Memasang SSL Secara Percuma

Tahukah anda bahawa SSL boleh dipasang secara percuma pada domain yang digunapakai untuk blog atau laman web anda? Walaubagaimanapun, bagi yang menggunakan hosting sendiri daripada mana-mana penyedia web hosting, bolehlah merujuk pakej atau plan yang anda ambil terlebih dahulu.

Ini kerana terdapat beberapa pakej atau plan web hosting telah menyediakan pemasangan SSL secara percuma. Yang paling menarik, ianya boleh dipasang kepada semua domain yang dipasang pada hosting yang dilanggani.



ssl percuma

Apa itu SSL?

SSL merupakan singkatan kepada Secure Socket Layer atau juga dikenali dengan istilah Transport Secure Layer (TLS).

“Secure Sockets Layer (SSL) is a standard security technology for establishing an encrypted link between a server and a client—typically a web server (website) and a browser, or a mail server and a mail client (e.g., Outlook).” – DigiCert.com

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan SSL ini, boleh rujuk di DigiCert.com atau Google sahaja. Apa yang penting dengan adanya SSL laman web atau blog kita lebih selamat daripada ancaman godam. Ianya juga menjadikan laman web atau blog kita boleh dipercayai oleh pelayar.

Bagaimana memasang SSL?

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, ada pakej atau plan hosting yang dilanggani menawarkan pemasangan SSL/TLS secara percuma. Kebanyakannya menggunakan Let’s Encrypt yang menawarkan sijil SSL/TLS secara percuma.

Sebagai contoh, saya mengunakan pakej Semi-Pro web hosting daripada ServerFreak. Di mana di dalam pakej ini telah menawarkan sijil SSL secara percuma oleh Let’s Encrypt. Oleh yang demikian, dengan mengikuti tutorial yang disediakan oleh ServerFreak. Hanya beberapa klik sahaja saya boleh memasang SSL pada laman web dan blog saya.

Bagi yang menggunakan pakej atau plan hosting yang tidak menawarkan sijil SSL secara percuma, anda juga boleh mendapatkan sijil SSL secara percuma daripada Let’s Encrypt. Tetapi mungkin ada beberapa perkara yang anda perlu ikuti untuk proses pemasangan. Saya akan cuba sediakan tutorial berkenaan pada artikel berikutnya.

Masalah selepas pemasangan SSL

nopadlock ssl vs padlock ssl
Setelah pemasangan SSL anda mungkin dapati halaman utama atau mana-mana laman anda tidak berkunci atau tidak keluar Secure atau hijau pada address bar di pelayar anda [sila rujuk gambar di atas].

Jangan risau jika anda tidak dapat Secure pada laman web atau blog anda, apa yang anda perlu lakukan adalah menyemak segala masalah dengan menggunakan tool daripada Why No Padlock?

nopadlock ssl problem
Gambar di atas adalah masalah yang saya hadapi selepas pemasangan SSL pada laman web saya, terdapat beberapa masalah pada path/URL di dalam laman web utama saya. Jika dilihat, semua URL/path murupakan imej yang saya gunakan.

Jadi untuk menyelesaikannya, saya buang kembali imej-imej di atas dan muatnaik kembali dan menggunakan path/URL yang betul iaitu dengan adanya https di hadapan URL/path berkenaan.

Masalah kedua yang saya hadapi selepas pemasangan SSL pada laman web saya adalah https tidak timbul ketika menaip url pada address bar pada pelayar. Terdapat dua penyelesaian, iaitu menambah kod di bawah pada file .htaccess anda:

RewriteCond %{SERVER_PORT} 80 
RewriteRule ^(.*)$ https://domainanda.com/$1 [R,L]

Cara kedua adalah dengan memasang plugin Really Simple SSL pada laman atau blog anda [untuk pengguna WordPress]. Di mana cara ini lebih mudah, hanya perlu pasang dan aktifkan.

Apa pandangan anda pula berkenaan dengan SSL dan pengalaman anda ketika memasang SSL pada laman web atau blog anda? Jom kongsikan bersama saya di bawah.

Ruangan Komen

Tinggalkan Komen