Idea?

Wah! Terasa mencabar pula untuk menulis blog kembali, sudah ada mood untuk menulis blog. Idea pula tiada, terasa kosong dan tiada hala tuju pula rasanya.

Apa yang patut aku lakukan? Topik apa yang perlu aku mulakan kembali, kalau nak menulis berkenaan teknik SEO blog. Rasanya aku perlu study balik berkenaan SEO masakini. Al-maklumlah, mungkin algoritma paklong Google sudah berubah.

Macam paklong Google sekarang lebih gemar membisu tak macam dulu-dulu. Kalau nak cerita bab buat duit melalui blog, memang aku kurang pakarlah. Tapi duk tengok rakan-rakan blogger lain macam rancak, siap ada yang dah jadi speaker, buat kocing bagai. Hebat rakan-rakan aku sekarang.

Bilalah aku nak merasa semua itu, mungkin aku perlu balik to basic. Mencari identiti aku sebagai seorang blogger dan arah tuju aku. Maklumlah, aku bukannya blogger sepenuh masa dan kalau ada hasil dari blog, ada la.

idea blogging
Jadi korang sebagai rakan dan juga pembaca blog aku, apa yang korang mahukan dari blog aku? Aku memerlukan idea, tapi tak semestinya aku akan menulis mengikut kehendak korang sepenuhnya. Just points yang aku perlukan untuk aku benar-benar kembali aktif dalam menulis blog.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

10 thoughts on “Idea?”

  1. duit bukan segal-galanya, namun segala-galanya tampa duit susah juga yah mas. dalam kehidupan zaman ini semua orang berorientasi dengan duit.

    Reply
  2. Zaman sekarang semuanya pasal duit..ramai dah jadikan blogging ni tempat mencari duit sampingan di samping menambah kenalan..

    Setuju dengan pendapat Faizul Hafiz.

    Idea tu akan datang dengan sendirinya..menulis ikut keselesaan kita bro..yang penting buat kita hepi dengan blog kita.

    Reply
    • Terima kasih atas maklumbalas bro, memang tidak dapat dinafikan. Ramai blogger sekarang buat blog kerana duit.

      Jarang sudah nak jumpa blogger yang buat blog untuk hobi dan dengan kata sinisnya menulis atau berkongsi dengan ikhlas.

      Tapi sudah menjadi perkara biasa sekarang, jadi lebih baik menulis mengikut keselesaan sendiri. Ada masa menulis.

      Banyak juga tawaran advertorial yang aku dapat, tapi tidak kena dengan masa aku. Jadi terpaksa ditolak, mungkin mulai sekarang aku cuba membahagi masa. 🙂

      Reply
  3. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, ramai orang nak cari duit tambahan. Teruskan share perkara berkaitan buat duit melalui blog atau seumpama dengannya.

    Tak perlu kejar orang lain sangat. Memang perlu cari identiti kita dalam berblog atau berkongsi. Perlu fokus apa minat kita. Selain dari buat duit, berblog sebenarnya lebih kepada sharing apa kandungan yang orang perlukan. Bagi saya itu tujuan berblog.

    Kalau kita fokus untuk buat duit, ianya tak kan ke mana. Sekiranya kita fokus kepada bantu orang, duit akan datang dengan sendirinya.

    Just my 2 cents

    Reply
    • Terima kasiha atas maklumbalas yang diberikan. Memang fokus utama tidak tertumpu kepada duit sangat, just for fun.

      Minat adalah keutamaan, menulis perkara yang kita minat sudah. Terutama di blog peribadi, takkan nak tumpukan buat duit pula. Macam tak sesuai pula.

      Tapi kalau setakat advertorial apa salahnya, ye tak? Hehe

      Terima kasih sekali lagi tuan. 🙂

      Reply

Leave a Comment