Tertarik dengan artikel yang dikeluarkan dalam sebuah majalah tempatan mengenai gajet yang bertajuk “Tahukah Anda Gajet Memakan Belanja Yang Tinggi?” Terfikir juga berbaloikah harga gajet yang dimiliki dengan harga yang mahal dan mampukah gajet ini bertahan dalam jangkamasa yang diingini.
Bagi saya seorang pelajar lepasan ijazah dalam kejuruteraan mikroelektronik dan diploma kejuruteraan elektronik komputer, sedikit sebanyak membantu saya dalam mengenal erti jangka hayat kepada sesebuah peranti atau gajet. Tahukah anda bahawa sesebuah gajet sekarang mempunyai jangka hayat yang amat singkat.
Mungkin salah satu faktornya adalah dari segi pembikinannya, gejet yang direka mempunyai jangka hayat dalam beberapa tahun sebelum gajet tersebut gagal berfungsi lagi. Mungkin pada peringkat awalnya, harga gajet itu boleh dianggap mahal. Tapi lihat sahaja pada tahun berikutnya, paling kurang pun dalam beberapa bulan berikutnya. Harganya mula menyusut, mungkin ada yang beranggapan perkara ini berlaku adalah disebabkan persaingan daripada gajet lebih baru dikeluarkan.
Maklumlah, teknologi makin berkembang pesat. Ada sahaja gajet baru dikeluarkan dalam setiap bulan. Bagi saya itu juga satu kebenaran, tetapi di dalam fikiran saya yang lebih tepat adalah mengenai jangka hayat dan berbaloikan gajet yang harga mencecah ribuan ringgit bertahan dalam jangkamasa yang kita inginkan.
Jika dihitungkan, hampir kesemua gajet sekarang dibina dengan jangka hayat tertentu. Paling minimum sehingga 3 tahun sahaja dan selepas itu kita boleh lihat kemampuan gajet tersebut mula berkurangan. Tidak kiralah Samsung Galaxy S II, iPhone 4 atau sebagainya. Ianya pasti akan menunjukkan kadar kemampuan yang menurun.
Kemudian sudah pasti kita akan inginkan penggantinya, mulalah berkira-kira untuk membeli gajet yang baru. Dan sudah pasti gajet tersebut lebih canggih dengan harga yang melampau pada masa itu. Tidak salah rasanya untuk memiliki gajet yang canggih dengan harga yang mahal.
Tetapi perlulah beringat mengenai kos perbelanjaan tahunan dan pengurusan kewangan kita, adakah ianya merupakan satu kerperluan atau kehendak kita. Ada perbezaan di antara keperluan dan kehendak, oleh itu sama-samalah kita renungkan. Berbaloikah harga gajet yang kita miliki?
beli iphone pagi, petang jauh atas jalan raya kena lenyek ngan kete sendiri..haha..kesian giler..betol bro, beli gadget biar ikut keperluan..kalau setakat beli smartphone untuk call and texting better xyah belilah..guna hp cikai bese sda..macam aku nie haa..hehe
ko punya iphone ke kena camtu? memang sedih, tahu takpa. cam aku memang keperluanlah, sebab nak kena baca emel2 lagi. monitor website lagi…banyak la…
baik beli emas, tiap tahun meningkat nilai kan?
yurp, lagi best. tp modal pun kena besar juga. 🙂
Seriously aku memang tak minat sangat dengan gajet. Tak tau kenapa. Mungkin aku cepat bosan dengan sesuatu perkara
bergantung. mungkin berbaloi.
gajet memang mahal harga dia lagi2 masa baru keluar kedai.kalau pandai maksimumkan penggunaan,boleh jadi aset berharga tu.blogger boleh update setiap masa.trafik naik cepat and income pun masyuk.even untuk businessman.cuma janganlah taksub sangat dengan gajet sampai pantang ada yang baru,terus nak tukar.
kdg2 ia hanya kehendak jer.. tapi kalau yg serius pakai, mmg berbaloi..
