Islamic

Hukum Dosa Meninggalkan Solat

Dosa meninggalkan solat pernahkah anda terfikir mengenainya? Adakah kita mampu menghindarinya? Solat fardhu yang menjadi rukun Islam kedua, jika ditinggalkan maka tidaklah Islam namanya.

Di sini saya kongsikan hukum bagi dosa meninggalkan solat agar menjadi peringatan kepada kita semua, insyaAllah.

Hukum Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60,000 tahun di dunia.



Solat Zohor : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1,000 orang umat islam.

Solat Asar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan kaabah.

Solat Maghrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan ibunya bagi lelaki atau ayahnya bagi perempuan.

Solat Isyak : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

Seksaan di Dunia Bagi Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

  1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
  2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
  3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
  4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
  5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
  6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

Seksaan Bagi Dosa Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

Seksaan Bagi Dosa Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur

  1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
  2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
  3. Diseksa sampai hari kiamat tiba.

Seksaan Bagi Dosa Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah

  1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
  2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
  3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril?” Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”.” (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Dosa Meninggalkan Solat

6 Comments

  1. Ramzi September 16, 2012
  2. blogwidget August 24, 2012
  3. titan August 14, 2012
  4. Yazid August 7, 2012
  5. Pisyek August 5, 2012
  6. Jebeng Otai™ August 4, 2012

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.