Google Pagerank Naik Tetapi Alexa Ranking Turun

Rasa sekejap benar Google mengemaskini pagerank, rasanya tidak sampai sebulan Google Pagerank dikemaskini lagi. Tetapi itu satu perkara yang boleh dianggap baik jika Google sentiasa mengemaskini sistem pagerank mereka.

Baru-baru ini saya ada menulis berkenaan dengan Alexa dan Page Rank Jatuh, mana tidaknya. Saya jarang mengemaskini blog sejak akhir-akhir ini. Dengan kekangan masa dan talian internet yang tidak menentu, membuatkan saya hilang mood untuk menulis artikel-artikel baru di blog ini.

Jika sebelum ini Google Pagerank blog ini jatuh kepada PR2, baru-baru ini Google telah mengembalikan pagerank blog ini kepada PR3. Terima kasih Google kerana telah mengembalikan pagerank tersebut. Maklumlah, agak susah untuk mencapai PR3 jika blog yang jarang dikemaskini dengan artikel-artikel yang berkualiti.

Cuma sesuatu yang agak pelik dengan Alexa Ranking blog ini, hampir setiap hari ianya kian menurun. Kini telah hampir ke angka 200,000 walaupun boleh dikatan pelawat yang bertandang ke blog ini adalah konsisten. Tetapi ianya tetap menurun, mungkin kerana jumlah pageview yang sedikit.

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini. InsyaAllah saya akan cuba kemaskini artikel-artikel baru untuk blog ini sekerap mungkin. Jangan sampai tidak mampu membacanya sudah. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

24 thoughts on “Google Pagerank Naik Tetapi Alexa Ranking Turun”

  1. Tahniah bro naik balik..
    apa yg aku perasan dgn alexa ni, kalau trafik konsisten pun, susah juga nak naik alexa.. dia perlu sumber trafik yg pelbagai dr pelbagai negara.

    Reply
    • thanks bro…hehe, nak kejar ko…PR5 lg kan?
      itulah pasal, tambah plak kalau bounce rate yg melampau tingginya…bounce rate aku mmg tahap yg kurang memuaskan skg ni…xtau kat mana silapnya…ades

      Reply
    • yurp, tp itu yg pelik tu…trafik ok jerk…maybe pageview n bounce rate tinggi sgt kot…nnt nak kena analisis blk la plak…haha

      Reply

Leave a Comment