Alexa rank atau Alexa ranking sangat familiar untuk semua blogger. Bagi blogger baru, artikel kali ini sangat bersesuaian untuk anda. Baru-baru ini saya ada membaca artikel berkenaan Alexa ranking oleh beberapa orang rakan blogger. Oleh yang demikian, saya ingin kongsikan kepentingan dan kaedah meningkatkan Alexa Ranking.
Apa itu Alexa Rank?
Alexa Internet telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Brewster Kahle dan Bruce Gilliat. Ia adalah satu penghormatan yang diberikan oleh syarikat kepada Library of Alexandria. Alexa adalah sebuah syarikat Amazon.com yang menyediakan Alexa ranking toolbar.
Alexa rank membawakan sejarah trafik sesebuah laman web atau blog dan ianya sangat-sangat berkuasa. Ia mengumpulkan maklumat trafik dari toolbar Alexa dan ia juga memaparkan kaedah trafik yang berbeza.
Alexa rank berdasarkan pandangan halaman atau page vews, bilangan pengguna, dan sejarah trafik untuk tiga bulan. Banyak ciri-ciri lain telah ditambah apabila laman web Alexa menjalani semula reka bentuk utama. Ciri-ciri baru ini telah diperkenalkan untuk bersaing dengan perkhidmatan lain seperti Compete.com dan Quantcast.
“Alexa the store of knowledge is a complete package. Its toolbar is effective and the bloggers are selective. If your blog can generate the right amount of traffic history – you can solve the mystery. When readership increases, your level of stress decreases.”
Kepentingan Alexa Ranking
Alexa ranking adalah faktor yang paling penting dalam menilai ruang iklan di blog atau laman web anda. Selain daripada Google PageRank, pasti ada setiap blogger mementingkan Alexa ranking yang lebih baik.
Lebih baik kedudukan Alexa anda, lebih banyak trafik akan dijana. Maklumat trafik adalah berdasarkan set toolbar yang dilindungi oleh data Alexa. Ia boleh menjadi sangat kompetitif dan alat pintar untuk webmaster.
Alexa menyediakan satu senarai 500 laman web atau blog teratas serta laporan istilah atau kata kunci yang menjadi carian bebas memandu trafik yang dikemaskini setiap bulan. Anda boleh menggunakan SEO Robotics untuk memeriksa Alexa rank dan faktor-faktor SEO lain yang penting untuk laman web atau blog anda.
5 Cara Berguna Untuk Meningkatkan Alexa Ranking
Jika sebelum ini saya ada berkongsi tips mudah meningkatkan Alexa ranking, pada kali ini saya kongsikan lagi cara berguna untuk meningkatkan Alexa ranking dan ianya hampir sama sahaja.
-
Muat turun Alexa Toolbar
Salah satu cara untuk meningkatkan Alexa ranking adalah dengan memuat turun Alexa toolbar. Toolbar ini boleh didapati di alexa.com di mana toolbar ini akan memantau statistik laman web atau blog anda dengan cara sebaik mungkin.
-
Pos entri sekerap mungkin
Sebuah perkara yang paling penting dalam teknik SEO, di mana artikel atau entri juga penting dalam Alexa ranking. Entri yang banyak akan menarik pembaca atau trafik ke blog anda, ini adalah sesuatu yang baik dalam penilaian Alexa. Jika anda seorang blogger baru atau baru membina sesebuah blog, anda perlu pos sekurang-kurangnya dua entri sehari untuk memastikan blog anda hidup dan bernafas.
-
Mempromosikan blog anda di rangkaian sosial
“Bayangkan ini sebagai benih yang akan membantu menyuburkan tumbuhan (blog) anda agar terus hidup dan ini adalah senjata anda.”
Blog anda umpama rumah kedua anda dan sebagai tuan rumah, anda perlu mesra dengan tetamu (pembaca) yang datang. Ini salah satu cara untuk menggalakkan mereka untuk mengunjung rumah (blog) anda lagi dan lagi.
-
Memasang Alexa widget
Pasang Alexa widget pada blog anda, ini dapat membantu dalam meningkatkan Alexa ranking serta kredibiliti blog anda. Ianya mudah sahaja, daftarkan blog anda di Alexa dan dapatkan kod Alexa widget serta pasang di sidebar blog anda.
-
Trafik dari enjin carian
Mungkin ianya sukar, tetapi jika anda mampu melaksanakan teknik SEO blog yang betul. Anda mampu mendapatkan trafik dari enjin carian seperti Google. Ianya benar-benar membantu, lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam tiga carian teratas.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah Alexa rank penting bagi anda, atau anda tidak mengambil kisah. Bagi seorang blogger yang ingin menjana kewangan melalui blog, sila ambil berat mengenai Alexa rank. Di mana kebanyakkan advertiser memandang tinggi kepada Alexa rank.
Peluang Bisnis Agen Travel Online
Peluang Usaha Baru & Bisnis Sampingan 2014, Usaha Rumahan Dengan Modal Kecil, Membangun Bisnis Sendiri Di Bidang Agen Tour & Travel
Rekan Netter …
Bisnis sampingan dan peluang usaha rumahan Prospek Bisnis online di bidang usaha Agen TOUR & TRAVEL masih sangat besar peluangnya, selama dunia pariwisata terus berkembang, usaha TOUR & TRAVEL masih layak untuk dipertimbangkan, hal yang perlu diperhatikan adalah menjamurnya pusat TOUR & TRAVEL dimana-mana, sehingga daya saing semakin tinggi, perlu suatu terobosan yang inovatif agar tetap bersaing sehat.
