Salam sejahtera dan salam kesyukuran buat seluruh umat Islam yang baru sahaja meraikan hari lebaran, hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang lepas. Rasanya masih sempat buat aku mengucapkan Salam Aidilfitri buat sahabat-sahabat blogger dan pembaca sekali. Ampun dan maaf dipinta jika terkasar bahasa di blog ini atau di mana jua.
Agak lama juga aku menyepikan diri di alam maya ini, terutama di arena blogging ini. Bagi yang sedia maklum, pasti mengetahui mengapa aku tidak dapat online seperti biasa pada cuti raya yang lalu. Hampir 3 minggu aku tidak dapat online, di atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagi yang belum mengetahuinya, bolehlah membaca entri sebelum ini yang bertajuk Hidup Ini Tidak Selalunya Indah yang tidak mungkin dapat aku lupakan.
Oleh yang demikian aku ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca yang meninggalkan komen di blog aku kerana aku tidak dapat membalasnya sehingga kini, insyaAllah aku akan cuba membalasnya secepat mungkin. Bagi yang membuat permintaan di blog aku ini, insyaAllah aku akan cuba penuhi permintaan tersebut. Harap kalian semua dapat bersabar sementara aku dapat membalas komen dan memenuhi permintaan kalian.
Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan kepada aku di atas kesedihan yang aku sedang alami sekarang ini. Tidak lupa juga aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan bantuan kepada aku tidak kira sebelum atau selepas Hidup Ini Tidak Selalunya Indah dipaparkan.
Untuk pengetahuan kalian semua, ibu aku masih dalam keadaan kesakitan. Apa yang aku boleh aku katakan, kadang-kadang keadaan ibu aku baik dan kadang-kadang tidak. Sedih dan pilu setiap kali aku melihat keadaan ibu aku. Kadang-kadang aku sendiri tidak mampu menghadapinya, apatah lagi ibu yang aku sayangi yang menanggung penderitaan itu.
Kata-kata ibu aku masih bermain-main difikiran aku, “Mak tak seronok lansung raya ni.” Sebak rasanya bila setiap kali ibu aku mengatakan demikian, bukan sekali dua. Tidak terkira rasanya, dari sebelum tibanya Aidilfitri sehinggalah menjelangnya Syawal. Apatah lagi aku yang ingin merasa rendang ayam dan daging yang sering dimasak oleh ibu aku setiap kali menjelang hari raya. Menitis air mata ini setiap kali aku mengenangkan masa-masa lampau yang indah untuk menyambut hari lebaran.
Tapi kali ini, ibu aku tidak mampu menyiapkan semuanya untuk di hari lebaran tahun ini. Dulu pasti ada sepasang baju baru untuk adik-adik aku yang ibu tempah khas, tapi tahun ini. Hanya pakaian lama sahaja dipakaikan oleh aku dan adik-adik di pagi raya. Terlampau sedih dan pilu bila aku bersalaman memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua aku di pagi raya lalu. Amat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini.
Tetapi aku amat bersyukur di atas bantuan yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian, dapatlah aku membeli sedikit kuih, rendang, lemang dan sebagainya untuk persiapan raya dahulu. Selebihnya aku ada menyerahkannya kepada orang tua aku. Walaupun tidak banyak, aku amat-amat bersyukur di atas sumbangan yang dihulurkan. Bagi yang sudi menghulurkan bantuan lagi, bolehlah merujuk entri Hidup Ini Tidak Selalunya Indah. Aku ada sertakan detail yang diperlukan, atau boleh terus menghubungi aku melalui Contact.
Sekali lagi aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang telah memberi sokongan kepada aku selama ini, budi baik kalian tidak dapat aku balas. InsyaAllah aku sentiasa berdoa agar Allah dapat membalas jasa baik kalian semua. Amin.
Harap bro terus tabah menghadapi situasi ni
dan semoga ibu bro akan cepat sembuh
insyaAllah bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya.
terbaru ibu aku ada mesej, yg dia baru lepas operate.
inysaAllah dalam minggu ni aku akan balik jenguk dia
nnt aku ceritakan keadaan ibu aku yg terbaru.
Allah tidak pernah zalim kepada hambanya. Setiap apa yg berlaku pasti ada HIKMAHnya bagi hambanya yg bersabar.
InsyaAllah bro, mudah-mudahan apa yang berlaku ini ada hikmah daripadaNya. Aku sedar apa yang berlaku sekarang ini dapat membuatkan diri ini lebih dekat kepadaNya. InsyaAllah.
betul kata bro denai hati setiap apa yang berlaku ada hikmahnya
insyaAllah, mudah-mudahan apa yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya…insyaAllah.
i know u strong enough my dear 🙂
i hope so…insyaAllah, i will be strong always.
Salam.
Allah pasti bersama kamu. Berdoalah, sesungguhnya DIA sangat dekat dengan kita.
Semoga tabah selalu Bro. Di samping DIA di sisi, kami juga ada (rakan2 blogger). Susah senang bersama. i’Allah.
i’Allah, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
InsyaAllah, mudah2an begitulah hendaknya. Semoga hikmah sentiasa ada. Terima kasih bro.
semoga tabah yea..bro aku faham perasaan bro sebab aku pernah mengalami perasaan yang sedemikian..ketika ibu aku sakit pada tahun 2008 tapi kalau ikutkan ibu aku lama dah sakit..tapi last sekali dia sakit pada tahun 2008, dan pada tahun itulah raya terakhir aku dengan dia sebab ibu aku telah pegi selamanya ,time tu aku nak menghadapi final exam..memang banyak tekanan aku hadapi..dan dengan itu juga aku berharap bro tabah menghadapi dugaan ini..aku doakan ibu bro cepat sembuh
terima kasih bro, insyaAllah aku akan lebih tabah menghadapi dugaan ini. mudah-mudahan roh ibu bro dicucuri rahmat daripada Ilahi dan moga-moga ibu aku cepat sembuh hendaknya. sama-samalah kita berdoa kepada kedua ibu dan bapa kita.
aku juga turut berdukacita dengan keadaan ibu bro.. untuk pengetahuan bro juga, ibu aku juga sekarang dalam keadaan sakit.. dia sakit kaki dan doktor cakap perlu buat pembedahan yg melibatkan kos ribu2.. tapi, dorg akn kutip duit melalui tabung utk pembelanjaan pembedahan ibu aku.. kita senasib ye bro.. hope ibu bro akan cepat sembuh..
p/s: maaf.. tidak dapat membantu dr segi kewangan.. hanya doa dan harapan aku kirimkan..
terima kasih bro, nasib kita serupa bro. aku pun tak tahu ibu aku perlu dibedah atau tidak. sebab masih menunggu keputusan daripada doktor. aku juga turut bersimpati atas penyakit ibu bro. semoga ibu bro selamat dalam pembedahan nanti. aku juga tak mampu nak membantu dari segi kewangan, sekadar doa menjadi pengirim. insyaAllah.
semoga ko tabah ye bro..kami sbg blogger prihatin akn bantu dr segi moral atau kewangan
terima kasih bro, aku tak tahu nak ucapkan macam mana lagi. korang semua dah banyak bantu aku. terima kasih sekali lagi.
kesiannya kat hang isa.. semoga tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran. aku akan tetap sokong hang. sabar ye. selamat hari raya
thanks bro, aku ada juga tunggu ang dtg umah aku raya aritu. tp takda khabar plak. aku nak sms ang, segan la plak. pasal pertolongan yg ang minta pun aku tak tunaikan lagi, aku betul2 serabut sekarang ni. maafkan aku bro. anyway, selamat hari raya bro.