cara mendaftar hellogold

Beli Emas Serendah RM1 Dengan HelloGold

Tahukah anda, bahawa emas sekarang boleh dibeli dengan bermodalkan RM1 sahaja? Benar, anda boleh membeli emas dengan hanya harga RM1 sahaja bersama HelloGold.

Ini bermakna anda tidak memerlukan modal yang besar untuk membeli dan menyimpan emas untuk tujuan pelaburan. Anda hanya perlu mendaftar di HelloGold dengan mudah dan mulakan pelaburan anda.

Apa itu HelloGold?

HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia, membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% anda dijamin sepenuhnya dan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini. – HelloGold

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan HelloGold anda boleh layari pautan ini untuk mendaftar, sila pastikan anda menggunakan pautan tersebut agar anda memperolehi rebat sebanyak RM5 semasa anda membeli emas pertama anda.

Langkah kedua, anda perlu memuatturun dan memasang aplikasi HelloGold pada telefon pintar anda. Kemudian buat pendaftaran buat kali pertama, untuk pengesahan anda perlu mengambil gambar kad pengenalan dan selfie. Sila rujuk video di bawah:

JANGAN BELI EMAS TERLEBIH DAHULU, IKUTI LANGKAH SETERUSNYA!

Cara memasukkan kod ganjaran HelloGold

Langkah ketiga, setelah akaun anda disahkan. Sila ke bahagian GANJARAN, kemudian masukkan kod MOHA7QC4 dan klik guna untuk menerima rebat sebanyak RM5 semasa anda membeli emas.

Cara membeli emas di HelloGold

Setelah anda selesai sahkan akaun anda dan memasukkan kod untuk rebat RM5 di atas, kini anda boleh membeli emas dengan mudah.

cara membeli emas di hellogold
Tedapat tiga kaedah untuk membeli emas di HelloGold, iaitu:

  1. Menggunakan CASH BALANCE (wang yang terdapat pada ewallet)
  2. Online Banking – FPX (dikenakan caj RM1.20)
  3. Menggunakan akaun Boost anda (tidak dikenakan caj)

Oleh yang demikian, saya galakan anda semua menggunakan Boost untuk membeli emas di HelloGold buat pertama kali bagi mengelakkan caj RM1.20 dikenakan.

Mudah bukan, kini anda boleh melabur emas secara mudah dengan HelloGold tanpa menggunakan modal yang banyak. Lebih menarik lagi anda tidak perlu menyimpan emas berkenaan, hanya perlu beli dan jual pada bila-bila masa.

Baiklah, setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya berkenaan HelloGold. Jangan lupa melanggan blog ini untuk perkongsian berkenaan HelloGold seterusnya.

No Responses

Give a Comment