Terasa was-was, itulah fikiran saya selama ini setelah membaca sedikit info fiqah dalam majalah Solusi terbaru iaitu isu nombor 26. Mana tidaknya, kucing yang dibelas pasti akan meninggalkan bulunya di merata-rata tempat. Pasti ia akan melekat kepada kain baju kita bukan? Bulu kucing adalah najis, itulah yang tertulis di dalam info tersebut.
Menurut mazhab Syafi’i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuhnya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuhnya, sama ada semasa hidup atau selepas mati. Namun menurut mazhab Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Begitulah menurut info yang dibaca, ditambah pula hubungannya dengan solat. Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat solat. Maka itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka solat itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.
Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit seperti sehelai dua, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun sedikit. Bertapa pentingnya kebersihan di dalam solat, begitu juga dengan kehidupan kita seharian. Tambahan pula, Rasullah pernah bersabda bahawa “kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.”
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita, bahawa menjaga kebersihan itu penting di dalam kehidupan kita seharian dan yang paling peting adalah ketika hendak menunaikan solat.
bulu kucing yg tertanggal dari badannya hukumnya najis? macamana agaknya nabi s.a.w memastikan bulu kucing tidak terkena pakaian solatnya sedangkan baginda sangat suka mengelek dan meriba kucing Mueeza peliharaannya..dan macamana agaknya baginda menyucikan tempat solatnya dari bulu- bulu kucing yg bertebaran di dalam rumah?>???? cuaca di Arab panas.. lagi banyaklah bulu-bulu kucing kegugran..
Kat rumah ada 6 ekor kucing, dah bela sejak 10 tahun lepas….semua manja2 dan stay dalam rumah. Sekarang dah tahu HARAM kucing ni, jadi petang ni dah masukkan kucing2 tu dalam guni nak lepaskan dalam hutan dekat Bukit Belacan tu. Ataupun nanti nak lepaskan tepi Pasar ikan kat Chow Kit petang ni. Semalam makcik saya dah buang kucing Parsi dia kat pasar Selayang. Kucing dia nama Lily dah 4 tahun bela dalam rumah….hari ini Lily dah jadi Kucing Pasar, sebab HARAM punya pasal. Esok kakak aku nak buang pula kucing dia kat tepi pantai Morib, banyak gerai makan situ. Habis jubah dia kena bulu kucing yang dia bela 3 tahun dalam rumah. Kucing2nya nama Mat, Jiha dan Jah, semuanya Persian ekor kembang tu. Haram tetap HARAM.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
“Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka’b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu’. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :’Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, ‘Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?’. Aku berkata,’Ya’. Dia berkata :’Rasulullah :saw bersabda :’sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena βalaikum).
………………………………………
Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A’isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A’isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A’siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :
“Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu”. Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu’ dengan air yang telah diminum oleh kucing” [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
………………………………………
Kesimpulannya :
kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai ‘orang rumah’ sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dimaafkan.
Namun demikian, jumhur ulama’ berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu’ pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A’isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing.
ok…
inilah yang gua nk kongsikan dengan geng-geng bolgger gua semua.
yang gua rasa sesuatu benda itu penting.
memang gua rase sgt bertanggungjawab utk share.
lagipun memang gua pencinta
kucing.
π
Salam semua…
tQ for the sharing JOE…
happy sgt baca post u tu… =)
ssgt happy SBB… sy pon penSHINTA kucinggggg….
kite geng… hehehehee….
kucing i si Gebu tu suka ssgt dok tepi i bila sy solat…
kalau i keluarkn dr bilik, dye akn cepat2 lari masuk bilik i blk…huhuhu…
nk x nk terpaksa lh i biarkn…
pssttttt…. smpi ati u nk lepaskn kucing u kt bukit belacan… hahahahaa….
tringin nk bela kucing….
bukan banyak ke kucing terbiar dalam malaysia ni, apa lagi. carilah dan bela. π
Kucing binatang kesayangan Rasullah, sedangkan kucing Muezza (nama kucing Rasullah) memanjat badan Rasullah ketika sedang sembahyang, kalau najis tentunya Rasullah berhenti sembahyang, sedangkan Rasulllah teruskan sembahyang tanpa berhenti
btul tu..1st time aku bc bulu kucing adalah haram..sdgkn dia binatang kesayangan Rasulullah..kucing pn duduk atas serban Rasulullah xde pn dinyatakn haram..
