Masalah bibir kering sering dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira jantina mahupun umur. Ia juga berlaku kepada saya, di mana kadang-kadang ia menyakitkan dan kelihatan kurang enak.
Pada kebiasaannya saya akan melembabkan bibir kering saya dengan menggunakan lidah sahaja setelah meneguk air beberapa kali. Terdapat juga banyak produk yang boleh digunakan untuk merawat masalah bibir kering.
Tetapi, tahukah anda mampu menjimatkan wang tanpa membeli produk tersebut untuk mengatasi masalah bibir kering dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah anda sendiri.
Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering
GULA – Lakukan pengelupasan sel mati bibir kering anda agar ia akan mengembalikan kelembutan semulajadi bibir anda dengan pantas. Campurkan dua sudu gula dan satu sudu madu, letakkan pada bibir anda dan biarkan selama beberapa minit. Gosokkan bibir anda menggunakan jari bagi menyingkirkan sel mati, kemudian bersihkan dengan air suam.
MADU – Madu adalah pelembap semulajadi yang mempunyai antibakteria dan membantu untuk merawat bibir kering dengan pantas. Sapukan madu asli pada bibir anda beberapa kali sehari. Anda juga boleh lakukan pes dengan mencampurkan madu dan glycerin, kemudian letakkan pada bibir anda sebelum tidur.
KELOPAK ROS – Kelopak bunga ros boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan bibir anda serta warnanya. Basuhkan segenggam kelopak ros menggunakan air. Rendamkan dalam susu selama beberapa jam. Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes. Sapukan ia pada bibir kering anda sebanyak dua atau tiga kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.
MINYAK KELAPA – Minyak kelapa adalah pelembap semulajadi, membantu untuk merawat bibir kering yang diakibatkan oleh cuaca sejuk atau panas. Letakkan minyak kelapa selama beberapa kali sehari untuk kekal lembap. Anda juga boleh gunakan minyak zaitun atau minyak biji sawi.
KRIM SUSU – Krim susu yang kaya dengan lemak adalah pelembap bibir semulajadi yang terbaik. Sapukan krim susu segar pada bibir anda dan biarkan selama sepuluh minit, kemudian bersihkan bibir anda dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam air suam. Amalkan rawatan ini setiap hari agar bibir anda pulih dengan pantas.
GEL LIDAH BUAYA – Kebaikan lidah buaya dalam rawatan bibir kering sememangnya diketahui. Letakkan sedikit gel lidah buaya pada bibir anda setiap hari dan ia akan membantu melegakan kesakitan dan melegakan kesakitan. Lidah buaya mungkin mempunyai rasa yang kurang menyenangkan, tetapi kebaikannya sememangnya berbaloi.
TIMUN – Salah satu bahan semulajadi dan mudah bagi rawatan bibir kering. Sapukan timun yang dihiris halus pada bibir anda agar jusnya kena pada setiap bahagian. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian basuhkan dengan air. Lakukan beberapa kali sehari.
JELI PETROLEUM – Letakkan jeli petroleum pada bibir anda beberapa kali sehari agar ia dilindungi. Sapukan sebelum tidur agar bibir anda kekal lembap pada waktu malam. Anda juga boleh letakkan sedikit madu pada bibir anda, biarkan beberapa saat dan kemudian sapukan jeli petroleum. Biarkan selama beberapa minit dan basuhkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air. Lakukan dua kali sehari.
AIR – Pengambilan air yang cukup boleh membantu rawatan bibir kering. Penting untuk anda minum air suam yang banyak agar badan anda kekal hidrasi. Selain daripada itu, air juga mampu membuang toksin dalam badan anda.
Begitulah di antara bahan semulajadi yang mampu membantu anda dalam mengatasi masalah bibir kering tanpa mengeluarkan duit lebih dan mudah untuk didapati dalam rumah anda sendiri.
Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering
Tips nya lumayan mudah untuk dilakukan
Sering mencoba hasilnya lama,,
Sebab susah nak dapat – pakai veselin je la… hehehe
pergh…maskulin betul pakai veselin. :p
Biasanya akan guna jel petroleum untuk merawat bibir kering.
menarik, ada juga dikalangan member aku yang suka guna lips ice. cam gegurl gitu. 😛