Salam semuanya, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Agak lama juga saya tidak menyentuh mengenai ilmu SEO, jadi saya meluangkan masa sedikit untuk menyambung topik SEO sebelum ini iaitu mengenai kata kunci atau lebih dikenali sebagai keywords.
Saya percaya pasti sudah ramai yang mahir dengan menggunakan kata kunci atau keywords dalam menulis artikel atau entri di blog masing-masing. Tetapi adakah anda tahu mengenai ketumpatan kata kunci yang anda gunakan di dalam sesebuah artikel atau entri dapat mempengaruhi agen carian?
Selepas memilih kata kunci yang terbaik untuk sesebuah blog dan juga merupakan minat utama pengunjung, langkah seterusnya adalah menghasilkan kandungan blog yang kaya dengan kata kunci dengan ketumpatan kata kunci yang sesuai. Ketumpatan kata kunci adalah ukuran penilaian kualiti sesuatu blog.
Umumnya, lebih besar nilai ketumpatan kata kunci lebih berkualiti kandungan blog tersebut dan lebih relevan kepada frasa carian. Nilai ketumpatan yang dicadangkan adalah di antara 3% hingga 7% untuk kata kunci pilihan yang mengandungai 2 atau 3 patah perkataan. Manakala 1% hingga 2% untuk kata kunci sandaran.
Walaupun tiada sebarang peraturan mengenai perkara ini, tetapi cuba optimumkan teknik ini kepada nilai yang lebih munasabah iaitu 5% hingga 10% masih dianggap boleh. Seandainya anda cuba mengoptimumkan dengan memuatkan hampir 300 kata kunci, walaupun ianya dibolehkan tetapi langsung tidak munasah untuk menghasilkan artikel yang seronok dibaca. Setiap ayat kata kunci tersebut hadir menjadikan artikel anda terlalu bosan untuk dibaca.
Dan yang lebih teruk, blog tersebut juga mungkin dikenakan penalti oleh Agen Carian kerana mereka akan menilai anda seorang yang tidak beretika dan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Oleh yang demikian, berhati-hatilah semasa mengulangi kata kunci yang anda ingin gunakan.
Jangan terlampau banyak menggunakan kata kunci yang sama dalam sesebuah artikel, ini akan menyebabkan pembaca cepat bosan. Yang lebih pedih lagi, agen carian akan mengenakan penalti kepada anda. Seperti menulis karangan di dalam peperiksaan juga, penggunaan perkataan yang sama akan mengurangkan markah untuk hasil penulisan anda.
banyak gak ilmu SEO yang aku belajar kat sini. terus menerus tanpa henti.hehehe
thansk bro
terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca entri seo di sini.
most welcome. 🙂
terima kasih bro.tip yang berguna untuk blogger yang baru macam saya ni
sama-sama, hope tips ni dapat membantu anda. 🙂
oh.. macam tu.. sebelum ni main hentam je keyword yang nak diletakkan.. hehehe, terima kasih.. info menarik ni…
lepas ni boleh la letak keyword secara teratur ya. anyway. sama-sama 🙂
bab keyword tu alhamdulillah boleh dipratik dah skank
tapi masalah nya nak relate dengan content blog tu rumit sikit..
biasalah tu, ko target content apa?
cari keyword yg berkaitan sudah.
oooo….ok2 terima kasih bro..
most welcome bro…:)
bila kena ngan yang ngam punya keyword…
organic search la menjadi idaman hehe..
aku punya banyak dapat dari organic
macam mana tu? aku kurang faham sikit pasal organic ni…
organic tu macam kita punya blog keluar kat SERP..
kalau guna Google Analytics boleh tau kat Google
Yahoo aku tak berapa pasti
oic…kiranya ada di SERP la yerk…
aku jarang check aku punya Google Analytics…hehe
Yahoo susah skit…aku pun tak tahu kenapa…
tu la tak silap aku kalau nak check kat Yahoo
kena guna 3rd party.. duit lagi haha…
kadang2 je aku check untuk tgk keyword yang hit blog aku
kalau top 10 tu kira best la hehe
itulah pasal, yahoo punya banyak pakai duit
sebab tu tak maju-maju
hehe
aku tak kisah sgt kalau entri biasa2 jerk
kalau entri yg nak target SERP baru aku wat elok2
cam entri drama…aku suka buat sebab boleh dtgkan trafik
maklumlah org malaysia ni suka cari benda2 cmtu…:)
hehe ok takpe la..
