News

Manchester United Juarai Liga Perdana Dengan Bergaya

Manchester United membuktikan kehebatannya tersendiri apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan bergaya sekali pada musim ini apabila menewaskan Blackpool 4-2 pada perlawanan terakhir. Lebih manis lagi apabila Manchester United mendahului Liverpool dengan 19 kejuaraan liga, manakala Liverpool 18 kali menjuarai liga.

Dalam perlawanan terakhir menentang Blackpool, boleh dikatakan pengurus pasukan Machester United tidak menurunkan barisan terkuatnya. Ini mungkin kerana faktor untuk mengelakkan kecederaan bagi persediaan perlawanan seterusnya menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah pada 28 Mei 2011.

Boleh dikatakan pada perlawanan terakhir liga ini dikuasai oleh Machester United, jaringan awal pemain antarabangsa Korea Selatan iaitu Park Ji Sung adalah amat mudah sekali hasil kesilapan penjaga gol dan pemain pertahanan Blackpool. Tetapi ternyata Blackpool tidak patah semangat bagi mengelakkan mereka tersingkir dari liga perdana pada musim hadapan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan percuma Adam.



Kedudukan satu sama kekal sehingga ke wisel penamat babak pertama, Blackpool bermula baik pada babak kedua apabila mendahului Machester dengan 2-1. Apa yang saya dapat lihat, Machester United seolah-olah ingin memberikan kemenangan kepada Blackpool. Tetapi nyata sangkaan saya meleset, apabila selang beberapa minit kemudian Anderson berjaya menyamakan kedudukan kepada dua sama.

Lebih manis lagi buat Anderson apabila jaringan tersebut adalah jaringan pertamanya dalam perlawanan liga yang sudah berakhir. Tahniah buat Anderson, kemudian Manchester United berjaya mendahului dengan 3-2 hasil kesilapan pertahanan Blackpool apabila menampan masuk bola hantaran daripada Smalling ke gawang sendiri.

Manchester United melengkapkan kemenangan bergaya dengan menyumbat satu lagi gol hasil daripada jaringan penyerang veteran England iaitu Michel Owen. Boleh dikatakan perlawanan terakhir ini amat menarik oleh kerana Blackpool berhempas pulas untuk mengelakkan mereka daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Tahniah juga buat penjaga gol Manchester United, Edwin Van Der Sar yang tidak akan beraksi lagi pada musim hadapan. Jasamu tetap dikenang sebagai penjaga gol terbaik yang pernah Machester United miliki. Apa-apa pun semoga pasukan Machester United dapat meneruskan rentak kejuaraan pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah kelak.

Glory Glory Man United! Glory Glory Man United! Ho! Ho! Ho!

7 Comments

  1. nasslimdiet2 May 30, 2011
  2. haru May 25, 2011
  3. syahril hafiz May 24, 2011
  4. hafizmd May 24, 2011
  5. Nine May 24, 2011
  6. naimulfirdaus May 23, 2011
    • Mohd Isa May 23, 2011

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.