap. Sehari anda tinggalkan blog anda, ianya akan meninggalkan kesan kepada Alexa ranking anda. Ianya akan jatuh jika anda tidak berjaya mendapatkan pageviews dan pelawat yang semestinya satu keperluan untuk meningkatkan Alexa ranking anda.

Blog Mohd Isa ini telah jatuh mendadak daripada lebih kurang daripada 120,000 kepada 180,000 sehingga kini. Memang amat menyedihkan lagi apabila Google telah mengemaskini Google Pagerank setiap laman dan blog ini telah jatuh daripada PR3 kepada PR2. Kalau diikutkan saya tidak berapa kisah sangat, tetapi bagi saya ianya akan memberikan kesan kepada hasil carian di enjin carian. Ini bermakna pelawat daripada enjin carian akan berkurangan.

Tetapi jangan anggap saya menulis artikel untuk robot atau agen carian ya, saya sekadar ingin menulis dan berkongsi maklumat dan ilmu yang dicari-cari oleh pembaca. Semestinya mereka akan mencari melalui enjin carian bukan. Apa-apa pun, saya akan cuba menaikkan semula blog ini dan berkongsikan segala ilmu yang ada. InsyaAllah.

Psst: Doa-doakanlah saya agar cepat dapat kerja ya, maklumlah dah habis belajar. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

29 thoughts on “Alexa dan Page Rank Jatuh”

  1. Pingback: Google Pagerank Meningkat Kembali — Blog Mohd Isa
  2. Tak pe bro.
    Dengan ilmu dan kepakaran yang bro ada, sekejap jer boleh pintas otai-otai lain. Itulah pentingnya ada kepakaran dalam bab traffik-traffik ni.

    Reply
  3. wah sibuk benar otai ni kan. nanti aktif balik alexa n page rank akan naik la tu..

    s/p semga dapat kerja yang sesuai..

    Reply
  4. samolah kito bro… aku lagi banyak jatuhnya… nak komitmen 100 persen memang belum lagi masanya.. apapun selamat kembali di arena blogging…

    Reply
  5. haaa alexa aku lagi dah tak amik taw..ekeke
    dah kalau buang dalam blog tu tade rasa nak kejar push2 sangat.
    ala ko dah femes bro + #retis, dont worry lah 😀

    Reply
    • haha, siut jerk. sejak bila aku femes. ko lagi femes kot. sapa tak kenal jejaka syahril hafiz yg kurang kacak daripada aku….:P

      Reply
  6. Dulu aku risau jugak Alexa ranking asyik turun je. Tapi sekarang dah tak kisah. Ranking je pun. Takpe, ada masa nanti update la.

    Reply
  7. biasalah tu bro, setiap blogger aku perasan ada naik turun masing2.
    Walaupun turun tak byk, tapi masih ada penurunan.

    Good luch weh lumba lari hahah

    Reply
    • tahu takpa, budak2 baru pun dah naik cepat sekarang ni. persaingan semakin tinggi. tapi aku suka, baru mencabar skit. hehe, tp wat masa sekarang ni aku senyapkan diri dlu. nnt aku akan gegarkan kembali.

      erk, macam best je aku ni. haha, lari? thanks bro. hehe

      Reply

Leave a Comment