Drama Soffiya Dalam Slot Akasia TV3

Agak lama juga saya tidak berkongsikan mengenai kisah drama Melayu yang semakin mantap ditayangkan di televisyen sekarang ini. Maklumlah, agak kesibukan kebelakangan ini. Dengan talian internet yang tiada, menumpang sahaja di kedai mamak berhampiran.

Mungkin tidak terlewat rasanya untuk saya kongsikan sinopsis drama terbaru yang ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 iaitu Soffiya yang menggantikan drama Kasih Alia yang baru sahaja tamat pada minggu lepas tidak silap saya.

Sinopsis Drama Soffiya Slot Akasia TV3

Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara. Soffiya baru mula mengenal erti cinta, namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara.

Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Saksikan bagaimana Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya dalam drama Soffiya slot Akasia di TV3.

Barisan Pelakon Drama Soffiya

Tiz Zaqyah (Soffiya), Fizo Omar (Ilyas), Izara Aishah (Fiona), Azhar Sulaiman (Kamal), Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

Untuk mendowload drama Soffiya ini, nantikan ia di Drama Melayu. Akan dikongsikan tidak lama lagi. Terima kasih.

Free Download Drama Soffiya Slot Akasia TV3

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

11 thoughts on “Drama Soffiya Dalam Slot Akasia TV3”

  1. Pingback: Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3 — Blog Mohd Isa
  2. We appreciate you expressing that will you.there are various particular person researching about this explain how it works will see plenty of resources through your article.I have to become a member of your blog site at any rate which means that I highly recommend you keep going spreading along with us,Thanks for promote!

    Reply
  3. Pingback: Free Download Drama Soffiya Slot Akasia TV3 - Drama Melayu

Leave a Comment