Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada setiap individu seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah.
Bagi mereka yang beragama islam, hendaklah membayar zakat kepada amil yang telah dilantik dan mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri sebelum solat hari raya aidil fitri.
Sebagai makluman, kadar bayaran Zakat Fitrah akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Kadar bayaran tersebut mungkin berbeza di antara negeri kerana kaedah penentuan bayaran Zakat Fitrah dibuat berdasarkan harga dan gred beras semasa.
Berikut adalah pernyataan senarai kadar harga Zakat Fitrah seluruh negeri di Malaysia mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri bagi tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah.
Sebaik-baiknya, adalah digalakkan agar membayar zakat ini seawal mungkin agar agihan dapat dilakukan kepada golongan yang layak sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
Kadar Zakat Fitrah 2022
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2022 berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia:
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2022 (RM) |
Perlis | 7.00 |
Kedah | * 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Pulau Pinang | * 7.00 / 12.00 / 16.00 |
Perak | * 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Selangor | * 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Negeri Sembilan | 7.00 |
Melaka | * 7.00 / 14.00 |
Johor | * 7.00 / 10.00 |
Pahang | 7.00 |
Terengganu | 7.00 |
Kelantan | * 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Sarawak | 7.00 |
Sabah | 7.00 |
Wilayah Persekutuan | * 5.00 / 7.00 / 14.00 |
* Kategori kadar zakat adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan.
Pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai rujukan, sila lihat kepada maklumat berikut.
- RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur).
- RM7.00 – Beras Super Special Tempatan (5% hancur).
- RM10.00 / RM12.00 / RM14.00 / RM16.00 – Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi / Beras Calrose / Beras Poney atau setara dengannya.
- RM21.00 – Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan sedikit info kepada pembaca semua, selamat menunaikan zakat.
As-Salam
Maklumat yang sangat penting untuk semua umat Islam di Malaysia
Terima kasih atas perkongsian
informasi yang tak kalah pentng dan menariknya, banyak kali yang membutuhkan untuk menghitung zakat di tahun ini.
mesti ramai lagi yang tercari-cari info ni, selagi tak habes puasa. jangan nak bayar lepas solat sunat raya sudahlah.
Makasih diatas infonya gan, blogwalking kesini. Terima kasih.. huhu! 😛
Tak bayar lagi ni..huhu, minggu ni pi jumpa ustaz. . Dan lagi satu.. blog ni dah lain macam ar 😀
infonya sangat membantu, terima kasih
a.. KL / Selangor masih RM 7.00.. kena ingatkan Tuan Bendahari ni.. kang buatnya dia terlupa.. naya jek.. hee~ terima kasih untuk info..
RM7 seorang. 3 orang RM21.. Jangan aku terlupa nak bayar je nanti ni..kiki