Islamic Penulisan

Bila kita perlu berselawat ke atas nabi?

Berselawat ke atas nabi merupakan amalan mulia yang diajar dalam agama Islam, ia juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam diri seorang Islam. Ini kerana selawat ke atas nabi juga terkandung di dalam solat.

selawat

Waktu untu berselawat ke atas nabi

  • Ketika disebut nama Nabi Muhammad s.a.w.
  • Ketika duduk tahiyat akhir dalam solat, setelah tasyahud dan sebelum berdoa.
  • Dalam solat jenazah setelah takbir kedua.
  • Di akhir doa qunut.
  • Dalam khutbah, ceramah dan lain-lain.
  • Setelah azan dan setelah menjawab muadzin.
  • Ketika masuk dan keluar masjid.
  • Pada Hari Jumaat.
  • Dalam majlis-majlis.
  • Dalam penulisan buku-buku.

Sumber: Adnan al-Tarsyah, Maza Yuhibbu al-Nabi Muhammad s.a.w. wa Maza Yukrihu, Maktabah `Ubaikan, Riyadh. Petikan daripada majalah Solusi.



Kelebihan berselawat ke atas nabi

  1. Selawat merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah swt. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya!” (Al-Ahazab:56) – sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah s.a.w bererti telah mentaati perintah Allah s.w.t.
  2. Mendapat 10 kali selawat dari Allah bagi orang yang berselawat sekali untuk Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan balasan selawat kepadanya sepuluh kali.”
  3. Diharapkan dikabulkan doa apabila doa itu didahului dengan selawat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap doa itu dihalang hingga diucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.”
  4. Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w jika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah kepada Rasulullah s.a.w.
  5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa dan diangkatnya darjat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang berselawat kepadaku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat kepadanya (sebanyak) 10 kali dosanya dan diangkat 10 darjatnya.”
  6. Selawat merupakan sedekah atau zakat. “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih)
  7. Sesiapa yang membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan si pembaca.
  8. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  9. Memperolehi ucap selamat dari Allah s.w.t.

Begitulah di antara waktu dan kelebihan berselawat ke atas nabi, semoga dengan perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Berselawatlah selalu, insyaAllah hidup kita dirahmati Allah s.w.t.

4 Comments

  1. ohcikgu November 25, 2012
    • Mohd Isa November 25, 2012
  2. titan November 24, 2012
    • Mohd Isa November 25, 2012

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.