Selamat Datang 2016

Selamat tahun baru 2016 diucapkan kepada semua, mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada semua orang apabila bakal melangkah ke tahun baru. Pasti ada azam dan harapan yang ingin dicapai. Mungkin tidak lagi pada aku.

Selamat Tahun Baru 2016
Mengapa? Bagi aku setiap azam dan harapan perlulah disegarkan (refresh) setiap masa, paling tidak pun sehari. Sebagai contoh, impian besar aku nak memiliki rumah pada tahun 2016. Tapi apa yang akan aku lakukan untuk memiliki rumah? Takkan sepanjang tahun nak fikir pasal rumah sahaja, betul tak?



Jadi better aku fikir impian yang kecil sedikit dan seterusnya mampu membawa aku kepada impian yang besar iaitu memiliki rumah. Mungkin aku seorang sahaja yang faham agaknya. Abaikan jelah, apa yang penting semoga korang semua sukses untuk mencapai azam dan harapan korang semua. 🙂

Memori Suka & Duka Sepanjang 2015

Kalau cerita bab memori suka dan duka ni mungkin panjang lebar. So aku cerita yang simple ajelah dan penting untuk aku simpan dalam blog yang tak seberapa ini.

Bab blogging, boleh dikatakan ke laut jugalah sejak aku jual salah satu projek aku dan beberapa projek terbengkalai atas faktor masa dan masalah lain. Banyak masa terluang aku kini lebih ke arah keseronokan untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan aku.

Bab duka, yang ini ohsem sedikit. Rasanya belum pernah aku jumpa kawan-kawan yang patah kaki atau tangan sampai dua kali setahun. Ini yang berlaku kepada aku, awal tahun patah tangan akibat kemalangan jalanraya. Hujung tahun patah kaki akibat tergelincir dalam bilik air. Boleh dikatakan 5 bulan lebih jugalah aku cuti sakit.

Apa-apa pun aku ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membantu aku ketika susah, tidak lupa juga kepada isteri tercinta yang menjaga aku sepanjang tahap kemampuan aku membuat kerja terbatas. Kepada mak dan abah juga, terima kasih.

Semoga tahun 2016 ini lebih baik dan baik hendaknya, banyak misi, azam dan impian aku ingin dilaksanakan. InsyaAllah, semoga dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Ruangan Komen

  1. Asep Nugraha

Tinggalkan Komen