Harimau Malaya Kembali Mengaum

Pasti semua sudah mengetahui keputusan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang berlansung di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam di antara Malaysia dan Indonesia. Pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan jiran dalam perlawanan akhir pertama dengan 3-0 yang boleh dianggapkan bekalan selesa untuk ke perlawanan kedua yang akan dilansungkan di Jakarta 29 Disember nanti.

Pasukan Malaysia turun dengan penuh semangat untuk menebus kembali kekalahan pada perlawanan pertama di peringkat kumpulan dengan lawan yang sama iaitu Indonesia yang ketika itu menewaskan Malaysia 5-1. Jika dilihat sekarang, Harimau Malaya sudahpun selangkah di hadapan untuk membawa pulang piala yang belum pernah dimenangi di rantau Asia Tenggara ini.

Jika dilihat dengan corak permainan Malaysia semalam, hampir keseluruhan perlawanan dikawal oleh anak-anak muda pasukan Malaysia. Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang bermain dengan kemas sekali, hampir semua gerakkan yang dilakukan oleh pasukan Indonesia dapat dipatahkan dengan mudah.

Keputusan 0-0 di separauh masa pertama membuatkan jurulatih Harimau Malaya menukar sedikit taktik permainan dengan membuat pertukaran pemain. Tetapi perlawanan semalam dicemari oleh sedikit gangguan lampu laser oleh penonton yang didakwa oleh pemain Indonesia yang memaksa pengadil perlawanan terpaksa memberhentikan permainan kira-kira 5 minit.

Setelah perlawan bersambung semula, pasukan Harimau Malaya nampak garang untuk mengawal perlawanan dan seterusnya membuat jaringan gol. Sehiggalah ke wisel penamat Malaysia berjaya mengumpul 3 gol untuk dibawa ke perlawanan akhir yang kedua. Apa-apa pun saya benar-benar bangga menonton perlawanan semalam, walaupun saya tidak mampu ke stadium. Stadium tetap penuh dah dibanjiri dengan warna kuning dan bendera kebanggaan kita Jalur Gemilang.

Semoga pasukan Harimau Malaya ini akan terus cemerlang untuk melakar sebuah sejarah baru bolasepak tanah air kita dengan memenangi AFF Suzuki Cup buat pertama kalinya. Ayuh Harimau Malaya terus mengaum dan kembali ke kemuncak. Malaysia Boleh!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

23 thoughts on “Harimau Malaya Kembali Mengaum”

  1. Pingback: AFF Suzuki Cup 2010 : #HarimauMalaya Garang di Twitter — Blog Mohd Isa
    • separuh masa pertama malaysia tak byk serangan, tak silap hanya 4 percubaan sahaja dapat dilakukan. separuh masa kedua memang best. gol 3 paling cantik. hehe

      Reply
  2. entah betul entah tidak isu laser tu.. kekadang indon ni suka wat konspirasi ckit.. dari dulu lagi… wkt permainan badminton pun dia ckp mcm2.. org kita pakai tangkal la apa la… sengal dorang ni… sajer cr isu… tapi kalau betul ada yg main laser nak ‘buta’kan mata gol keeper dorang, apa leh wat la.. manusia.. biasa la tu nak nakal2 ckit.. huhu..

    Reply
    • itulah pasal, kalau betul ada laser. masakan setiap perlawanan yg aku lihat di indonesia keluar cahaya hijau dari tv aku. bukan perlawanan di malaysia sahaja. saja je wat isu, tak bagus betul.

      Reply
    • yurp, selesa sangat tu bahaya gak. takut pisang berbuah dua kali. dlu semi final pernah lawan indon, menang di tempat lawan. kena belasah di halaman sendiri. risau pun ada.

      Reply
  3. 1st,Tahniah Malaysia, Malaysia Boleh… cuma isu laser sahaja yang tak sedap nak dengar cerita tu… harap2 kunjungan ke Indonesia nanti tidak menjadi halangan pasukan Negara mengaum dengan garangnya…

    Reply
    • betul tu, aku gak terkilan jika benar ada laser tu. tak baguih betul bersikap begitu, wat malu malaysia jerk. semoga malaysia berjaya membawa pulang piala yg belum dimenangi lagi ini.

      Reply

Leave a Comment