Sudah menjadi lumrah seorang pelajar di universiti ataupun politeknik untuk melaksanakan sebuah projek berkenaan dengan bidang yang diambil, tidak kira di peringkat sijil, diploma, ijazah atau pun di peringkat yang lebih tinggi. Begitu juga saya, perlu melaksanakan projek akhir tahun saya untuk melengkapkan pengajian saya di peringkat ijazah.
Bagi yang mengikuti blog saya dari mula, pasti sudah mengetahui bahawa projek akhir tahun ini merupakan kali kedua saya ambil. Kerana sebelum ini saya terpaksa tarik diri daripada mengambil projek akhir tahun di atas sebab-sebab yang tertentu. Untuk kali ini, saya mengambil tajuk Simulations on Insulated Gate Bipolar Transistor (IGBT) di bawah pengawasan supervisor yang baru.
Kalau diikutkan pada tajuk, memang boleh dianggap mudah. Tetapi apabila terpaksa mengikut kreteria dan objektif yang dikehendaki, memang ianya sebuah tajuk yang amat mencabar dan memerlukan kajian yang banyak. Kalau diceritakan secara teknikal, takut anda pula tidak memahaminya.
Baru sebentar tadi saya menghadiri perjumpaan dengan penyelaras projek akhir tahun (FYP Coordinator) bagi Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektonik (PPK Mikroelektronik). Maka keluarlah beberapa tarikh penting yang agak memeranjatkan saya, maklumlah tarikh yang dikeluarkan bagi saya amatlah hampir.
Tarikh Penting Projek Akhir Tahun
14 Mac 2011 – Pembentangan poster projek (pusingan kelayakan ke pertandingan ENVEX)
18 April 2011 – Penyerahan laporan penuh (thesis), kertas teknikal (technical paper) dan pembentangan akhir projek (VIVA)
Itulah dua tarikh keramat yang perlu saya kejar sekarang ini, kalau diikutkan memang masa yang diberikan agak suntuk jika dibandingkan dengan kemajuan projek saya sekarang ini memang agak jauh ketinggalan. Banyak kajian dan penyelidikan perlu dijalankan lagi, selain laporan yang perlu dibuat mengikut format yang telah ditentukan.
Semua perkara akan bermain dengan masa, jika kita tidak pandai menguruskan masa. Maka kita akan tergolong dalam kalangan manusia yang kerugian dan kesusahan. Begitu juga dengan saya, secara jujurnya saya memang manusia yang tergolong di kalangan yang kerugian. Bagaimana pula dengan anda? Renung-renungkan, selamat beramal. 🙂
projek akhir ek.. buat baik2 jgn jadi cam aku.. result cukup2 makan. menyesal tak sudah
insyaAllah, aku akan cuba yg terkbaik. cukup makan pun takpa, jji lepas. hehe, azab kot.
Teringat aku masa zaman aku study dulu kat Universiti. Paling menyakitkan hati, kepala otak n jiwa dan raga time nak membuat final project ni la. Time ni baru kita sedar kawan mana yang betul2 take care dan mana kawan yang suka makan kawan. Anyway, aku harap ko success dengan projek ko nih dan semoga dapat result A+ la yer…hehehe
terima kasih bro, insyaAllah aku akan cuba yg terbaik. aku nak minta tolong kawan2 pun dorg semua dah grade. yg tgl junior2 jerk. nak minta tlg dorg segan la plak. 🙂
nasib baik aku dah settle.. sakit jugakla kepala… fyp aku… hurm… macam2 kena soal time present.. morale down dibuatnya…. so sekarang masih lagi mencari kerja.. huhu…
hoho, aku gatai. patut aku dah leh grade sama cam ko, tp masalah datang plak. terpaksa drop, tu yg kena buat balik. hehe
Sama la kita bro.. Nasib baik xbnyk blanja sbb kna wat software ja. Tesis la yg pening.. Nk taip satu ayat pon makan jam haha. Gd luck bro
itulah, nasib baik takda kena mengena dengan hardware, js prepare tuk thesis jerk. thesis pun satu hal gak, lecturer sekarang dah pandai isu plagiat ni. turnitin.com la plak.
bila dah ada dateline ni yg buat hati tak senang duduk ni hehe
haha, tahu takpa bro. bila dah kuar deadline ni, rasa nak bernafas pun susah skg ni. 😛
Memang bro.. jgnkan yg study yg tak study pun rasanya tak terkejar 24 jam tu. Macam tak cukup pulak rasanya. Itulah, dah plan baik2 pun kadangkala terlari gak dari landasannya. hurmm..
tahu takpa, dah plan baik punya pun kadang2 tersasar juga. susah kalau hendak mengejar masa ni kalau tersalah langkah.
Ho3.. Ramai pulak Jai tegok blogger skrg dok sibuk ngan final yer.. Biasalah tu, adat belajar.. Yang penting keputusan tu nnt menentukan masa depan..
tahu takpa, ramai kot. musim agaknya, apa-apa pun jai doa2kan la yerk. moga semuanya berjalan dengan lancar. 🙂
Untuk kawan2, Jai sentiasa doakan yang terbaik.. At least, dapat tumpang gembira bila kawan gembira, tapi takkan lari kalau kawan sedih sebab nakkan kawan2 gembira semula..tul x..he3. Yang penting doa & usaha.. Lagi bagus diiringi doa dari kedua org tua…
terima kasih jai, insyaAllah aku akan cuba yang terbaik. 🙂
Anyway, semoga berjaya bro. Harap dapat kejayaan yang cemerlang ya!
thanks bro, insyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin. 🙂
weyh..
aku skrg pun tengah pening dengan Final Year Project ni.
tarikh tu lebih kurang sama dengan tarikh presentation aku. TT.
haha, tahu takpa. mahu pecah kepala aku dibuatnya. 😛
entahlah..
apabila dikaitkan dengan masa, memang ramai manusia yang dalam kerugian.
Allah firman manusia yang tak rugi, hanyalah orang-orang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran..
semoga kita tergolong..
itulah, bila dikaitkan dengan masa. tenyata pasti ada yg dalam kerugian, terutama kepada seorang pelajar seperti aku. jika tidak memanfaatkan masa dengan betul, tergolonglah dalam golongan yang kerugian. memang susah untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman.