Sandiwara Amerika Syarikat

Berita kematian Osama Laden memang mengejutkan dunia, tambahan pula beliau dikatakan mati ditembak di kepala oleh sekumpulan tentera Amerika Syarikat. Kemudiannya, mayat Osama bin Laden dikatakan disimpan oleh tentera Amerika Syarikat.

Tetapi adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama adalah satu kebenaran atau satu pembohongan atau sandiwara oleh Amerika Syarikat? Jika benar, Osama Laden telah mati dibunuh dan mayatnya disimpan oleh tentera Amerika Syarikat. Mengapakah mayatnya tidak ditontonkan kepada media dan rakyat Amerika Syarikat?

Sudah pasti rakyat Amerika Syarikat ingin melihat sendiri mayat Osama Laden yang dikatakan seorang pengganas yang dikehendaki oleh kerajaan Amerika Syarikat. Umpama sebuah pembohongan dan sandiwara oleh Amerika Syarikat, ditambah pula dengan berita Kosmo! hari ini yang bertajuk Amerika dituduh berbohong.

Mengenai gambar mayat Osama Laden, boleh dikatakan semua akhbar di dunia ini memaparkan gambar yang sama sahaja. Tidak mungkin hanya sekeping gambar sahaja diambil. Terbaru, mengenai gambar tersebut dikatakan telah diubahsuai bagi menyerupai Osama Laden. Lihat gambar di bawah:

osama laden
gambar mayat osama laden palsu
osama laden photoshop
Jadi di manakah kebenarannya? Adakah benar-benar Osama bin Laden telah meninggal dunia? Jika benar, tunjukkan mayatnya di mata dunia. Atau ianya hanyalah satu sandiwara dan pembohongan oleh Amerika Syarikat?

Sumber Gambar: BudakBotak.com

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

20 thoughts on “Sandiwara Amerika Syarikat”

  1. Kalau tengok gambar tu macam palsu. tapi amerika kata dia tak tunjuk sebab kecederaan osama agak parah. takut orang islam marah. Boleh percaya ker.
    Dahlah mayat osama tak tunjuk, gambar masa mandi, solat dan humban dalam laut pun tak tunjuk. takkan diaorang tak ambil gambar sebagai bukti.
    Ini mungkin agenda osama supaya kredibiliti dia meningkat. Lepas tu senang-senang dia menang tanpa bertanding jawatan presiden As sekali lagi.

    Reply
  2. kalau bukan amerika, bukan sandiwara namanya. Aku tak kesah pun kalau diorang nak bohong sebab dari dulu memang diorang suka bohong2 nih..

    Reply
  3. Amerika cakap semalam nak keluarkan gambar osama, tapi menarik balik kata-kata sebab dikhuatiri gambar osama terlalu ngeri. Adakah ni alasan samata-mata?

    Reply
  4. photoshopping yang failed, haha! memang terbaik laa kepada sesiapa yang berjaya bongkarkan muslihat photoshop nie.. haha, US igt orang skarang bodoh cam dulu lagi ke?

    Reply
  5. haish… ntah apa2 la amereka ni. dan tanpa usul periksa, ada yg terus percaya dah tu jump on the bandwagon kluar statement dlm tv katakan osama jahat la apa la.. yg ckp tu belum tentu baik..

    Reply

Leave a Comment