laptop saya pling byk berjasa.. dh hampir 5tahun pakai, dgn harga dahulu, masih beroperasi dgn baik..
aku rasa tak salah kalo nak beli gajet mahal2… as long as we stick to them.. masalah sekarang nie, semua beli gajet sebab nak show off, so beli version baru untuk gajet tersebut kluar, semua nak upgrade gajet, walopon feature yang baru tue takdelaa diperlukan sangat.. huhuhu
siyes aku tak minat gadget2 nie
aku just guna hp utk call dan sms ja
ada yang membeli gadjet ni sebab terpengaruh dengan persekitaran. member beli, dia pun beli. keperluan tak ada pun.
ada seorang kenalan yang beli smartphone, tapi masih guna prepaid, katanya takut bil tinggi
kekadang sampai sanggup berhutang untuk memenuhi keinginan
memiliki gadget yg terbaru.. satu masalah juga pd mereka yang
gemar berhutang…
elakkan berhutang..gadjet boleh menjadi keperluan dan boleh juga menjadi kehendak..ada orang pakai hanya untuk menunjuk dan ada yang pakai untuk memudahkan kerja seharian..
Pretty decent article. I merely found your blog post in addition to were going to declare that I’ve got genuinely experienced looking through your blog post blog posts. Anyway Only for protection end up being subscribing to ones feast and I also we imagine you posting for a second time in the near future.
aku tak berapa guna sangat dalam nak beli gadjet2 yang mahal nie…. sekarang mungkin belum lagi keperluan… akan datang kita tak tahu.. apa yang penting ialah, kena ambil tahu juga sikit2…
setakat ni berbaloi sebab dah 4 tahun pakai hp poliponik je..hehe
haha, samalah kite. kena tukar gak nnt ni. keperluan. 🙂
Tajuk yg bagus..rasanya jika sebelum kita berbelanja atau gi shopping center baik pergi makan dulu..org kata kalau berbelanja dlm keadaan lapar…lebih ikut nafsu dari yg sepatutnya..
betul tu, tp ada gak org sgp belapar utk memuaskan nafsu shopping. yg lg parah bila pinjam duit org len.
Nak beli agjet tu bila-bila pun boleh ye tak ? bukan nak menunjuk-nunjuk,cuma ikut keperluan,contohnya hp lama dah rosak baru la kita beli.Tapi bagi aku ikut keutamaan dulu la
betul tu bro, ikut kepada keutamaan la. tp aku rasa kena ada sebijik gak nnt. keperluan nak wat presentation kat org. sng skit, xpun beli tablet satu. hehe
dulu memang guna smartphone dah di ratah oleh anak2 maka guna phone retro semula… atas alasan agar tak diratah semula oleh anak2 aku… huhuhu..
haha, mcm tu pun boleh yerk. apa lg, belilah psp ke, ps ke. bg anak2 tu. xda la diratah2 lg. hehe
Selalunya org dah kawen n ada anak, diorang tak kisah sgt benda2 nih, lebih kepada rumah ( peralatan rumah ), kereta & sebagainya. Kalau mampu tak kisah. Tapi banyak aku duk tgk, diorang lebih kepada benda yg leh wat duit.
yang famili memang rasanya tak menjadi keperluan lagi, kecuali berkenaan dengan pekerjaan mereka. pasti menjadi keperluan. 🙂
SalamX…
Pada pendapat aku, gajet boleh jadi dua benda, samada kehendak atau keperluan. Gajet akan jadi keperluan kalau korang memang nak sangat benda tu dan even benda tu takde, akan menyusahkan korang. Sebagai contoh, org yg dah kerja dan perlukan data secara tepat or dia ni org berprofil tinggi, business man ke, sistem admin ker..,
tapi, benda ni akan jadi kehendak bila si pemakai tu merupakan budak sekolah rendah..haha.. or senang cakap, org yang just tetiba nak rasa guna benda ni, lebih-lebih lagi untuk sekadar bergaya dan tempat melepak (bedtime internet ke).. haha…
betul tu omar, aku sokong dengan pendapat kau. itulah yang aku ingin sampaikan kepada pembaca. untuk aku maybe belum menjadi keperluan lagi. lagipun aku tak mampu lagi memilikinya. mungkin pada masa hadapan aku pula memerlukannya.
