New York Cinta atau NY Cinta sebuah telefilem yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Bront Palare, Juliana Evans serta penampilan istimewa Johan Raja Lawak. Manakala Ghaz Abu Bakar merupakan pengarah telefilem New York Cinta.
Kepada sesiapa yang sukakan ketenangan dan mempunyai jiwa yang suka mendalami sesuatu yang baru, saya rasa telefilem NY Cinta ini bersesuaian untuk ditonton. Boleh dikatakan New York Cinta mampu memberikan satu inspirasi baru dalam hidup.
Sinopsis & Review New York Cinta
NY Cinta atau New York Cinta mengisahkan sebuah kehidupan yang dilalui oleh dua orang insan iaitu Mia lakonan Liyana Jasmay dan Seth lakonan Bront Palare. Mia seorang gadis yang melanjutkan pelajaran dalam bidang nyanyian di Boston pada satu ketika bercuti di New York.
Secara tidak sengaja Mia berjumpa dengan Seth semasa dalam perjalanan di New York. Seth merupakan seorang jejaka melayu yang telah 10 tahun menetap di New York. Seorang yang suka berfoya-foya dan hidup tanpa tujuan.
Walaupun begitu, setelah Seth bertemu Mia. Kehidupannya mula berubah dan perhubungan mereka makin akrab sehingga terbitnya rasa cinta di antara mereka. Tetapi kehadiran Sarah (Juliana Evans) rakan kepada Mia, sedikit sebanyak menggugat perhubungan mereka.
Ini terjadi apabila Sarah seorang gadis yang sosial mula menggoda Seth, hinggalah Mia terserempak sewaktu Sarah cuba menggoda Seth. Apa yang berlaku seterusnya? Rasanya tidak perlulah saya menceritakan semuanya, anda patut menonton New York Cinta sendiri.
Video Promo New York Cinta
Artikel ini ditulis setelah saya selesai menonton telefilem New York Cinta atau NY Cinta, sebuah telefilem yang agak sesuai dengan jiwa saya. Santai dan menenangkan. Mengapa tajuk artikel saya Cinta 23 Jam, anda harus menonton New York Cinta.
Askom md isa…awak tau tak web mana dpt tengok online new york cinta?
Nama filmnya bagus ya, New York Cinta (NYC)
Di Youtube kira2 ada yang menshare film ini nggak ya ??
Nice share
belum ada lagi, kerna filem ini masih baru. cuma tidak masuk pawagam, hanya ditayang dalam astro first.
Ramai yang dah tengok cerita nie… Sebab download 🙂
biasa bro, teknologi semakin berkembang. pembuat filem harus faham dan berani menghadapi risiko. jangan mudah melatah, ini baru rugi dua tiga juta dah nak berhenti mengarah. hollywood rileks je. selagi filem baru-baru masuk astro, ada pvr pula tu. selagi tu ada source untuk sedut. :p
kalau bront berlakon..memang kena tengok gak nih..
oleh kerana ko dah sebut nama bront palare, agak-agak ko la kan. muka aku ada iras-iras bront palare tak? hehe
haha..ada la sikit kott…
bukan aku yang cakaplah, cousin aku yang cakap. :p
Macam menarik je cerita ni.
serius menarik bro, tak rugi kalau menonton new york cinta ni.