Peluang bisnis dengan modal kecil Salah satu terobosannya adalah dengan menggunakan media internet. Tahukah anda bahwa peluang usaha kecil bidang Internet juga bisa digunakan untuk menjalankan TOUR & TRAVEL dengan modal terjangkau? Ya, kini anda dapat memanfaatkan internet agar mendapat penghasilan lewat usaha travel secara online.
Kunjungi web kami : http://www.pandawa-group.com
Phone : 082113617707
info yang sangat bermanfaat. terima kasih dengan perkongsian.
Semua tips ni mmg rasanya masih relevan dan perlu diuji keberkesanannya.
Bab update tu, mmg kalau kerap update..nampak bagus sikitlah ranking alexa…kalau tak..mmg kelaut dalam =)
thanks bro berkongsi!
p/s- bro, entri ni pkai font ape ek? cantikler…hehe
semua tips lah sudah korang cubo, tapi masih aje alexa rang blog korang masih jelek….
ada tipslain kagak yang lebih ampuh????
blog aku dah juta2 balik…mungkin disebabkan kekerapan update.. traffic pun suam2 kuku jer.. huhu
terima kasih kerana berkongsi…alexa blog saya ada sikit je perubahan walaupun dah lama buat blog…tak mahir sangat bab2 camni…
keep updates, nanti berubahlah lagi. 🙂
Persaingan untuk meningkatkan alexa ranking berlaku semakin sengit saban hari terutama para blogger. Ini kerana semakin ramai blogger/webmaster sedar akan kepentingan dan kedudukan teratas ranking alexa ini. Nak menurunkan ranking alexa bawah 1juta pun bukanlah suatu perkara yang mudah.
Rasanya memang sengit, kalau global memang susahlah untuk menempatkan diri dalam 100k ke bawah. Dalam Malaysia pula untuk menempatkan diri di bawah 1000 pun susah. Apa-apa pun usaha perlu dipertingkatkan.
Terbaik tips mengurat cik ALexa ni,aku pun tengah cuba berjinak-jinak kembali untuk meningkatkan ranking
Samalah kita bro, dah lama tak tengok angka kecil Alexa kat blog ni. Hehe
terbaik perkongsian ini…terima kaih bro
sama-sama, semoga bermanfaat kepada bro.
Dulu ada jugak install toolbar tu. Sekarang malas dah. Serabut je browser. haha
Kalau kat firefox memang serabut skit, skg lebih gemar pakai chrome. simple, satu button sahaja.
Saya sekarang malas nak fikir sangat Alexarank ni & tak faham sangat cara penilaian..kejap naik kejap turun..thanks sharing..terbaik sangat 🙂
Kalau malas nak fikir, better jangan fikir. Takda la terkejar-kejar nanti. Apa-apa pun ilmu kena ada juga. 🙂
@bro, betul gak tu bro…aku camtulah…kalau fikir, mmg rasa nak update selalu, tp kalau tak fikir…lantaklah…tp bab2 ilmu ni, mmg kena amik port sikit2…terbaiklah!
@sis akma, hehe..mmg pening gaklah nak lyn alexa ni, suka2 naik, suka2 turun…hentam sajalah
Terima kasih bro atas perkongsian.. memang kurang faham sangat tentang alexa ni.. Now alexa review dah takde, dulu kerap bertukar review juga boleh menurunkan alexa dengan cepat..
Sama-sama, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang berguna. Eh! Alexa review dah tiada? Tak sempat nak periksa lagi. Terima kasih untuk info.
review dah takde ek…tak perasan pulak…hoho
bila la blog aku nak ok ni..huhuhu
pelan-pelan kayuh, insyaAllah boleh punya. maklumlah, pesaing pun dah banyak. 🙂
Dulu2 saya mmg ambil kira pasal alexa ni,sekarang ni ambil kira jugak tapi tak macam dulu la,nak maintain susah juga 🙂
yurp! perkara paling susah hendak dilakukan adalah untuk mengekalkannya. tambah bila kita jarang update blog kita. turun mendadak jika tiada trafik.
yang belum saya lakukan adalah memasang alexa rank, Insya Allah nanti akan dipasang di blog. Oya, ada yang bilang alexa review bisa juga meningkatkan alexa rank blog.
ya benar, alexa review juga membantu dalam meningkatkan alexa ranking. terlupa pula saya untuk memasukkan dalam artikel ini. insyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.
Tak pernah jemu baca bab alexa ranking ni…mungkin sebab berblogging kot…?
seronok kalau bab ranking ni, memotivasi diri sendiri untuk bersaing dengan blog lain.
yap, benda basic nih. kena la wat. haha..
yurp, tapi tahulah orang kita. benda basic malas nak buat. lepas tu sibuk bertanya sana sini. dari dulu hingga sekarang. :p
Makin teruk dah mak we alexa ni main naik x leh ditahan-tahan dah…
Ada perasan juga, dah lebih 100k tengok. Sibuk agaknya ye. 🙂
Thanks for sharing…dapat ilmu sikit.
Most welcome, semoga dapat membatu para blogger di Malaysia. 🙂
Dulu-dulu masa mula2 buat blog, obses jugak dengan benda alah nih
Tapi bila dah lama2, macam xdak feel ja..
Dah la nak turun terkemut2.. nak naik laju je dia..
Perkara biasa yang akan dialami oleh setiap blogger, tapi yang turun laju sebab jarang update blog. Kalau kerap, tidak menjadi masalah. 🙂
oh begitu ya kang, jadi yang terpenting sering update blogny ya. hemm