Tahukah anda cara membakar kalori dengan berkesan adalah dengan melakukan kerja rumah seperti menyapu, berkebun, membasuh kereta dan sebagainya? Ini kerana dengan aktiviti sedemikian anda dapat mengeluarkan peluh.
Memiliki tubuh badan yang diidamkan dengan membakar kalori sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gim melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.
Cara membakar kalori dalam badan dengan kerja rumah?
Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman. Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori. Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
Berkebun
Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
Membasuh pakaian
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
Mengemop
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
Memasak
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Hujung minggu anda mungkin lebih bermanfaat jika anda mula mengetahui bahawa melakukan kerja rumah boleh membantu bakar kalori anda? Jika dikumpul kesemua jumlah kalori yang dibakar, anda sudah boleh memiliki tubuh berotot tanpa anda sedar di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Sumber: Maskulin
Cara Membakar Kalori
istri banyak kerja rumah tapi banyak makan sisa-sisa anak-anak jadi tetap saja gemuk
mengurus anak, sangat memerlukan energi lebih.hehe
Betul juga tu. Daripada bazirkan wang di gym, bagus buat kerja rumah. Ada exercise dan juga dapat faedah sampingan yang lain.
Mengapa suri rumah semakin gemuk? Sedangkan hari2 dia buat kerja rumah? Adakah cara pembakaran kalori tidak betul? Atau makan terlalu berlebihan semasa berada di rumah?
Mengemop yang sering saya lakukan jika hari libur, terima kasih sudah berbagi
terima kasih kepada admin di atas pengkongsian tersebut,saya memang jarang dah turun padang
can u refer your last post regarding lock folder? i need your help
Kalau berminat boleh beli buku ebook Kevin Zahri untuk mengetahui cara-cara menurunkan berat badan tanpa bersenam.
Banyak juga cara boleh di lakukan untuk bakar kalori, cuba nak buat tak buat sahaja, apa-apa info yang sangan bagus dan bermanfaat
Berkebunlah sebab yang dok office ni banyak obes. lol
sekurangnya nak bakar kalori kalau setakat jogging, cycling. hmm sama jugak ( sebab lepas habis semua tu. makan makan 😀 )
itu biasa bro, aku duduk office. tapi alhamdulillah, kekal slim. maklumlah, habis kerja kena training pula. bagi orang lain, yang takda masa untuk jog or cycling. buat kerja rumah pun sudah membantu. berkebun kalau ada tanah, duduk flat atau apartment menyapu turun naik tangga pun ok. :p
kekal slim. hahaha hang memang pawer. aktif nampak. memang aku respect ar, workout sikit, main gym. pergh mesti sado lepas ni 😀
wah benerni… tipsnya sangat bermanfaat, saya kerja/usaha dirumah lebih banyak duduknya, badan jadi agax melar, kalo berkebun kanyanya boleh juga ni untuk bakar kalori akar lebih bugar 😀