Kotak Minda | inspirasi minda kosong

Kali ini saya nak kongsi bersama anda sebuah lagi projek saya dalam dunia blogging ini. Akhirnya saya tertarik juga untuk menggunakan hosting sendiri dan menggunakan WordPress yang menjadi seteru dalam dunia blog ini. Agak lama juga saya memikirkan untuk memiliki hosting sendiri ini, maklumlah melibatkan duit poket saya.

Pemilihan Hosting


Pertama sekali yang perlu dilakukan bagi memiliki hosting sendiri, mestilah rajin buat survey tentang hosting yang ada dalam dunia ni. Saya juga ada bertanyakan pendapat dengan otai-otai blogger yang saya kenali, seperti saudara baloot seorang web developer. Selain itu, saya juga melakukan survey di twitter.

Sambil itu saya search melalui encik google. Akhir saya meminati untuk melanggan di Jomlahost.my salah sebuah reseller. Pakej yang ambil pada waktu itu amat murah di mana hosting unlimited dan domain berjumlah RM60 sahaja.

Pemilihan Domain
Agak pening juga untuk memilih nama domain yang sesuai untuk kali ini, kerana saya tidak merangka dahulu blog jenis apa yang saya hendak bina. Akhir sekali saya mengikut rasa hati saya. http://kotakminda.com/ menjadi pilihan saya kali ini, dengan tagline inspirasi minda kosong yang membawa maksud segala pemikiran di dalam otak manusia. (Macam yoyo oo je)

Mencari Kategori
Okay, kali ini tentang kategori yang dicari, blog jenis apakah yang perlu saya bina? Jadi saya telah menjalankan survey di kotak minda sendiri. Antara tindakbalas yang diberi adalah:

dari dhiyafaris.com
buat tentang info,gadgets,tutorial..
kalau pandai main 3tajuk besar ni mmg meletop la kotakminda ni

dari KertaZ
Pasal infomation.. Tech guide.. Anything related ah.. Theme kasi yg colourfull skit tapi jgn over kang rabun nk membaca entri / content.. Pendapat jer la..

dari brotherSKL
aku sarankan buat post tentang idea2 dan pendapat yang terBAek tentang teknologi, maklumat keselamatan ke, haha..erm petua2 ke haaa best gak tu..tp ko jgn tnya nabil sbb nt dia ckap..LU PIKIR LA SENDRI haha

dari Khairil
kalau aku post pasal gadjet..ok what sbb ikut perkembangan semasa…smkin hari byk gadjet yg baru…

dari baloot
macam2 boleh buat kat kotakminda.com ni. open minded thinking cket. tak semestinya semua yg berkaitan dgn minda.

Dari segi majoriti, kategori yang dipilih adalah tentang gadjet yang terbaru. Kalau pasal gadjet, saya juga memerlukan sumber tertentu. Jadi apa pendapat anda pula? Apakah yang patut saya kategorikan kotak minda ini?

P/S: Kotak Minda adalah sekadar nama, tiada kena-mengena dengan kotak atau minda. Jadi saya harap anda semua dapat membantu saya pada kali ini. Jangan lupa lawati Kotak Minda. Dan bagi sesiapa yang berminat untuk Link Exchange dengan Kotak Minda bolehlah ntayakan.

Give a Comment