kalau ko target trafik…
aku target pada content..
tu yg naik sikit trafik aku tu bila citer pasal produk2 ni hehe
maklumlah, blog aku takda niche
so tak target sgt bab content ni
so target apa yg patut je la
hehe
blog aku plak lebih pada blogging, produk halal, dan perubatan jawi 🙂
ok lah tu…aku nak kena build up content blk la
tp tak tahu nak buat mcm mana
klu boleh setiap content berkaitan
jenuh2
banyak lagi kena belajar nie… huhu
tahu takpa, sama-samalah kita pelajari. 🙂
wahhh
sungguh lengkap
apa kata ko buat e-book pasal seo ni pulak bro
mana tahu dapat sambutan
insyaAllah, masih dalam perancangan.
kalau boleh aku nak menulis yg latest punya.
maklumlah, google dah update dia punya SE. hehe
Saya guna plugin AIO SEO ja untuk seo..huhu
oic, bagus tu. jgn lupa setting elok2. 🙂
Betul tu bro. Kepadatan sesuatu kata kunci (keyword density) dalam satu post amat membantu dalam SEO. Tetapi jangan terlalu menggunakan sehingga ayat tunggang langgang. Nanti takut kena cop scam pulak dengan Google…
betul tu bro, jangan terlampau banyak mengulang perkataan yg sama di dalam sesebuah artikel. ini akan merosakkan artikel itu sendiri, scam article. tak bagus. hehe
thank bro..dapat ilmu baru seo ni..nak kena try slow2..biasa letak keyword kt prnggan pertma je
most welcome, keyword ni perlu letak di setiap perenggan baru berhasil bro. 🙂
xtau paham sangat pasal SEO ni just love to be blogger
haha, aku dulu pun tak berapa faham. tapi boleh la belajar perlahan-lahan. 🙂
Saya pun masih tak faham mengenai SEO.. Cuba lakukan tapi tak tahu berjaya ke tidak.. Lagipun saya baru sebulan bersama WP dan baru dalam dunia blog… Apa pendapat saudara isa dengan blog saya?
SEO ini terlampau meluas untuk diperkatakan, so perlu ambil masa untuk mempelajari dan memahaminya. perkara pertama sekali jika masih baru dalam berblog, target untuk naikkan PR blog ke PR3 dahulu. oleh itu tentukan sesuatu niche atau tekankan blog anda kepada sesuatu perkara dahulu. kemudian barulah boleh tekankan benda lain pula. blog bro dah ok dah tu. 🙂 jangan lupa gunakan plugin SEO.
aku dari dulu nak tahu pasal SEO ni,tapi tak pernah nak ada peluang nak baca detail2..
kalau nak detail…kena lepak blog aku selalu la…aku leh ajar…kalau ada persoalan…lagi bagus…senang skit aku nak mengajarnya…hehe
aku tak paham percentage2 tersebut dan jugak istilah kata kunci sandaran.. tapi apa yang aku blajar ialah SE bleh gak rupanya penalized kalo flood ngan keywords.. hoho, nasib baik aku tak penah kesah sangat pasal keyword nie.. haha!
oic, percentage yg dimaksudkan tu ketumpatanlah. jumlah kata kunci yg ko ulang per dengan jumlah perkataan darab 100. 🙂 kata kunci sandaran macam frasa kata kunci la, contoh ko guna kata kunci anak soleh…kata kunci sandaran…anak soleh yang baik…itu contoh la. hehe, tapi apa yg ko ulang tu…itulah kata kuncinya.
