HIDUP SEORANG BLOGGER

Salam sejahtera dan salam Ramadhan dari Blog Mohd Isa. Umum sudah mengetahuinya, HIDUP SEORANG BLOGGER merupakan sebuah contest SEO yang dianjurkan oleh blog Denaihati dan hadiahnya sudah pasti ditaja oleh eQurban.com yang diuruskan oleh Al Ansar Agro.

Bagi saya HIDUP SEORANG BLOGGER bukanlah sekadar contest SEO untuk mengejar kemenangan dan meraih publisiti semata-mata. HIDUP SEORANG BLOGGER adalah sebuah topik yang menarik untuk dikongsi dan dibincangkan bersama-sama blogger dan masyarakat umum. Sudah pasti mengenai kehidupan seorang blogger sama ada di dunia realiti ataupun di alam maya ini.

Sudah pasti minat menjadi blogger ini lahir daripada membaca sesebuah blog orang lain yang penuh dengan perkongsian. Tidak kira mengenai kisah peribadi, teknologi, media sosial, tips dan tutorial. Tapi apa yang pasti, HIDUP SEORANG BLOGGER bermulanya daripada minat untuk berkongsi sesuatu dengan masyarakat umum. Itu sekadar pendapat saya yang kini sudah pun hidup sebagai seorang blogger sejak sekian lama.

Blog sudah menjadi sebahagian hidup saya, bermula daripada suka-suka sahaja untuk membina sebuah blog. Sekadar ingin melepaskan tekanan kehidupan di alam realiti, dengan bloglah saya menceriakan hidup saya. Melapangkan fikiran dengan melawat blog rakan-rakan, membaca segala entri yang menarik dan penuh dengan ilmu yang menarik. Sekarang ianya seperti menjadi rutin setiap hari, itulah HIDUP SEORANG BLOGGER.

Sekian lama di dalam dunia blogging ini, banyak ragam yang saya dapat lihat mengenai blogger ini. Ada yang berblog sekadar ingin mencari pendapatan sampingan, ada sekadar suka-suka, ada sekadar ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang dan lain-lain lagi. HIDUP SEORANG BLOGGER memang agak menarik. Saya pula sekadar ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang ada, memenuhi permintaan daripada pembaca dalam apa jua topik sekali pun selagi saya mampu meneruskan hidup sebagai seorang blogger.

Bagaimana pula dengan anda semua, apa pendapat anda mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER ini. Jika anda seorang blogger, apa pandangan anda setelah bergelar sebagai seorang blogger? Jika anda bukan seorang blogger, pasti juga anda mempunyai pendapat tersendiri mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER.

Sebenarnya banyak untuk saya kongsikan mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER ini, kerana ia satu topik yang menarik untuk dikongsikan bersama anda semua. Oleh itu, nantikan entri berikutnya apa yang saya ingin kongsikan mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER yang penuh dengan cabaran.

Nota HSB: Ini merupakan entri wajib pertama untuk SEO Contest HIDUP SEORANG BLOGGER, nantikan entri kedua pada 29 Ogos 2010 pula ya. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

91 thoughts on “HIDUP SEORANG BLOGGER”

  1. Pingback: ping.yanmieonline.com
  2. haha..rajin masa awal2 jer…sekarang malas + busy..dalam blog pun set schedule post jer..haha..buat je la bro post dalam BI..ada rezeki kompem blog bro naik..PR 3 tuh..:D

    Reply
    • kalau untuk post BI dah sumbit kat tempat lain, just wat backlink macam bro jerk. aku tahu, bro banyak buat backlink. cuma macam aku ni, malas skit. 🙂

      Reply
  3. Salam,

    Maaf lambat masuk. Hidup seorang blogger bergantung pada individu. Tapi bagi saya banyak cabaran yang harus ditempuhi. Setelah lebih 2 tahun masih bertatih, tapi terus sabar.

    Reply
  4. Pingback: Tips Meningkatkan Link Popularity — HIDUP SEORANG BLOGGER
  5. mmg terlalu bnyak cbaran sbgai seorg blogger ni bro..kkdang smpai tak tertanggung rasanya..tak sabar nk tggu entri keduanya ni..

    Reply
    • betul tu, bukan mudah untuk jadi seorang blogger. bukan sekadar memuaskan hati sendiri, tetapi perlu memuaskan hati pembaca utamanya. insyaAllah, hope entri kedua nnt akan lebih idea untuk jadikan ia menarik. 🙂

      Reply
  6. Pingback: JomBuzz.com
  7. Pingback: myebuzz.net
  8. Pingback: Sepuluh Perkara Penting Dalam SEO
  9. Pingback: HIDUP SEORANG BLOGGER | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com
  10. Aku ingat lagi, dulu ko bermula dengan blogspot kan? kihkhihkhih. yang penting maintain dalam memberi idea dan info yang menarik untuk readers.

    Reply
    • tahu takpa, bermula dari blogspot lah aku blogging. banyak gak la aku buka blog guna blogspot. insyaAllah, selagi aku mampu mengeluarkan idea dan info yang menarik untuk pembaca. aku akan keluarkan semuanya. 🙂

      Reply
    • thanks nine, ayat biasa ja ni. tak pernah pun menang entri terbaik or popular. hehe…google keyword apa? tak silap aku…mohdisa.com baru dapat sitelinks. hehe, cuba ko search mohdisa.com keluar tak sitelinks aku…

      Reply
        • wah, rajin ko google blog aku selalu. itulah, sebelum ni takda lagi sitelinks tu. aku baru dapat. memang menyeronokkan la. thanks bro. 🙂

          Reply
    • terima kasih, yurp pakai thesis theme. skag ni nak cari thesis 1.8 plak. nak update, yg sekarang ni macam ada masalah skit.

      Reply
    • salam ramadhan, benar tu. bila dah berblog ni, pasti kita akan jumpa pelbagai benda dan yang paling penting ilmu yang tidak boleh kita pelajari di dalam kelas. 🙂

      Reply
    • ya, ini entri wajib yang pertama. nantikan entri wajib kedua nanti ya.
      terima kasih, selamat berjuang utk bro juga. 🙂

      Reply
    • terima kasih dengan apa yang disampaikan…mudah-mudahan hidup seorang blogger ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. 🙂

      Reply
  11. Pingback: Kaki Komplen Malaya » HIDUP SEORANG BLOGGER
  12. Pingback: Tweets that mention HIDUP SEORANG BLOGGER -- Topsy.com

Leave a Comment