Awesome! Bagi yang sudah mengetahui apa itu Hello Bar dan sudah memilikinya. Diucapkan tahniah, kerana tidak semua orang boleh memilikinya. Hanya insan terpilih sahaja mampu memiliki Hello Bar ini, maklumlah. Masih dalam percubaan rasanya.
Apa yang saya boleh katakan, Hello Bar lebih ringkas dan ringan untuk digunakan di dalam blog ini. Tidak perlu menggunakan popup yang boleh melambatkan kelajuan sesebuah blog dan memberi gangguan kepada pembaca. Lalu dapat mengurangkan lagi peratusan bounce rate di blog anda.
Semalam saya telah berjaya memasang Hello Bar di Blog Mohd Isa ini, jika anda tidak perasan. Anda boleh lihat di atas sekali di bahagian header. Siap boleh tutup dan buka lagi. Tidak memerlukan plugin, cuma anda perlu pasang code yang telah diberikan setelah anda siap mengemaskan tetapannya (setting).
Ringan, ringkas dan menarik. Itu yang saya dapat simpulkan, anda boleh gunakan sebagai teks iklan atau gunakan Hello Bar sebagai medium untuk menambah pelanggan (subscribers) atau pembaca blog anda. Cuma perlu masukkan feed url blog anda dan ia mampu menarik minat pembaca blog anda untuk melanggan blog anda tidak kira melalui emel ataupun rss.
Hello Bar ini telah dilepaskan di blog Thesis (Thesis Theme) dan Social Triggers oleh Derek Halpern khas buat pelanggan Thesis Theme. Pada mulanya, hanya 100 orang sahaja dijemput untuk menggunakan Hello Bar ini. Kemudian setiap pengguna dibenarkan untuk menjemput 5 orang lagi untuk menggunakan Hello Bar ini.
Tapi untuk pengetahuan saya tidak dijemput pun sebenarnya, cuma saya mendaftar sehinggalah ia meminta Beta Keys (diberikan kepada orang yang telah dijemput sahaja). Terus saya meninggalkan komen di blog Thesis untuk meminta Beta Keys, tetapi selepas sahaja saya meninggalkan komen. Akaun saya di Hello Bar terus diaktifkan, beruntung bukan.
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Hello Bar ini, boleh request kepada saya dengan menghatarkan request anda di CONTACT. Ianya terhad, saya cuma boleh memberikan jemputan saya kepada 5 orang sahaja. Siapa cepat ia dapat. 🙂 Kalau lambat, search sahaja di Google dengan keyword “Hello Bar”. Rasanya ada lagi yang offer untuk invitations.
Nota: Hello Bar bukan sekadar untuk mempromosikan link untuk melanggan blog anda sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai papan pengumuman dan iklan.
hoho, kat aku tak de ke? adeh..
dah pakai tu, elok2 tau. 😛
eh aku kalau dapat gak nak kena buat apa?
haha, buat apa yg patut la. 😛
GOOD INFO..HARUS DICUBA..
cubalah, tapi buat masa ini untuk invite dah abis. kalau nak sila cari blogger yang pakai hello bar ni. mana tahu dorang boleh invite lagi ke. 🙂
macam best jer nih… ada lagi kosong tak nie?? . pulak dah.. hehe
eh,dah pasang kat header.tapi, 1 je ke bley pasang?
kat blog lain pun boleh pasang, boleh cr8 byk kot. tak cuba lagi. hehe
Ah…Mula-mula rasa nak pasang juga. Tapi nampak dia statik kat situ jer…Tak jadi la…huhuhu…
ini sah nak pakai floating punya. hehe
Salam, wah nampak menarik tapi blm ada rasa nak guna, xpe bg peluang dengan kawan2 yang lainl….ehehe 🙂
salam yan, hehe. memang menarik, hehe. yan takpa, takyah pakai pun org nak langgan punya. 😛
Baru 1st time dengar.. Macam nak cuba je tengok apa jadi..:) Guna theme lain boleh ke?
boleh bro, tak jadi masalah. just masukan koding yg diberi jerk.
Dah try buat kat ofis, x jadi..ha3. Header Jai ilang..
jai masukkan kat mana? kalau boleh jai masukkan kod tu kat bahagian footer. 🙂
Dekat sidebar..hu3.. Jap try masukkan kat footer pulak..
oic, patut la. test masuk ke footer plak. ok ke tak?
pengguna blogpot juga boleh ke?
boleh jerk bro, takda masalah. tgk la blog daus tu. dah pasang pun.
statik jer ek.. kalo dia ikut scroll mungkin lg best kot..
aha, statik jerk. itulah, aku ada fikir gak. kalau di floating best gak. 🙂
dah apply. tak yah mintak apa2 kat thesis. hahaha… apply gitu2 aje esok dah dapat…
haha, tau takpe. nnt di aktifkan…
ok..nnti nk try..
try, jgn tak try…hehe
macam menarik hello bar ni..
cubalah, memang menarik .. aku letak link churp-churp je 🙂
adalah improvement sikit
rugilah kalau letak link churp2 tp gi auto hide…sapa nak tgk…apo ler…haha
memang terbaiklah…hehe
saya dah pakai benda ni.. memang ringan.. 8/10 bintang.. hehe
tahu takpa, ringan dan mudah untuk dipasang.
Aku agak kurang faham dengan Hello Bar.. first time dengar ni..
mudah dan pantas, macam board iklan kat blog2 lain..ada kat atas nun. tak perlu susah payah nak pasang plugin.
lama dah mencari… apapun terima kasih dengan informasi helo bar ni bro…
sama-sama, aku dah send invitation tuk ko. dapat tak?
dah diterima.. terima kasih banyak2 bro…
sama-sama, boleh cr8 byk2 tu. sila2. hehe