Lama juga tidak menulis berkenaan aktiviti untuk diri sendiri, nama sahaja blog peribadi. Tapi lebih gemar menulis mengenai perkongsian, maklumlah nak cari pembaca berkenaan kehidupan seharian bukan mudah.
Okay, balik kepada tajuk asal. Bengkel pelan strategik ini mungkin suatu perkara biasa bagi setiap syarikat atau jabatan-jabatan dalam sektor awam atau swasta.
Bengkel Pelan Strategik Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini merupakan kali keempat dan kali kedua yang saya sertai. Bengkel pada kali ini banyak membincangkan hala tuju dan sasaran INEE untuk tahun 2018 tidak kira dari segi akademik dan khidmat masyarat serta impak kepada masyarakat dan negara.
Bengkel pelan strategik pada kali ini diadakan di Hotel Flamingo, Pulau Pinang dan berlansung selama dua hari pada 25 dan 26 November 2017. Semoga setiap perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksana sebaik mungkin, selamat maju jaya INEE.
Hi, rindu nak berblog, aku tengah jenjalan cari trafik. kah!
Hi! Samalah kita pun, slow sikit sekarang ni. Mood pun kurang, tak macam dolu-dolu.
terbaik la website tuan, kalau saya nak minta buat review untuk bisnes boleh?
terima kasih, boleh. tiada masalah, boleh hubungi saya.