Hilangkan Jerawat Dalam Satu Malam

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan kita rasa tertekan, begitu juga dengan saya. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, masalah jerawat memang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi di usia remaja.

Lebih teruk lagi jika jerawat tiba-tiba muncul dan keesokan harinya kita mempunyai acara penting seperti majlis persandingan. Dan sudah pasti sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan diri kita untuk berhadapan dengan orang ramai.

Jika sebelum ini saya ada berkongsi petua atau cara menghilangkan jerawat yang mungkin mengambil masa. Jangan risau, mari cuba beberapa cara atau tips untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam sahaja.

Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Satu Malam

Ais Batu

ais batu bantu hilangkan jerawat
Cara menghilangkan jerawat dalam satu malam pertama adalah dengan menggunakan ais batu. Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Di mana ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

Campuran Kayu Manis dan Madu

kayu manis dan madu
Antara cara lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.

Perahan Lemon

lemon hilangkan jerawat
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

Ubat Gigi

ubat gigi
Cara menghilangkan jerawat seterusnya adalah mencuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih keesokan paginya.

Putih Telur

putih telur
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.

Sumber: Tupai

Bagaimana? Adakah anda mengalami masalah jerawat? Rasanya begitu banyak cara dan tips untuk menghilangkan jerawat. Mungkin ianya bersesuaian untuk diri anda untuk menghilangkan jerawat dalam satu malam sahaja.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

28 thoughts on “Hilangkan Jerawat Dalam Satu Malam”

  1. abg , syee ad jerawat besar dkat hdunggg . ape caree yg terbaik untuk hilang kn die dgann cepatt ?? maluu nk gy skola bile ad jerawat ni .

    Reply
  2. ni baguih ni. dah la esok hari penting. syukur alhamdulillah jumpa gak jalan selesai. dok risau.nak wat lagu mana bagi hilang jerawt seketui ni. terima kasih la..~

    Reply
  3. menariknya info di atas.

    memang hanya yang pernah ade derita jerawat sure nak cari cara menghilangkan jerawat. tapi guna telur macam hanyirlah.. hehehe. semalaman pulak tu. aiyark.

    Reply
  4. yang namanya jerawat itu sering tiba muncul tiba-tiba. Umumnya karena debu yang menempel di wajah setelah aktifitas di luar rumah dan harus segera cuci muka dengan rajin agar kotoran diwajah bersih. Artikel yang menarik sekali saya suka, terima kasih sudah berbagi

    Reply
    • boleh tak guna ais dengan ubat gigi sahaja sebab saya takde bahan yang lain pas jerawat saya banyak ni di hidung

      Reply

Leave a Comment