Setiap manusia di muka bumi ini sudah pasti mempunyai impiannya masing-masing, tidak kira baik atau buruk. Selalunya sudah pasti memasang impian yang membawa kejayaan di dalam hidup ini, ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu juga dengan saya, begitu banyak impian yang ingin dikecapi.
Salah satu impian saya adalah untuk bersama-sama opah saya sewaktu hari persandingan saya apabila saya mendirikan rumahtangga kelak. Ingin merasa rejisan tepung tawar daripada opah saya seperti opah saya merenjis kepada pak cik dan mak cik saya sewaktu persandingan mereka.
Tetapi itu semua tidak mungkin akan berlaku lagi, opah yang paling saya sayangi, paling saya kasihi telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Pergi menghadap tuhan yang satu, Allah s.w.t. yang disanjungi oleh setiap umat Islam.
Hanya tinggal impian, itulah sahaja yang mampu saya katakan sehingga kini. Hajat yang tidak mungkin lagi akan terlaksana, lebih sedih lagi saya tidak dapat melihat wajah opah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Opah saya meninggal pada pagi Jumaat (18 Feb 2011) yang lepas.
Waktu itu saya baru sahaja sampai di Kuala Lumpur dari Perlis, dalam pukul 10 pagi ibu saya menghubungi saya dan menyatakan opah saya sudah tiada lagi. Tiada apa yang saya dapat ucapkan, kemudian saya menaiki bas untuk pulang ke Taiping kira-kira jam 1 petang.
Arwah opah saya dikebumikan sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke Taiping dan saya tiba kira-kira jam 7 malam. Sebaik sahaja sampai di kampung, ada satu persoalan yang saya tidak mampu ucapkan. Saya terus membisu dan membiarkan soalan itu berlalu.
Mahu sahaja saya ingin bertanyakan kepada saudara-mara yang ada, dimanakah opah berada? Rasa ingin mengalirkan air mata, tetapi saya tahan dan terus menanti sehingga majlis tahlil selesai. Kemudia saya terus mengikut adik saya pulang ke rumah.
Ya Allah, Kau cucurilah rahmat kepada arwah opah hambaMu ini. Semoga arwah opah hambaMu ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman kepadaMu. Kau ampunilah segala dosa yang telah dilakukan oleh arwah opahku, Kau lipat gandakanlah pahala ke atasnya. Amin.
Salam, redhakan sahaja pemergian mereka. Tuhan lebih sayangkannya. Kita boleh mendoakan mereka setiap hari dan setiap masa. Percayalah, mereka pasti memerlukannya. Insya’ Allah.
Salam, terima kasih bro. InsyaAllah bro, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
bro..apa yang bro alami sama dengan yang aku alami sebab..masa atuk aku meninggal, aku tak sempat jenguk jenazah..dan pergi ke majlis pengkembumian dia sebab masa tu aku tengah sibuk untuk exam dan fina projek kat icats
itulah, aku pun sempat g majlis tahlil jerk. tak sempat nak lihat muka arwah. memang sedihlah.
Alfatihah bro.. Ajal maut tu semua ditangan Tuhan.. Yang pergi tetap akan pergi, yang hidup kena teruskan hidup untuk buat bekalan dihari akhirat kelak..
terima kasih bro, ya bro. betul apa yg dikatakan. insyaAllah aku akan lebih kuat menghadapi kenyataan ini.
Al-Fatihah..
terima kasih bro…
Al-fatihah.. semoga dia tenang di sana.. Amin..
terima kasih bro, insyaAllah. semoga opah aku ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman hendaknya. amin
dah tiba masanya kan?
memang tak kesampaian hajat ko tu eh?takpe…dah tiba ajalnya kan?
kalo2 teringat tu,sedekahkanlah Al-Fatihah…
ye bro, takda rezeki aku nak melihat opah aku di hari persandingan aku kelak. sebelum kebumi pun aku tak sempat nak lihat wajah opah aku buat kali terakhir. insyaAllah bro, aku akan sentiasa bersedekah surah al-Fatihah kepada rohnya.