tip yg berguna ni bro, aku pun nak kena susun semula strategi penulisan blog ni
thanks bro, tapi penulisan bro dah power. 🙂
Fuh mahu ulang berkali2 aku baca
:Pening:
faham tak bro? kalau tak faham boleh aku terangkan. 🙂
Frankly speaking ? Huhu
Tak
Sorry 🙂
haha, mudah sahaja. macam kata kunci yang aku pakai, “kata kunci”. tengok berapa kali aku ulang dalam entri ni. berapa peratus dari jumlah semua perkataan. itulah dikira ketumpatan. then tengok susunan “kata kunci” dalam setiap perenggan. 🙂
dekat artikel ini pun menumpukan pada ketumpatan kata kunci dalam seo, boleh belajar dari artikel ni 🙂
benar tu, kalau bro perasan. artikel sebelum-sebelum ni pun ada ketumpatan kata kunci yang sy gunakan. susunan dan ulangan. pasti ada yang perasan atau tidak sahaja. 🙂
hoho menarik btol seo ni..tgh blaja slow2..hehe
seo ni memang menarik kalau dipelajari, tambahan pula ia takkan abis dipelajari. 🙂
Hm.. tak pernah pula saya mengambil berat tentang kata kunci/keyword ni.. selalunya kalau buat article marketing baru tersedar tentang hal ni..
terima kasih bro untuk perkongsian!
sama-sama, saya dulu pun tak tekankan sangat pasal kata kunci ni. tapi bila dah lama-lama, baru pandai bermain dengan kata kunci ni. so gunalah ilmu yang ada. tambahan pula bro menulis artikel marketing, kata kunci amat penting untuk artikel macam tu. baru senang orang nak mencari bro. 🙂
kenapa suka bermain dengan saya ? Adakah anda suka saya permainkan pula? dan pernahkah saya ganggu kamu?
thanks bro aku tak perasan hal ini..aku selalu banyakkan kata tanpa tahu artikel aku semakin membosankan..bila semak balik artikel aku dulu baru aku perasan dan sedar…artikel aku 2- 3 bulan lepas lebih bagus dari artikek sekarang
biasalah, perkara macam ni sering berlaku pada semua blogger. pada aku sendiri juga, kadang-kadang sampai kering idea nak menulis sesuatu yang menarik. tambahan pula nak tekankan kata kunci yang dipilih, memang agak susah. so, kena bertapa dahulu la jawabnya. 🙂
dulu aku berblog ikut semua seo… tapi bila ia terlalu rumit… malas aku buat semua itu dan ini… main hentam jer… 😀
kira ok la tu, ikut dari mula. tak macam aku, mula-mula tak tau pasal seo ni. buat blog ikut suka aku jerk, sekarang baru nak belajar dan praktikkan. seo ni memang agak rumit, tapi usaha tu penting bro. 🙂
Salam,
Terima kasih dengan perkongsian penuh makna ini. Saya budak baru belajar, sedikit info dikutip sangat besar maknanya…
sama-sama, untuk lebih mantap lagi dalam seo ni. better guna domain dan hosting sendiri. 🙂
Salam bro.
Thanks. Aku pun baru nak berjinak2 dgn SEO ni 😀
Btw bro, nape bro letak shoutmix kalau nak SEO mantap?
Rasanya bro tau kan Iframe tak mesra SEO?
Hehe, saje tanya
oh, untuk shoutmix tu sekadar untuk kaki spam yang suka sangat nak tinggalkan jejak. dari dia tinggal spam kat komen box ni. better dia spam kat shoutmix tu jerk. tp tak lama lagi aku memang nak buang shoutmix tu. berperingkat. 🙂
maksudnya dalam entri tu kita ulang 2 atau 3 kali keyword yg sama?
apa kata kunci yg femes skrg ye
Try alexa pun ada gak.
bukan 2 atau 3 kali sahaja. kalau boleh dalam setiap perenggan dengan kata kunci yang hendak ditekankan. kalau nak kata kunci yang femes, ikut berita semasa. macam kes pembunuhan jutawan kosmetik tu, dah banyak blog aku masuk ada pasal kes tu. 🙂
kalau untuk jangka masa panjang, pasal dunia hiburanlah. org malaysia ni suka sangat cari pasal artis ni. haha
betul2 complicated hehe
tahu takpa, its very complicated untuk memenuhi kehendak agen carian.
kenapa pula tak suka? Apa sebab serta alasan mengapa terhegeh-hegeh?