Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, agak lama juga aku tidak mengemaskini blog kesayangan aku ini. Maklumlah dengan mood aku yang tidak berapa betul sekarang ini, ditambah pula kesihatan aku yang tak menentu. Baru baik demamlah katakan.
Jika diikutkan pada jadual atau teaching plan untuk subjek yang aku ambil semester ini, iaitu EMT444 Final Year Project (FYP). Bulan ini adalah bulan yang paling sibuk, kerana aku dikerah untuk menyiapkan thesis bagi chapter 1 hingga 3 dan akhir sekali untuk pemarkahan semester ini adalah Technical Paper.
Cerita pasal FYP ini, seoalah-olah aku sedang menghadapi dilema dan boleh dikatakan aku merupakan seorang pelajar yang tertinggal. Mana tidaknya, dengan masalah yang aku hadapi. Tidak mampu rasanya aku untuk mengejar semua ini. Dengan mood aku yang tak berapa betul ditambah pula masalah laptop aku yang rosak secara tiba-tiba akibat kegatalan tangan aku menggunakan ReadyBoost.
Tetapi aku bernasib baik kerana prosessor aku tidak rosak terus kecuali chip yang menghadapi masalah yang mengakibatkan kepanasan melampau terhadap prosessor. Alhamdulillah masalah ini dapat diatasi dengan bantuan daripada mak cik aku untuk membiayai kos baikpulih laptop aku yang mencecah RM200 lebih.
Dapatlah aku menjalankan tugas aku seperti biasa kembali setelah laptop kesayangan aku ini telah sempurna kembali. Terlupa pula, laptop aku dibaikpulih di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur di kedai yang aku membeli laptop ini. Hendak dihantar ke Compaq Centre, warranty sudah habis. Terpaksalah menghantar ke kedai untuk dibaikpulih.
Sempat juga aku berjumpa dengan rakan blogger yang lain iaitu Roslan Nazri dan Naz Aiman sambil menonton aksi Chelsea menentang Arsenal yang berkesudahan Chelsea menang 2-0. Seronok si Roslan Nazri, mana tidaknya penyokong fantastik Chelsea. Aku pula penyokong Manchester United, apa-apa pun Manchester tak kalah lagi.
Apa yang aku merepek sebenarnya, aku pun tak tahu. Sekadar ingin mengupdate blog sementara aku menyiapkan entri lain dan memenuhi permintaan daripada pembaca-pembaca serta permintaan daripada blog Denaihati mengenai kemenangan aku dalam Hidup Seorang Blogger.
Apa-apa pun, aku sebagai seorang pelajar yang tertinggal perlu menyiapkan tugas dan kerja yang sepatutnya dahulu. Maklumlah, tanggungjawab sebagai seorang pelajar perlu diutamakan dahulu. Bukan sekadar seorang blogger sahaja. Kepada pembaca yang dihormati selalu, jika terdapat permintaan yang belum terlaksana sila tinggalkan di kotak komen ya. Jika ingin membuat permintaan juga boleh. Jangan segan. 🙂
aku dulu pun pelajar yg tercicir juga..FYP aku tak siap dalam tempoh yg ditetapkan..aku ingat nak extend sem,tapi ketua jabatan tak bagi..so nak tak nak kena buat juga..tinggal la aku sorang2 terkontang-kanting dalam lab..
samalah kita, aku terpaksa drop. kalau tak drop, maybe leh dapat D or E sahaja. aku takmo, so sem ni baru aku wat lain. sem depan kena pulun kaw2 la jawabnya.
semoga berjaya bro… cepat2 kejar…
thanks bro, insyaAllah…
takde maknanya kalau kita rasa tertinggal…
cuma lambat atau cepat je
hehe…
kalau dah lambat…mesti kena tinggalkan…hehe
final year project..4 pagi baru leh tido
ingat pasal projek ja
tahu takpa…kadang2 sampai takleh tdo aku dibuatnya
memikirkan pasal FYP ni
tapi keje tak jalan2 gak…ades
hoh.. ingatkan tertinggal bas ke hape tadi..
haha…takdalah sampai tertinggal bus plak…:)
salam bro.. lamanya aku tak ke blog ni..
salam…haha…samalah aku pun…aku jarang blogwalking skg ni…bz skit…