Cara Merawat & Menghilangkan Kelemumur

Cara menghilangkan atau merawat kelemumur? Pernahkah anda terfikir mengenainya? Adakah anda salah seorang yang mengalami masalah kelemumur pada rambut di kepala anda?

Saya mungkin salah seorang yang menghadapi masalah kelemumur pada kulit kepala, sehinggakan sentiasa terfikir cara merawat kelemumur. Pelbagai petua menghilangkan kelemumur ditemui, termasuklah iklan-iklan syampu rambut yang menyatakan ianya mampu merawat masalah kelemumur.

Mungkin masalah kelemumur ini sering menjadi rungutan pada wanita, di mana ianya boleh memberikan kesan rambut gugur kepada seseorang. Tetapi sebagai seorang lelaki, saya juga memandang serius dengan masalah kelemumur dan rambut gugur ini. Oleh yang demikian, saya ingin kongsikan petua yang dijumpai dengan pembaca semua.

Cara Menghilangkan & Merawat Kelemumur

  1. Perahan Limau Nipis

    perahan limau nipis menghilangkan kelemumur

    Petua merawat masalah kelemumur ini jika dilihat mudah sahaja. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air, kemudian gosok pada kulit kepala.

  2. Daun Pandan

    daun pandan merawat kelemumur

    Daun pandan juga boleh merawat kelemumur, ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian tumbuk sehingga halus dan campurkan dengan dua gelas air. Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Cara ini bukan sahaja mampu menghilangkan kelemumur, malah ianya mampu membuatkan rambut anda berbau wangi.

  3. Santan

    santan kelapa merawat masalah kelemumur

    Ini merupakan amalan orang dahulu, iaitu dengan menggunakan santan kelapa. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat, kemudian biarkan selama sejam supaya patinya naik. Selepas itu, sapu pada rambut. balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia akan membantu melebatkan rambut dan mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Menarik bukan petua yang dikongsikan untuk menghilangkan masalah kelemumur, rasanya cara-cara di atas mudah untuk diamalkan. Mungkin kehendak dan keperluan bakal menjadi pengukur untuk melaksanakannya demi menjaga gaya rambut anda. Jom merawat kelemumur.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

30 thoughts on “Cara Merawat & Menghilangkan Kelemumur”

  1. kelemumur kalau bahasa Indonesia-nya ketombe ya, kalau ini saya juga sering. biasanya saya memakai teh pahit untuk diusapkan di kulit kepala kemudian keramas hingga bersih.

    Reply
  2. Aku pernah cuba petua2 ni.. Tapi kelemumur datang balik.. Sebab tu sekarang ni aku lebih suka rambut pendek.. Kalau rambut panjang senang je kelemumur datang..

    Kalau boleh nak botak licin..

    Reply

Leave a Comment