Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 21 Oktober 2011, lebih kurang jam 9 pagi. Saya menerima satu panggilan yang dinanti-nantikan sekian lamanya. Panggilan daripada Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk memaklumkan keputusan temuduga yang telah saya hadiri sebelum ini, syukur alhamdulillah saya telah berjaya. Bermakna bermulalah episod baru dalam kehidupan ini bagi saya.
Selama dua minggu dari tarikh saya ditemuduga, saya menantikan dengan penuh sabar. Walaupun agak runsing juga, maklumlah hidup sebagai seorang penganggur bukanlah seindah yang disangka. Pasti banyak perkara yang terbatas, terutama dalam bab yang menyentuh kewangan. Nama pun penganggur, sudah pasti poket pun kosong. Lainlah ada wang simpanan, kalau ada pun belum tentu cukup.
Kerunsingan di dalam kepala ini terus ditambah lagi dengan masalah kesihatan ibu saya yang tidak menentu, baru-baru ini ibu saya menjalani sebuah lagi pembedahan. Kemudian dibenarkan pulang beberapa hari selepas pembedahan, tetapi mengalami sakit lain pula sehinggakan terpaksa dibawa ke hospital kembali dan ditahan di wad lagi.
Memang amat memilukan apabila melihat orang yang kita sayang dalam keadaan sakit, ditambah pula keadaan kesihatan ayah saya juga tidak menentu. Tetapi dia masih gagahkan juga untuk bekerja bagi mencari wang untuk menyara hidup dan kos perubatan ibu saya. Sedih rasanya bila diri ini tidak mampu membantu apa-apa selain hanya mampu menjaga dan melihat sahaja.
Tapi hari ini saya bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan izinNya usaha saya untuk mendapatkan pekerjaan telah berjaya apabila saya telah diterima bekerja di UniMAP selaku Pegawai Latihan Vokasional di Institut Kejuruteraan Nano Elektronik bermula pada 24 Oktober 2011 bersamaan hari Isnin yang lalu.
Tetapi maklumlah, bulan pertama pasti memeritkan. Mungkin juga dua atau tiga bulan yang akan datang, sudah pastinya mengenai kewangan untuk memulakan episod baru dalam kehidupan ini. Belum pun seminggu saya terpaksa memijam dengan kawan-kawan untuk mendapatkan sesuap nasi dan mengisi minyak motosikal saya.
Diharapkan kesengsaraan dalam memulakan episod baru dalam kehidupan ini akan berlalu tidak lama lagi agar apa yang diimpikan selama ini akan menjadi kenyataan. Termasuklah membantu keluarga tersayang di kampung. Amin.
Salam..Tahniah ye.. boleh saya tahu macam mana encik mohon jawatan PLV tu di UniMAP? Terima Kasih….
tahniah,,,,, 🙂
Alhamdulillah, dah dapat keje… pegawai tu..
Tahniah!!!
Taniah bro! Sabar dan percaya pada rezeki Allah.
tahniah tuan, moga berjaya ditempat baru.
biasa tu bro.baru nak hidup.Insya Allah kalau ko pandai urus duit,bulan ketiga je ko dah boleh selesa.mula2 tu jangan guna duit ke arah lain.yang penting cukup makan cukup minum dulu 🙂 dan lagi bagus kalau boleh bagi duit kat orang tua 😀
tahniah. hidup ini ada peralihan tertentu.. ke fasa-fasa tertentu.. lama2 leh upgrade jadi engineer kat sane lah.. 😉
insyaAllah, ingat memang nak upgrade g master plak nnt. kalau ada rezeki. anyway thanks bro.
Salam,
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dan tahniah di atas kejayaan bro.
Saya terpanggil untuk komen di sini pada post bro kali ni.
Saya tumpang gembira sebab saya pernah melalui saat getir macam ni.
Oh ya, ni kali pertama saya komen di blog ni, selama ni saya silent reader je 🙂
terima kasih bro sebab sudi meninggalkan komen di blog yang tak seberapa ni. anyway terima kasih juga untuk ucapan tahniah daripada bro. 🙂
Alhamdulillah n tahniah, gunakan peluang sebaik2nya
Terima kasih bro, ini atas dorongan daripada bro gak. bro banyak bantu saya waktu susah dahulu, jasa bro takkan saya lupakan. InsyaAllah.
Tahniah Isa…Welcome to Unimap back, PLV RM2400 ( x masuk elaun ) …Alhamdullilah, rezeki ko. hehe.
Tak samapai setahun boleh pakai keta dah, staff Unimap semua dasyat2 🙂
thanks nine, pergh. basic tak smpi 2400 la nine. itu kalau dah 4 tahun ke atas blh la smpi. apa la nine, bab kete tu insyaAllah. 🙂
salam bro..
Alhamdulillah,akhirnya ko dapat juga perkerjaan,semoga lepas ni ko semakin murah rezeki yer,doa untuk kawan-kawan
alhamdulillah, mudah2an adalah rezeki utk aku. thanks bro.
amin..
selamat berkerja bro
Gud lak bro…aku doakan ko mendapat yg terbaek..kata org tua2, org yg mndpt kesusahana bakal berjaya 1 hari nnti 🙂
ps: kan bez kalo aku still belajar sane pastu termasuk lab ko plak…blh ko ajar aku buat lab nnti..ekeke 😀
thanks bro, mudah2an begitulah hendaknya. haha, ada2 je ko ni. aku duk institut kej nano elektronik kot, xngajar budak pun. yg ada student master ng phd jerk.
alhamdulillah! tahniah bro..akhirnya sahabat bloggerku jadi pegawai..fuyooo~ 🙂
all the best..ingat kerja itu satu ibadah..:D
alhamdulillah, thanks bro. senang2 dtg la melawat aku kat sini. tp tgu aku dpt umah dlu la. hehe…insyaAllah, akan aku laksanakan ibadah ini sebaik mungkin. kacak tak aku? haha
tahniah..
mudah-mudahan dipermudahkn segalanya.
~ sy juga kekal jd seorng penganggur tegar ;D
insyaAllah, rezeki masing2. esok lusa maybe rezeki awk pula. siapa tahukan. 🙂
Tahniah….mmg betul untuk sampai tahap stabil mmg memeritkan,kena banyak doa supaya dipermudahkan segala urusan.
terima kasih bro, itulah pasal. hopefully lepas ni akan stabil hendaknya. byk hutang tertunggak yg perlu dibayar dahulu. peritnya.
tahniah dan selamat maju jaya.biasalah bulan pertama memang perit..time macam ni lah dapat jumpa kawan sebenar 🙂
terima kasih izwan, mudah-mudahanlah hendaknya. ada juga yang membantu, tapi segan pun ada. 🙂