Abu hurairah sagt sukakan kuncing…
klu nk kta bulu kucing tu haram tunjuk kn dalil n hadith dlu….jgn pndi2 buat hukum…
jgn terlampau ikut mazhab…semua hukum berpandukan al quran dan hadith…
kat sini memang rasa terkilan gak bila baca fakta tu,sedangkan kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah..
Dari Abu Qatadah bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang kucing,βSesungguhnya (kucing itu) tidaklah
najis karena dia termasuk yang berkeliling di antara kamu. (HR. An-Nasaβi, Abu Daud)
Bahkan diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah berwudhu dari air yang telah diminum oleh kucing.
Dari Aisyah ra sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,β(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk
binatang yang berkeliling di antara kalianβ. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah SAW berwudhu dengan
air bekas jilatan kucingβ. (HR. Abu Daud).
cube la korang kaji betul2 sebelum mengandaikan satu perkara…yang jadi najis tu kalau bulunya xdipelihara dengan baik,najis dia melekat pada bulu,yang tu aku terima!!…
Khilaf aje tu, kecuali bila ternampak najis dibadannya, sedangkan bila Abu Hurairah solat anak-anak kucing bermain-main dalam LENGAN jubah nya. Gelaran Abu Huraiah diberikan oleh nabi sendiri. Sudah tentulah bulu2 kucing melekat pada jubahnya.
Sedikit info tentang Abu Hurairah. Di waktu jahiliyah namanya dulu Abdu Syamsi ibn Shakhr Ad-Dausi, dan tatkala ia memeluk Islam, ia diberi nama oleh Rasul dengan Abdurrahman. Ia sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang bayangnya. Inilah sebabnya ia diberi gelar βBapak Kucingβ.
kalo bulu arnab cmne wei?
bulu arnab kena tanya ustaz dlu, yg tu aku tak tahu lg. sbb arnab boleh makan la plak.
huhu… satu ilmu baru utk hari ni… seronok main dengan kucing ni… manja…
tahu takpa, tp kena kucing liar tak bestlah pulak. hehe
susah ni kalau ada kucing yg bulunya luruh banyak.. tambah2 bila dia suka duduk atas sofa
itulah, dulu kucing aku selalu melepak kat sofa. bila duduk jerk kat sofa tu, melekat terus kat baju aku. huh
nampakyer kucing ni dah dikategorikan sebagai haiwan yang tak boleh dipegang..ermm
uiks, jangan macam tu sekali. hukum tak ckp camtu. just bulunya sahaja tidak boleh dibawa ke solat. π
Eh! Jangan salah faham plak hafeez. Najis yg dimaksudkan barangkali bukan najis mughalazah mcm anjing dan babi.
itulah pasal, cepat sangat membuat keputusan tanpa usul periksa. hehe
kat rumah baru ada bela kucing dalam beberapa bulan ni, dah tahu hukum ni kena la berhati2.. thanks share info ni bro…
most welcome, jadi kenalah berhati-hati selalu. sediakan pakaian khas untuk solat sekali. π
Serius baru saya tahu tentang ini!
memang ramai yang tak tahu lagi, biasalah manusia….jahil sikit bab2 macam ni.