bagi aku boleh jadi keperluan bila gajet ni sangat membantu dalam kerja atau perniagaan. Cth org yg suka main saham, maklumat tepat n cepat sangat penting sebelum nak jual/beli. Orang yg kerap out station, banyak masa digunakan dlm perjalanan, kalau nak bukak notebook, beso n bulky etc. Banyak lagi cth2 lain.
Bagi setengah orang mungkin hobi je, haaa dah jadi kehendak atau hobi. Membazir gak tu.
betul tu bro, itulah yg aku maksudkan. kalau betul2 perlu, memang xmenjadi masalahlah. macam bro, memang menjadi keperluan. betul x bro?
nice entry,sokong semua komen diatas..
hope dapat membantu dengan entri ni untuk kewangan peribadi.
Kene bajet la… gajet2 ni mmg x tahan lama. jadi kene beli baru selepas beberapa tempoh…
betul tu, tiada benda yang boleh tahan lama. semua ada jangka hayat tertentu.
bagi aku gadjet ni hanya satu kehendak dan bukannya keperluan kita.sesiapa yang ada duit lebih,boleh la beli gadjet kalau berminat.bagi yang tak minat pulak mungkin ada minat lain yang ditujunya.apapun bersederhanalah dalam menguruskan sistem kewangan keluarga kita 😀
betul tu bro, gajet ni lebih kepada kehendak. kalau benar2 menjadi keperluan, x salah rasanya membeli. yang penting pandai mengurus kewangan kita sendiri. 🙂
kalau berkemampuan apa salahnya, minat org berlainan, ada kawan saya yg minat dia yg sangat mendalam pada bela ikan, rasanya boleh kalah kaki gajet seluruh dunia kalau tengokkan berapa dia sanggup perabiskan duit dia.
rasanya ini tak salah jika dibandingkan dari dihabiskan wang tersebut ke tempat-tempat maksiat, at least kurang sikit pembuat dosa kat dunia nih. setuju?
itu bukan minat jizon, itu hobi namanya. kalau dah hobi macam tu dan berkemampuan xpalah. xmenjadi masalah, tapi kalau tak mampu. janganlah buat-buat mampu pula. merana nanti. 🙂
aku cukup setuju dengan entri ni. Bukan apa , tepuk poket tengok duit. Lagi satu gajet2 ni akan turun harga. Beli waktu harga rendah pun ok juga.
tahu takpa, kejap sahaja harga menurun. jangan terlampau mengejar kalau tak mampu. tengok kepada keperluan atau kehendak. 🙂
alah membeli menang memakai. tapi kalau sampai pokai, hmmm. sendiri merana
tahu takpa, mula2 memang la seronok memakainya. nampak bergaya jerk, bak kata orang. biar papa, asal bergaya. haha
macam merujuk. kepada persoalan. berbaloikah si isa ni angkat android.
hehe slow3…benda ni semua hanyalah mainan di dunia..
haha, macam tahu2 je niat aku yerk…tp aku tumpukan pada tabung utk suma ni…mmg tgh cari duit nak rembat andoir ni…hehe
tabung utk kawen jugak..ingat tuh..haha
kan sekarang aku kacak lagi…hehehehe
haha…itu sudah semestinya…byk tabung nak kena buat…ko kacak…tp aku kacak lagi kot..haha
nice entri… kkdg aku anggap je tarikh luput gajet kita miliki tu ikut waranti, kalau setahun tu. faham2 je lah, sedia duit atau jual untuk beli yang baru.
tahu takpa, warranty pun main peranan…kalau bg warranty lelama maka lamalah jangka hanyatnya…:)
kaya nih. tiap2 tahun tukar
tuh la pasal…aku duk pk nak tubuhkan tabung gajet ni…hehe