Salam semua, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Artikel pada kali ini hanyalah sekadar makluman kepada anda semua bahawa saya akan meninggalkan Blog Mohd Isa di atas sebab-sebab yang tertentu.
Ya, saya akan meninggalkan blog ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Blog Mohd Isa ini. Mesti anda semua tidak percaya bukan, mana mungkin saya ingin meninggalkan blog ini begitu sahaja bukan. Blog yang sudah berusia dua tahun ini hendak ditinggalkan pula.
Wah, saya lupa hendak meraikan ulang tahun blog ini. Untuk pengetahuan anda semua. Blog yang menggunakan domain mohdisa.com ini sudah berusia dua tahun pada 12 Mei yang lalu. Terima kasih kepada semua kerana tidak putus-putus melawat blog ini dan menyokong blog yang tidak seberapa ini.
Berbalik kepada isu saya ingin meninggalkan blog ini, hanyalah sekadar gurauan semata-mata. Mana mungkin blog yang saya bina ini ingin ditinggalkan begitu sahaja. Sebenarnya saya ingin maklumkan bahawa blog saya dahulu di blogspot akan saya gunakan kembali, blog xmohdisax dengan tagline ikut suka hati aku.
Baru beberapa jam yang lalu saya kemaskini blog tersebut, tidak kira dari segi template, widget dan artikel. Memang agak pening jugalah, maklumlah. Sudah agak lama tidak godek-godek template blogspot. Tapi tidaklah susah mana pun, siap pasang fungsi Disqus untuk ruangan komen lagi.
Jadi, tunggu apa lagi. Jom melawat blog xmohdisax sekarang juga. Blog sekadar suka-suka untuk berkongsi kisah hidup saya dan pelbagai lagi akan dikongsikan di sana. Mungkin juga saya akan sediakan beberapa tips dan tutorial untuk menaikkan SEO di blogspot pula. Jangan lupa untuk ikuti Google Friend Connect di sana ya.
saspen je. ingatkan betul-betul tadi
saspen la isa ni..ei tak penat ka nak maintain beberapa blog dalam satu masa…
hehehhe saspen title
blogspot masih diperlukan lagi even dah guna wp….sebab blogspot mmg long term….aku masih ingat lagi 1st ko guna blogspot, tapi napa tak biar mohdisa jer cam dulu ? saja letak x ek ?
hahaa..kasi kontroversi…demmm
Akaun blogspot saya pula bukan blog peribadi, tetapi tolong buat blog untuk orang lain. Jadi setialah dengan blog self-hosted sekarang ni.
oic, oklah tu. blogspot saya tu maybe untuk bahan uji kaji bagi seo untuk dikongsikan kepada blogger yang menggunakan blogspot. 🙂
Mesti ada target baru nih…tu yg aktifkan blogspot balik tuu…hehehe
haha, takda lah. saja suka-suka. 🙂
jom datang blog blogspot saya jugak di yusriwahab.blogspot.com..blog peribadi…
wah menarik, terbaiklah cikgu. hehe
salam..aku pun layan gak blogspot ni, skang ni pun ada blog blogspot yang masih aktif..
oklah tu bro…aku pun baru nak aktif balik kat sana. hehe
Eh ,nak aktif blogspot pulak ke bro
Aku ada gak blogspot,cuma dah laam tak update
haha, sekadar suka-suka. wat blog peribadi bahasa pasar, ikut suka hati aku nak tulis apa nanti. hehe
he3.. Samalh kita bro.. jai pun ada BS baru dalam proses, tapi rahsia lagi sebab kosong..hu3
wah rahsia plak dia, hehe. jai memang mula dari blogspot ke? sbb aku sblm ni memang dari blogspot pun. tu blog lama aku. 🙂
Assalam…
Napa nak aktifkan blogspot balik?
Ramai pengguna domain dan hosting tengah promote WP tetiba yg dah ada domain dan hosting nak aktifkan blogspot kembali….kompius…kompius..
salam iza, takdalah. saja suka2 je iza, nak wat bahan ujikaji utk kemahiran diri. hehe, testing seo plak kat sana. 🙂
Pada pendapat aku, blogspot kalau nak main seo memang terbaiklah bro
blogspot bukan untuk aku, tumblr lagi senang. tak payah edit punl lawa dah.
tumblr pun aku ada gak bro, tahu takpa. theme tumblr memang smart. sampai tak tahulah nak pilih yang mana satu. apa url tumblr bro?
blogspot aku kadang2 je aktif. kalau terdesak haha.
lomotech.com? blog baru ke bro? hehe, byk projek nampak. hehe
blog lama aku dah tak de la. bukan projek baru.
oic, kira menulis pasal lomo jelah yerk. terbaik. 🙂 hehe
eh tak juga. lomotech tu just nama je. haha. tapi yang lomo kadang2 je masuk. lebih kepada tech jugak.
tapi gambar semua aku sumbat dalam lomotech.com/lens
ok lah tu, at least ada niche di situ. tp apa salahnya tulis banyak2 pasal lomo, tak pun gambar yg ko capture tu. huraikan menjadi sebuah artikel seperti rencana. 🙂
yang lomotech/lens tu bajet nak buat gitu tapi tak de idea nak menulis. so gambar je la dulu.
aku pun dah mula nak aktifkan blogspot blk.. 😀
uiks, wat blog hiburan gak ke bro? hehe
musim tukar ke blogspot plak.. hehe
yg blogspot tukar wordpress.. yg wordpress tukar blogspot.. hehe..
haha, samalah ko pun. tul tak? hehe, wat bahan ujikaji skit. 🙂
uji kaji aku lain skit.. huhu
lain macam mana tu bro? boleh ajar aku skit? aku ingat nak belajar wat forum nanti. cam mana nak install kat localhost ya?
uiks, ramai ke blogger lain tukar ke blogspot? tak tahulah plak. hehe.
pergh promote!
aku nak buat gak..haha
haha, sekadar suka-suka. nak bereksperimentasi dengan blogspot kembali. maklumlah dah lama tinggalkan blogspot. 😛