Blogging Infografik

Infografik 12 Plugin WordPress Yang Perlu Ada

Plugin WordPress yang perlu ada di dalam blog anda? Pernahkah anda terfikir mengenainya? Ataupun ikut suka anda sahaja ingin memasang plugin wordpress apa sahaja. Mungkin ada di antara anda tidak menyedari kepentingan sesebuah plugin wordpress.

Kini telah ramai yang menggunakan CMS WordPress sebagai platform untuk menulis blog atau laman web. Ada juga yang berpindah daripada menggunakan blogspot kepada wordpress. Begitu juga dengan saya, mula menulis blog di blogspot. Kini sudah hampir tiga tahun saya menggunakan wordpress dan pelbagai jenis plugin yang saya ketemui dan dicuba.

Sebelum itu anda boleh membaca apa itu wordpress terlebih dahulu. Sepanjang saya menggunakan wordpress, memang ianya ternyata berbeza dengan CMS lain mahupun blogspot. Mudah! Itulah tanggapan saya sehingga kini, dibantu pula dengan pelbagai jenis plugin wordpress disediakan.



Di bawah ini saya kongsikan infografik 12 plugin wordpress yang perlu ada di dalam sesebuah blog atau laman web. Infografik ini saya dapatkan di WPJedi.com, jom kita saksikan:

Infografik 12 Plugin WordPress Yang Perlu Ada

plugin wordpress yang perlu ada
*klik untuk besarkan

Infografik di atas hanyalah sekadar panduan kepada sesiapa sahaja yang memikirkan plugin wordpress yang perlu ada untuk digunakan. Sekadar nasihat daripada saya, gunakan plugin yang benar-benar membantu dan minimumkan penggunaan plugin. Kerana plugin wordpress juga mempengaruhi kelajuan sesebuah blog.

Selain itu juga, terdapat beberapa jenis plugin SEO yang disediakan untuk membantu dalam mencapai keputusan terbaik di enjin carian. Anda boleh baca artikel saya sebelum ini, Plugin SEO Terbaik dalam mengamalkan teknik SEO blog yang lebih mantap.

Sila tinggalkan komen anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau pendapat mengenai plugin wordpress. Saya amat menghargainya, ingat 12 plugin wordpress yang perlu ada dalam blog anda.

Plugin WordPress Yang Perlu Ada

13 Comments

  1. Jue Jaapar August 21, 2015
  2. Asyrof Asri November 23, 2013
  3. titan February 29, 2012
  4. arrizz February 28, 2012
  5. lazaac February 27, 2012
  6. Harfiz Perniagaan Internet February 25, 2012
  7. shraqs February 24, 2012
  8. Yus February 24, 2012
  9. muazfaris February 23, 2012
  10. syahrilhafiz February 23, 2012
  11. Mr.Sepet February 23, 2012
  12. neo February 23, 2012
    • Asyrof Asri November 23, 2013

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.