erm bagus info ni,
adik aku suka sangat dengan kucing, aku je dok
memang ada chemistry kot jgn dekat sgt dgn kucing
sebab bulunya najis..kikiki
hoho…aku suka je kucing ni…tp time aku tgh mkn…aku jadi tak suka…menyibuk je keje…hehe…
ramai org kata, bulu kucing tak bagus untuk kita terutamanya kanak-kanak kerana akan mengundan semput atau athma, tapi ada pakar mengatakan, yang membuatkan bulu kucing itu merbahaya sebab air liurnya, yerla, kucing kan suka jilat bulu, so air liurnya tu yang tajam, boleh mendatangkan penyakit…
p/s : terkeluar tajuk lak pasal bulu najis…hehehe sori…
ha’a. aku pernah dengr gak, bulu kucing boleh menyebabkan budak asma
apa lagi bro, takkan dengar jerk. share la. hehe
nak share apenyer. itu jerk yang aku tahu…ok ok, aku share, kalau nak bela gak kucing tapi kat rumah ada budak kecik, cukur licin bulu kucing tu. kompem tak kan ada asma…hahaha…gila kejam..huhu
haha, itu keje gila namanya. apola…haha, kalau ada budak kecik senang jerk. kurung kucing dalam sangkor, abes citer. haha
haha, kalau ikut logik pun. kucing membersihkan kemaluan dengan lidahnya, betul tak? dan kemudian dia bersihkan bulunya, di situ pun kita dapat lihat bahayanya bulu kucing. hehe
Hahaha. Kejamnya cukur bulu kucing tu. Baik bela kucing sphynx je. Furless. Hehehe.
haha, kucing apa tu? tak pernah tau plak jenis2 kucing ni. aku kecut perut kalau kucing takda bulu ni. seram kot nak pegang.
terima kasih atas perkongsian, bro!
sama-sama, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. π
baru aku tahu pasal bulu kucing ni. ish… kena pastikan betul2 la erk waktu nak solat tu. setuju ngan anarm la. tukar semua pakaian yang dikhaskan untuk bersolat…
Seb baik umah aku tak bela kucing. hehe.. Takut gak aku ngan kucing ni. sekali dia cakor…aku yang miaw!!! huhu
haha, apalah ko ni. kucing pun takut ke? hehe, lainlah kucing brutal. betul tu, lebih selamat kita khaskan pakaian untuk solat. π
pernah kena cakor dulu waktu kecik2..trauma…hehe
hoho, bisa tu kalau kena cakor. aku pnh kena gak kot, ingat2 lupa la plak. tp seriau tu kalau kena cakor.
Haritu ada terbaca Jakim kata bulu kucing bukan najis kecuali ada najis kat bulu tersebut..
biasalah tu, ada khilaf. mungkin blh baca komen aku kat atas .
thanks for komen bro. π
yeke? boleh tunjukan tak pasal benda alah tu? aku nak juga kepastian.
lagipon kita taktau encik kucing tu dah bergolek2 kat mane kan.. ntah2 die baru lepas bergolek2 kat atas taik ke ape ke, pastu masuk rumah.. kita plak pegang, peluk2 dia.. sebab tu kalo nak solat, kena tukar pakai pakaian khas untuk solat.. jangan pakai baju seluar yang biasa kita pakai buat jalan, lepak2 depan tv tu.. kene sediakan 1 kain pelikat ke, baju t-shirt kosong, khas untuk solat..
*dah lama tak bela kucing..
betul tu bro, aku setuju sangat bab pakaian tu. lagi better kalau setiap kali kita keluar rumah bawa bersama pakaian solat tu. betul tak?
kucing aku baru je mati bro, sadis pun ada.
Setuju dgn pandangan bro Anarm ni. Dan pastikan juga ada ruang solat khas di bilik. Supaya kebersihan tak terjejas. Suka wo pakai kain pelikat…best!
Tapi bro Mohd Isa, tahu tak jenis najis apa bagi bulu kucing tu? Mutawasitah ke? Takkan Mughalazah plak kan.
betul tu, better ada bilik khas untuk solat. bukan pakaian sahaja, tp lebih afdhalkan kalau menunaikannya di masjid ataupun surau. lagi banyak pahalanya.
yang tu aku kurang pasti, nanti aku cuba cari lagi.
