Pautan Merupakan Perkara Penting Dalam SEO

tips seo
Salam sejahtera semua, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Terima kasih kerana terus sudi memberi sokongan kepada blog yang tidak seberapa ini. Kali ini kita teruskan lagi pembelajaran kita dalam SEO, sebelum itu kita tinggal dahulu bab kata kunci atau keyword.

Apa yang saya ingin kongsikan dalam SEO pada kali ini adalah mengenai pautan atau lebih dikenali sebagai link. Pautan juga merupakan perkara penting di dalam SEO, melalui pautan ini akan memudahkan proses indeks yang dijalankan oleh Agen Carian. Oleh yang demikian, tidak kisahlah jika melalui pautan ini kita mampu membuat duit. Kalau tidak percaya sila tanya pada Reza Mohyin.

Kenapa Pautan Penting?
Antara sebabnya “WEB” itu sendiri berkait rapat dengan pautan. Satu sistem laman web yang lengkap dihubungkan dengan laman-laman yang lain melalui satu laluan yang dipanggil pautan. Laluan ini digunakan sepenuhnya oleh perisian Agen Carian dalam proses pengindeksan.

Oleh itu, sekiranya laman anda hanya mempunyai beberapa pautan sama ada luaran atau dalaman, berkemungkinan besar peluang untuk dikunjungi oleh perisian Agen Carian mengambil masa yang terlalu lama. Anda juga sukar untuk mencapai tahap tinggi dalam penyenaraian kualiti kerana bilangan pautan merupakan salah satu elemen yang digunakan dalam algoritma Agen Carian.

Pautan Masuk Dan Keluar?
Teknikalnya terdapat dua jenis pautan yang penting dalam teknik SEO iaitu pautan kemasukan dan keluar. Pautan keluar adalah pautan yang bermula dari laman anda kemudian mengarah ke laman yang lain. Manakala pautan masuk atau lebih dikenali sebagai “backlink” datang dari laman lain ke laman anda. Ini dapat meningkatkan Link Popularity laman anda.

Baiklah, rasanya cukuplah setakat ini dahulu mengenai pautan sebagai pengenalan kepada anda semua. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai pautan masuk atau backlink dalam entri seterusnya. Agar anda dapat memahaminya dengan lebih mudah dan mendalam. Oleh yang demikian jangan lupa melanggan blog saya untuk mendapatkan update seterusnya agar anda tidak ketinggalan dalam ilmu SEO ini. 🙂

Kredit: Kripkorn Studios

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

62 thoughts on “Pautan Merupakan Perkara Penting Dalam SEO”

    • yurp, meninggalkan komen pada kotak komen yang memaparkan link pengomen juga boleh menaikkan link popularity. lagi baik kalau ruangan komen itu menyediakan link dofollow.

      Reply
    • salam, bukan out bounce la. outbound link, baru betul. hehe, kira kita letak link keluar daripada laman atau blog kita. untuk outbound link dan inbound link, aku nasihatkan set as new window. so dapat membantu bounce rate kita. 🙂

      Reply
  1. Pingback: Kepentingan Backlink Dalam SEO — Blog Mohd Isa
    • bro belek2 lah dlu, semua dengan satu klik SEO di menu. semua pasal SEO ada di situ. kalau ada masalah tanya jerk, mana tahu kita boleh berbincang bersama. 🙂

      Reply
  2. tutorial common tapi dalam bahse melayu.. kreatif gak sebab bleh membantu orang2 yang tatau istilah SEO yang kebanyakannya merapu, SERP laaa, PR laa, bla3.. haha..

    Reply
    • haha, tahu takpa. semoga tutorial yg ada dalam blog ni dapat membantu pada mereka yg kurang faham. tp kadang2 org pun tak faham dalam bahasa melayu plak. hehe

      Reply
    • outbound link ada pengaruh untuk apa tu? outbound link merupakan backlink yang kita beri kepada laman lain, sudah semestinya kita akan memberi kelebihan kepada laman tersebut untuk berada di tempat yang tinggi di SERP. tetapi kita akan dapat sikit advantage jika laman tersebut memaparkan trackback atau pingback ke blog kita. dari situ mungkin kita akan dapat trafik. kalau pr ni, bergantung pada google plak. 🙂

