Syukur alhamdulillah, hari ini sudah masuk 6 Ramadhan 1439 Hijrah dan bermakna sudah hampir seminggu kita mengerjakan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ketiga. Semoga ibadah puasa kita kali ini berjalan dengan lancar dan diterima oleh-Nya, insyaAllah.
Di bulan yang mulia ini, kita telah dituntut untuk mengerjakan ibadah puasa sebaik mungkin. Oleh yang demikian, bersahur dan berbuka adalah penting untuk memberikan tenaga kepada anda bagi melakukan rutin harian serta mengerjakan ibadah tarawih.
Mungkin ramai yang memilih untuk bersahur dan berbuka dengan buah kurma kerana amalan dan mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi tahukah anda bahawa kurma mempunyai khasiat yang mampu memberi anda tenaga untuk menjalani rutin harian anda ketika berpuasa.
Khasiat Kurma
Saya juga mengamalkan berbuka puasa dengan buah kurma, ini kerana khasiat kurma mampu melancarkan sistem pencernaan terlebih dahulu sebelum memakan makanan berat serta memberikan tenaga selepas seharian berpuasa bersesuaian dengan tuntutan agar kita berbuka dengan pemanis terlebih dahulu.
Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K) yang mana sebiji kurma mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16 peratus daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah.
Kebaikan potassium adalah ia dapat menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi.
Selain itu, antara khasiat kurma adalah kandungan kurma yang banyak protein, lemak dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan juga kalsium, fasfor, sulfat, sodium, magnesium, cobalt, zinc, florin dan selulosa.
Banyak bukan khasiat kurma yang mampu memberikan gaya hidup sihat di dalam bulan Ramadhan ini. Maka jadikan buah kurma sebagai makanan wajib ketika bersahur dan juga ketika berbuka agar anda terus cergas dan bertenaga sepanjang hari untuk melakukan kerja dan juga amal ibadat.
Selamat melanjankan ibadah puasa dan memperbanyakan amal ibadah di bulan Ramadhan ini. Jangan lupa khasiat kurma.
kurma ni sangat berkhasiat sehinggakan kalau bangun lewat untuk sahur, makan 5 biji kurma pun dah cukup beri tenaga kepada badan kita dan tidak lupa juga dengan minum air kosong.