Sangat setuju berkenaan solat di masjid dan surau tu.
yurp, insyaAllah lebih banyak pahala kita akan perolehi dan lebih baik berjemaah. π
Alamak, aku bela kucing dlm rumah…. kena cuci habes la
biasalah tu, kena tengok2 selalu la. jgn lupa buang bulu-bulu kucing yg tertanggal tu. π
Najis ke? kat umah ni byk kucing…abis la aku…kena samak…haha
Selingan: BTW, good info…
Ya, mengikut mazhab yang kita ikut. Syafi’i memang najis, itulah. Kena berhati-hatilah sedikit kalau dah banyak sangat kucing tu. π
alhamdulillah.. info yg menarik n baru tau gak benda ni.. thanks..
most welcome, sekadar ingin berkongsi. sama-samalah kita sebarkan kepada rakan-rakan yang lain. π
owh baru tau, aku pun baru2 lagi bela kucing kat rumah. sbb member angkat satu kucing. nak tak nak kena jaga juga lah
samalah kita bro, aku pun baru tahu benda ni. betapa jahilnya aku mengenai perkara ini, semoga lepas ni kita lebih berhati-hati hendaknya.
aku saja2 tanya seorang ustaz untuk lebih penerangan. jadi alang2 aku nak kongsi:
ini jawapan dari Ustaz Al Amin dan kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Abdul KAdir Al joofre :
Ustaz al-amin wrote :
Sebahagian ulama’ mengatakan bulu kucing najis kerana kucing adalah binatang yg haram dimakan..binatang yg haram dimakan dianggap najis so bulu dan apa yg berkaitan dgn dia pun dikira najis..kalau tahi dia tu mmg dah najis pun..so kalau bulu dia kita bawa sembahyang maka kita menanggung najis la..
Adapun sebahagian ulama’ mengkategorikan bulu kucing sbg “ummul balwa”..kerana kucing menjadi binatang peliharaan..maka dibolehkan jika dalam keadaan susah utk dielakkan..kalau boleh dielakkan itu yg lebih ahsan(baik)..
Ustaz Abdul Kadir al Joofre :
Bismillah
Kesimpulannya adalah, terdapat perselisihan pendapat ulamak di dalam hal ini, hatta di dalam Mazhab Syafie sekali pun.
Bak kata akh Effy, siapa yang diuji dengan kesusahan maka bolehlah mengambil pendapat yang agak ringan tersebut (tidak najis).
Namun begitu adalah lebih selamat dan bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati untuk mengelakkannya (mengiranya sebagai najis), bersesuaian dengan pendapat ulamak yang mengatakannya najis.
Kita tak boleh memaksa orang mengambil pendapat kita dan mengatakan ia lebih hampir kepada sunnah dan Feqh Sunnah kononnya, hingga kemudiannya menafikan pula khilaf yang berlaku, jika kita bukanlah seorang mujtahid yang murajjih. Hadis yang menunjukkan ia tidak najis dipegang oleh ulamak yang mentakannya tidak najis, dan dalil umum yang menunjukkan ia najis juga tidak bercanggah dengannya jika ditakwil pula oleh ulamak yang mengatakannya najis.
Wallahu A’lam
terima kasih dengan info yang diberikan oleh bro, maka pendapat oleh ustaz ni betullah bahawa bulu kucing adalah najis dan ada pendapat lain oleh ulama’. maka aku rasa better kita sediakan pakaian khas untuk solat seperti saudara anarm katakan. betul tak bro?
Thanks sebab share. Baru tahu pasal ni π
most welcome, itulah. bertapa jahilnya kita sebagai seorang manusia.
lama rumah ni tak bela kucing. π
ada juga kebaikan tak bela kucing, betul tak? kucing aku kat kampung baru mati akibat bergaduh. sedih pun ada. π