Facebook Lawan Twitter Mana Lebih Hebat?

Facebook dan Twitter, sudah sinonim dalam dunia internet ini. Sebut sahaja Facebook, makcik yang jual goreng pisang tepi jalan pun sudah mengetahuinya. Silap-silap baby dalam perut pun dah ada Facebook sendiri, gara-gara si ibu yang suka bermain Facebook.

Itu Facebook, Twitter plak berjuta-juta tweet pula dalam sehari. Usah kata sehari, rasanya dalam sejam sahaja sudah mencapai jutaan tweet oleh pengguna-pengguna Twitter. Maklumlah, Twitter adalah medium terpantas menyampaikan berita setakat ini.

Kalau hendak pantas lagi, guna sahaja Selective Tweets untuk update status serentak di Twitter dan Facebook. Superb pantas, tak cukup dengan Selective Tweets. Boleh cuba aplikasi yang lain, sila cari sendiri. 😛

Semalam saya melihat angka followers saya di Twitter dengan widget yang terpasang di dalam blog ini iaitu Tweetable wordpress plugin, hebatkan wordpress. Macam-macam ada! Memang menarik angka yang dipaparkan, 1333 followers. Kalau tikam boleh kena ke?

twitter followers
Itu followers Twitter, dalam masa yang sama juga. Facebook friends saya juga menunjukkan angka yang menarik. 2444 friends, memang mantap. Tikam lagi, mana tahu boleh jadi jutawan macam RedMummy.com 🙂

facebook friends
Tapi rasanya itu semua dunia, sekejap sahaja. Angka Twitter followers dan Facebook friends sentiasa berubah-ubah, kejap naik kejap turun. Selalunya saya lihat turun jelah. Hari ini 1333, esok boleh jadi 1300 begitu juga dengan Facebook friends.

Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada semua orang-orang Kampung Pisang. Kita bakor je! Eh, salah. Jom follow saya di Twitter, jadi kawan saya di Facebook sekarang juga. 😛

Nota: Tikam nombor di atas hanyalah gurauan semata-mata. Haram tu, tuhan marah kalau main tikam-tikam ni. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

55 thoughts on “Facebook Lawan Twitter Mana Lebih Hebat?”

  1. Pingback: Facebook VS Feedburner — Blog Mohd Isa
    • pergh, ayat tak boleh blah. haha, mana ada…biasa2 jerk bro. jji kena usaha semua tu. betul tak? org memberi, kita merasa. org berbudi, kita berbahasa. erk, betul ke? hehe

      Reply
  2. twitter aku terpaksa wat bru de probs..syg je..follower 100** daaa..wawawa..tpi setakat ni facebook glemer g..twitter ni agak penin sikit nk pakai..aku pun main tweet retweet jak hahaha…pakai sebab ade churp2 je hahaa

    Reply
    • haha, tak perlu tgu ada smartphone pun takpa kak. guna je perisian yg ada di komputer. cam sy pakai tweetdeck. mudah dan pantas. 🙂

      Reply
  3. daku hanya pandai berfacebook..twitter??..dri dulu sampai sekarang aku try, mcm x best je..hahah, kena ada smartphone kot baru best sikit

    Reply
  4. Fb ni aku terkena awek tak cun..lebih layan
    Twitter..tiada jumpa awek kemaskini
    foto…kekadang menyampah aku, perempuan
    tunjuk gambar tak cun.heee..seksi la tu.

    Reply
    • tu yg aku screenshot tu…ko je kot yg pasan. haha, jap aku test follow. aku rasa aku nyer twitter tak leh follow org dah. leboh limit kot. haha

      Reply
  5. bagi aku pun sama bro, semua tu tools, kalau ada yang pandai guna tool tersebut, tentu banyak manfaat yang diperoleh. Tapi kalau register jer, tapi tak gunakan. Sama juga.

    Secara personal aku prefer twitter, sebab aku tak perlu engage sangat.

    Reply
    • betul tu bro, aku gemar dengan perkataan tools tu. antara tools terpenting buat blogger yang teringin nak dapat trafik berjuta-juta. hehe, kenalah pandai guna. 🙂

      Reply
  6. bagi aku dua2 hebat..ada kelebihan masing2..tp aku ni die ikut mood..klu mood fb..lame la tggl twtter n sebaliknya..keh3..tp kt twtter cpt je dpt berita terbaru..

    Reply

Leave a Comment