Cara Menghadapi Putus Cinta

Cara menghadapi putus cinta bukan sahaja perlu diamalkan ketika menghadapi putus cinta, malah perlu diingati selalu. Agar diri ini lebih bersedia, maklumlah kita hanya mampu merancang tuhan jua yang menentukannya.

Pernahkah anda menghadapi putus cinta? Mengalami pengelaman sebegitu mampu mendewasakan kita bagi saya, tidak tahulah pula anda bagaimana. Tetapi memang terasa perit apa bila menghadapi putus cinta ini.

Mana tidaknya, saat putus cinta rasanya semua orang tidak mahu menghadapinya. Bahkan, biarlah nyawa yang menjadi penentu kepada sesebuah hubungan cinta. Tetapi itu semua kuasa Allah s.w.t.

Kita hanya perlu berdoa dan berusaha agar tidak menghadapi putus cinta ini. Di sini saya kongsikan cara menghadapi putus cinta melalui siri pembacaan saya. Semoga perkongsia pada kali ini mampu memberi manfaat kepada semua.

Cara Menghadapi Putus Cinta

  1. Langkah pertama ialah redha. Apabila kamu redha, kamu tidak akan melakukan apa-apa yang membahayakan diri seperti bunuh diri. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan hati kamu akan tenang, insyaAllah.
  2. Luahkan apa yang terbuku di hatimu kepada seseorang yang dipercayai, seperti teman rapat ataupun kalau perlu berjumpalah dengan kaunselor. Hal ini kerana apabila kamu meluahkan apa yang ada dalam hatimu saat itu, kamu akan berasa tenang dan beban yang berat itu akan berasa ringan. Ini sangat perlu agar kamu tidak tertekan kerana tekanan akan boleh membawa kematian.
  3. Buang semua kenangan sewaktu bersama si dia dan jangan terus melayan perasaan sedih. Apabila kamu terus melayani perasaan sedih, risiko untuk melakukan sesuatu yang membahayakan diri adalah amat tinggi.
  4. Sibukkan diri kamu dengan aktiviti berfaedah yang lain. Ini akan membantu kamu melupakan si dia.
  5. Buka lembaran yang baru dalam hidup kamu. Putus cinta tidak bermakna hidup kamu sudah berakhir. Mulakan diari hidup yang baru dan kamu tidak perlu bersedih kerana apa yang Allah s.w.t. takdirkan itu tentunya ada hikmah di sebaliknya.

Begitulah di antara cara menghadapi putus cinta yang mampu menjauhkan diri daripada bahaya seperti kematian. Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya daripada Allah s.w.t. InsyaAllah. Jom layan filem pendek Book of Love, mana tahu boleh dapatkan cinta sejati.

Cara Menghadapi Putus Cinta

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Cara Menghadapi Putus Cinta”

  1. Memang perit , tak payah dok cerita ,,yang pergi tu mesti ah tak sesuai dengan kita, species yang tak sihat , biar orang lain pula kena, Hal kita ,,kita lah yang jaga,,jadilah yang terbaik untuk diri kita Dan keluarga. Hidup biar berjasa jgn dok menderita membabi buta Dan hanyut dengan tipu daya.

    Reply
  2. huhu..kalo anis..anis suke dengar lagu sedih2..org kate jgn dengar lagu sedih kan..anis tebalik..weee..lagu sedih wat kite nangis..so dpt terluah ape yg terpendam..weee

    Reply
  3. setuju. menangis satu tempayan pun xkn merubah apa yg berlaku. fikirlah ada hikmah di sebaliknya. mungkin mula2 agak susah nak terima keadaan tiada sms pagi si dia..tiada miskol tghari si dia..tiada sms ajk minum ptg dr dia..tiada suara lembut tatkala nk tdo mlm dr si dia…tp sebenarnya kita ada Allah…
    apa yg sy buat dulu…sy dengar lagu2 sedih menangis puas2 utk lpskan apa yg ada…mmg x hilang terus tp skurang2 nya puas.
    bila teringat je dkat dia, amiklah wudhu’ dan bacalah ayat2 suci Al-Quran..percayalah cara ini mmg berjaya..mcm sy return blk teddy bear semua tu sbb xnk igt dia..tp sebenarnya rugi..blh je bg kt adik/anak sedare? hehehe..jgn terburu2 cari pengganti..buat apa yg korang suka…bersukan ke…berjalan ke..hmm mcm sy dulu dia larang sy smbg blaja dulu,larang kuar ngn kwn2 main bowling + tgk wyg, larang pkai suar jeans…dan semua tu sy buat lps ptus dgn dia..satu kepuasan bg sy…tp ingatlah jgn smpai membatasi batasan agama kita.. =))

    Reply

Leave a Comment