Karnival Jom Masuk U 2011

Hampir terlupa pula saya untuk mempromosikan Karnival Pengajian Tinngi Negara (KPTN) iaitu Jom Masuk U 2011. Jom Masuk U telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memberi tunjuk ajar kepada para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke IPT di Malaysia.

Program Jom Masuk U ini merupakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Program ini juga menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran.

Karnival Jom Masuk U 2011 ini disertai oleh 20 IPTA, 100 IPT swasta yang terpilih, agensi di bawah kementerian, Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA.

Pada Karnival Jom Masuk U 2011 ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mengemukakan sebarang pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan pemohon membuat pilihan tepat mengenai program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U 2011 di 11 lokasi bebanding 10 lokasi pada tahun lepas.

Jadual dan lokasi Karnival Jom Masuk U 2011

Jadual Jom Masuk U 2011
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival Jom Masuk U 2011 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya atau di talian 03-8883 5801/5802 dan Faks di 03-8889 4260 serta emel di upu[at]mohe.gov.my

Sumber: Jom Masuk U 2011 | ePutra

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

17 thoughts on “Karnival Jom Masuk U 2011”

  1. Pingback: Karnival Jom Masuk U 2013 — Blog Mohd Isa
  2. Pingback: Karnival Jom Masuk U 2011 | e-kaunseling.net
    • kalau untuk luar negara, selalunya atas usaha sesebuah u itu sendiri. lepas tu dorang akan pohon kerjasama dari kerajaan. 🙂

      Reply

Leave a Comment