Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP Lebih Mudah

Jika sebelum ini saya ada kongsikan cara pengeluaran i-Lestari daripada Akauan 2 KWSP melalui i-Akaun, rata-rata masih terdapat ramai pencarum atau ahli KWSP masih belum membuka i-Akaun yang sedikit sebanyak telah menyukarkan proses permohonan.

Baca: Cara Pengeluaran i-Lestari Melalui i-Akaun KWSP

Baiklah, pada kali ini saya akan kongsikan bagaimana untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP dengan lebih mudah tanpa menggunakan i-Akaun yang mungkin sudah diketahui ramai.

Pihak KWSP telah menyediakan satu platform bagi memudahkan pencarum atau ahli untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 2 ini. Ikuti langkah di bawah.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Layari ilestari.kwsp.gov.my
  2. Pilih PERMOHONAN BAHARU
  3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
  4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)
  5. Pilih Bank dan masukkan No. Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
  6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
  7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU
  8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR
  9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar

Semak Statu Permohonan

Semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.

  1. Layari ilestari.kwsp.gov.my
  2. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
  3. Masukkan No. MyKad, No. Telefon Bimbit dan tekan butang SEMAK
  4. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan

Sebarang pertanyaan berkenaan Pengeluaran i-Lestari KWSP bolehlah melalui:
E-mel: ilestari@epf.gov.my
Hotline: 03-8922 4848

Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua, buatlah pengeluaran jika perlu. Rancang perbelanjaan anda dengan berhemah, gunalah peluang ini sebaik mungkin. Apa-apa pun kekal selamat, duduk di rumah.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment