Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan berkenaan Bantuan Prihatin Nasional bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana pencarum boleh membuat pengeluaran i-Lestari KWSP sebanyak RM500 selama 12 bulan (maksimum).
Jadi bagi anda yang rasa amat memerlukan wang ketika ini untuk perbelanjaan harian, bolehlah membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP. Tiada unsur paksaan, boleh guna jika amat memerlukan.
Objektif Pengeluaran i-Lestari
Berikut adalah objektif bagi pengeluaran ini:
- Meringankan beban kewangan ahli melalui tambahan aliran wang tunai bagi memenuhi keperluan perbelanjaan asas kehidupan
- Inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan dalam keadaan ekonomi dan kewangan semasa negara
Polisi & Syarat Pengeluaran
- Jenis Pengeluaran: i-Lestari
- Kelayakan: Semua Ahli KWSP; Berumur di bawah 55 tahun; Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP
- Amaun Pengeluaran: Minimum RM50 sebulan & Maksimum RM500 sebulan
- Tempoh Kuat Kuasa: Pendaftaran 1 April 2020 – 31 Mac 2021; Pembayaran 1 Mei 2020 – 30 April 2021
- Permohonan: Sekali sahaja secara e-Pengeluaran melalui i-Akaun (Ahli); atau E-mel; atau Pos
- Kaedah Pembayaran: Bayaran pengeluaran secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya
Senario Permohonan dan Pembayaran
Cara Permohonan
Permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat secara:
- Secara e-Pengeluaran melalui i-Akaun (Ahli); atau
- Secara e-mel ke: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
- Secara hantaran pos ke: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya (UP: i-Lestari)
Setelah permohonan dilakukan, semakan kelayakan dan proses kelulusan secara auto approve di mana ahli tidak perlu hadir ke kaunter KWSP untuk tujuan pengecaman dan pengesahan cap ibu jari (CIJ).
Pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, di mana ahli hendaklah memberikan akaun bank yang aktif. Bayaran berulang untuk bulan-bulan pengeluaran berikutnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli sebelum akhir bulan pengeluaran yang berkenaan dan tertakluk kepada baki Akaun 2.
Ahli akan menerima notifikasi melalui SMS selepas pembayaran berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli. Ahli juga boleh menyemak status permohonan dan pembayaran melalui i-Akaun (Ahli).
Borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP (akan dikemaskini)
Cara Pendaftaran dan Pengaktifan i-Akaun (Ahli) Melalui e-Mel
Berikut adalah langkah dan cara pendaftaran i-Akaun KWSP melalui e-mel:
- Ahli membuat permohonan pendaftaran/pengaktifan i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my
- CMC terima e-mel dan mengesahkan semua dokumen adalah betul dan sepadan dengan rekod KWSP; CMC akan e-mel kembali kepada ahli 5 soalan sekuriti yang kompleks
- Ahli terima dan menjawab soalan sekuriti dengan menghantar e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my
- CMC terima e-mel dan memastikan semua soalan dijawab dengan betul dan sepadan dengan rekod KWSP
- CMC membuat pendaftaran di BDS dan Support Centre
- Ahli akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS dan membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli)
Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-Mel
Sebarang pertanyaan berkenaan Pengeluaran i-Lestari KWSP bolehlah melalui:
E-mel: ilestari@epf.gov.my
Hotline: 03-8922 4848
Nota: Artikel ini adalah perkongsian semata-mata, sebarang pertayaan dan info lanjut sila layari laman web rasmi KWSP atau hubungi melalui e-mel atau hotline di atas. Terima kasih.
1 thought on “Cara Pengeluaran i-Lestari KWSP”