Produk Pemakanan dan Perubatan Islam daripada Mekaray Ventures

Tahukah anda salah satu cara untuk menjaga kesihatan, bukan sahaja dengan bersenam atau mengeluarkan peluh semata-mata. Menjaga pemakanan juga mampu menjaga kesihatan tubuh badan kita terutama kepada otak yang mengawal hampir keseluruhan organ dalaman manusia.

Selain mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti, kini anda boleh mencuba produk pemakanan dan perubatan Islam yang telah dikeluarkan oleh Merakay Ventures beberapa bulan yang lalu. Di dalam Islam juga digalakkan setiap umat manusia menjaga kesihatan dan terutamanya mengambil makanan halal lagi menyihatkan.



Pengenalan Kepada Mekaray Ventures

Mekaray Ventures Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 26 September 2015 di mana Mekaray membawa maksud “Sinaran Mekah” yang bersesuaian dengan penghasilan produk pemakanan dan perubatan berasaskan al-Quran dan hadis di dalam Islam bagi menemukan kaedah menjaga kesihatan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Syarikat ini telah diasaskan oleh dua orang yang mempunyai kepakaran di dalam bidang perubatan, farmasi serta networking kini kian berkembang melalui perniagaan online. Mereka juga telah melantik penasihat koperat iaitu Ustaz Dr. Wan Nasyruddin yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam di UKM dan merupakan penulis kepada sebuah buku yang berjudul “Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam”.

Mekaray Ventures juga telah memiliki sijil Islamic Manufacturing Practice (IMP) daripada Jakim, KKM dan Halal. Terdapat dua produk yang telah dikeluarkan oleh Mekaray Ventures iaitu Triple-M dan Meka Viniga yang merupakan talbinah makanan kesihatan.

Mekaray Ventures Products

Talbinah Triple-M

Triple-M (Meka Miracle Meal) telah mengabungkan 3 bahan utama yang penuh dengan khasiat iaitu Talbinah “barley”, Madu dan Laban “Yogurt”. Didatangkan dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Jika anda seorang yang mengikuti sunnah nabi, sudah pasti Talbinah menjadi pilihan anda kerana ianya merupakan makanan kesihatan yang dianjurkan oleh nabi untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Khasiat Talbiah Triple-M

Mekaray Triple-M

  • Merawat stress dan tekanan perasaan.
  • Mengurangkan sebahagian kesedihan.
  • Merawat masalah dalam perut.
  • Mengawal tekanan darah tinggi dan kadar gula dalam darah.
  • Membekalkan tenaga kepada badan.
  • Sarapan pagi yang sangat berkhasiat.
  • Boleh dijadikan minum petang dan makan malam.
  • Sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan bayi.

Talbinah makanan kesihatan bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi dan mengubati penyakit kronik. Malah ianya berkesan melegakan hati, tekanan perasaan, kemurungan atau perasaan dukacita.

Diet Sihat Dengan Meka Viniga

Meka Viniga satu lagi produk terbaik yang perlu anda cuba untuk mengawal dan menjalankan diet anda secara sihat. Bukan sahaja mampu menurunkan berat badan, malah ianya bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Produk ini merupakan hasil gabungan pelbagai bahan yang sering digunakan dalam pemakan dan perubatan Islam iaitu cuka kurma, habbatussauda, minyak zaitun, madu dan juga disertakan dengan ekstrak delima, minyak kelapa dara, garam bukit dan air bertapis yang didatangkan dengan perisa oren dan hanya perlu menyedut sahaja.

Khasiat Meka Viniga

Meka Viniga

  • Merawat dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Membuang kolesterol dan meningkatkan HDL.
  • Meningkatkan stamina dan kecergasan badan.
  • Merawat dan mengurangkan masalah gastrik.
  • Anti kanser dan anti aging.
  • Merawat dan mengurangkan sakit migrain.
  • Menyingkir toksik dan melancarkan perjalanan darah.
  • Merawat dan mengurangkan masalah senggugut.

Amat bersesuaian kepada kaum hawa yang sering menghadapi masalah di atas. Bukan sahaja boleh kelihatan slim comel, malah mampu menghilangkan penyakit serta terus kekal sihat. InsyaAllah.

Alhamdulillah, saya telah mencuba kedua-dua produk di atas. Ternyata ianya mampu memberi kepuasan kepada diri saya terutama dalam menghadapi stress, merawat masalah perut dan membantu saya agar terus bertenaga melalui produk Triple-M.

Meka Viniga tidak kurangnya membantu saya dalam mengawal diet secara sihat, meningkatkan tenaga dan kecergasan badan serta memantu saya menghadapi masalah sakit kepala atau migrain.

Produk-produk ini bukan sahaja bersesuaian untuk mereka yang bermasalah sahaja. Malah ianya boleh diambil dan diamalkan oleh semua peringkat umur, tidak kira daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Dapatkan produk Mekaray sekarang juga! Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan harga istimewa dan kelebihan lain yang disediakan. Dapatkan informasi lanjut di laman-laman Mekaray Ventures di bawah:

*Foto oleh CVS Production @feeq

Ruangan Komen

Tinggalkan Komen