Jadual Update Google Pagerank 2014

Jadual Update Google Pagerank 2014 – Dalam pemerhatian saya kini, mungkin sudah ramai blogger di Malaysia tidak menghiraukan lagi Google Pagerank. Begitu juga pada saya pada satu ketika dahulu, sehingga saya beranggapan Google Pagerank sudah tidak penting.

Sehinggalah saya berkongsi berkenaan Jadual Update Pagerank 2013 sebelum ini, mengingatkan kembali kepada saya berkenaan kepentingan pagerank kepada sesebuah blog atau laman web. Tambahan pula blog saya yang jarang dikemaskini dengan artikel baru.



Tahukah anda sebuah blog atau laman web yang mempunyai Google Pagerank yang tinggi mampu membantu teknik SEO blog untuk menarik trafik daripada enjin carian. Dengan erti kata lain meletakan sesebuah artikel atau blog kita di kedudukan terbaik pada hasil carian di enjin carian.

Tetapi tahun lepas, Google telah membuat kejutan dengan tidak mengemaskini atau update Google Pagerank seperti jadual yang telah dikongsikan oleh saya sebelum ini. Perubahan hanya pada awal tahun 2013, kemudian tiada perubahan sehinggalah Disember 2013.

Alhamdulillah Blog Mohd Isa telah naik ke PR4 walaupun tidak mengemaskini blog dengan artikel-artikel baru sekerap seperti dahulu. Hanya berbekalkan beberapa backlinks yang berkualiti dari blog atau laman web lain.

Google Pagerank 2014

Jadual Update Google Pagerank 2014

Berikut adalah jadual update Google pagerank bagi tahun 2014 secara major dan kemungkinan juga pagerank akan dikemaskini secara minor beberapa kali untuk sebilangan laman web atau blog.

  • Update Google Pagerank 1 – 14 Mac hingga 25 Mac
  • Update Google Pagerank 2 – 1 Jun hingga 14 Jun
  • Update Google Pagerank 3 – 15 September hingga 30 September
  • Update Google Pagerank 4 – 10 Disember hingga 26 Disember

Sekadar pesanan ringkas daripada saya, untuk meningkatkan Google Pagerank dengan mudah. Bukanlah bergantung sahaja pada kekerapan anda menulis blog, tetapi adalah dengan hasil penulisan yang unik (erti kata lain tidak kepada plagiat).

Begitu juga pengamalan teknik SEO blog yang betul dan cara anda mengekalkan trafik anda serta keunikan blog atau laman web anda. Ingat, kandungan atau artikel adalah raja di dalam SEO. Percayalah!

P/S: Jadual update Google Pagerank 2014 adalah ramalan semata-mata, ketepatan adalah bergantung kepada Google sendiri.

Jadual Update Google Pagerank 2014

Ruangan Komen

  1. Yoga
  2. ezad
  3. MK Kimi
  4. Fadhil
  5. Trackback: Jadual Update Google Pagerank 2014 January 5, 2014
    • Lirik Lagu
    • Lirik Lagu
    • Lirik Lagu

Tinggalkan Komen