      Reply
    • link macam mana tu? kalau inbound link di galakkan la, kalau outbound link better letak dua atau tiga sahaja dalam satu2 artikel. kalau terlampau banyak outbound link, google akan detect kita sebagai link spammer. sbb kita terlampau banyak bagi backlink kepada laman lain. faham tak? hehe

      Reply
        • erk, inbound link maksudnya link yg kita buat sendiri ke artikel2 kita yg lain…kira dia berlegar-legar dalam domain yg sama. kalau link yg masuk ke dalam domain kita atau laman kita di panggil backlink…jgn tersalah istilah yerk…untuk dapat backlink daripada laman orang lain…cara yg selalu digunakan adalah exchange link…pastikan org yg nak exchange link dgn kita tu gunakan anchor text yg betul…baru kita dapat backlink…untuk backlink artikel kita…terpulang atas artikel kita juga…kalau artikel kita berguna…dan ingin ditulis kembali oleh org lain dengan caranya sendiri…pastikan ia memberi backlink kepada kita dengan anchor text…baru berkualiti…faham tak?

          Reply
    • tak jadi masalah, cuma perlu banyak berusaha dah bereksperimen dengan keywords yang menarik. yang penting content dalam blog biar kena dengan descriptions blog ko. 🙂

      Reply
    • benar tu, sy sendiri kadang2 tak faham. tp utk memahaminya perlulah telita dan mencuba. yg paling penting selalu buat rujukan. lebih baik bertanya kepada yg lebih arif. 🙂

      Reply
    • haha…tahu takpa…aku kadang2 nak menulis pun jadi serba salah…sebab tu kadang2 aku letak atau di pengenalan dlu…kasi faham skit…biasalah benda teknikal ni…susah skit kalau dialih bahasa….

      Reply
  3. Memang penting.. sebab itulah kita kena hasilkan content yang menarik.. jadi ada di antara pembaca/pelawat yang ingin link ke content kita sebagai rujukan..

    Ada banyak teknik.. namun penghasilan content yang menarik adalah salah satu cara yang efektif 😀

    Reply
    • benar tu, oleh yang demikian untuk mendapatkan backlink daripada pembaca atau pelawat yang ingin menjadikan content kita sebagai rujukan dan perkongsian perlulah menghasilkan sebuah content yang benar-benar menarik dan berguna kepada orang lain

      kalau berkemampuan, boleh dapatkan backlink daripada laman yang tinggi PR nya. 🙂

      Reply
  4. ok, aku tunggu entry lepas ni sebab aku nak tau mana satu yang beri byk effect pada PR.

    thanks bro

    *satu lagi bro, kat bhgn komen bhgn dofollow ke nofollow

    Reply
    • haha, sabar. aku akan update secepat mungkin.

      untuk bahagian komen tu, jika ko pakai dofollow
      ada baik dan buruknya
      yg baiknya, org yg pandai dan tahu pasal dofollow ni
      akan berlumba-lumba untuk komen di blog ko
      kira dapat menggalakkan org komen blog ko la
      yg buruknya, blog ko akan dikunjungi byk spammer
      banyak spammer akan tglkan komen di blog ko
      tp kalau dah pakai akismet apa kisah

      dlu aku buat dofollow
      tp sebab aku dah pakai comment luv
      aku kasi nofollow balik
      kira link untuk comluv tu dah dofollow
      just untuk link pengomen sahaja jadi nofollow

      faham ke idak? hehe

      Reply
      • haha. hensem lah bro.
        faham.
        cuma skg ni aku tgh mintak tlg sorg blogger betulkan comluv aku. theme yg aku pakai mmg tak compatible dgn comluv. so skg aku buat dofollow dulu sebab takleh pakai comluv. InsyaALLAH lepas dah pasang, aku nofollow blk, so just comluv je yg dofollow.

        tapi tulah, ada je blogger cakap tiap2 hari berpuluh2 spam masuk. mungkin sebab dofollow. tapi aku nye dah dofollow, nasib spam tak byk.bru 4 org 5 je. Alhamdulillah. kalau tak jenuh jugak. 🙂

        Reply
        • kalau ko dah pakai akismet
          ko tak perlu risau bab spam tu
          spammer ni suka laman yg PR3 ke atas

          nak dapatkan backlink la katakan
          itulah sebab backlink penting dalam SEO
          lg byk backlink yg kita dapat
          lagi byk SERP kita di page 1
          hehe

          Reply

Leave a Comment