Mungkin sudah mengetahui bahawa pada hari ini akan bermulanya Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia 2011 yang akan berlansung di Stadium Utama Kangar, Perlis. Kejohanan ini akan berlansung selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Julai 2011. Bermula pada kira-kira jam 8 pagi sehingga 5 petang.
Ini merupakan kejohanan terbesar yang saya akan sertai pada tahun ini bagi melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2011. Acara yang saya akan sertai pada kali ini sudah pasti acara kegemaran saya iaitu 100m dan tiga acara lain.
Apa-apa pun pada Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia pada kali ini saya sekadar menaruh harapan untuk membuat masa (personal best). Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Bagi yang berhampiran dengan Stadium Utama Kangar, jom memberi sokongan kepada atlit-atlit yang bertanding. 🙂